iDAN

17 Februari 2010

Bunga Raya

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Bunga raya
Hibicus0051.jpg
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Keluarga: Malvaceae
Genus: Hibiscus
Spesies: H. rosa-sinensis
Nama binomial
Hibiscus rosa-sinensis

Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.


"Pepper's Surprise"

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

Berikut adalah beberapa varieti Bunga Raya:


"Heart And Soul


"Fire"

"Kinchen's Yellow"


"Timeless"

Aku suka yang rona kuning terutama "Kinchen's Yellow" nampak bersih & amat berseri. Rona merah terlalu kerap kita guna seperti kain bena & dalam majlis rasmi. Tak pastilah berapa banyak yang terkumpul species bunga raya ini

2 ulasan:

asilahmuhajer berkata...

jenis "heart and soul" paling cantik di mata saya. sesuai buat corak baju.hehehe.

iDAN berkata...

Dulu MARDI ada buat air minuman dengan bunga raya ini, tak tahu apa jadi dengan produk tersebut.

Jika cikgu punyai masalah rambut yang gugur & ingin merona rambut, katanya daun & bunga raya ini amat baik. Jika nak rona rambut kekuningan blonde guna daun & bunga raya rona kuning, tak tahulah berkesan ke tidak, tapi memang saya pernah terbaca caranya begitu.

Kita sering guna inai sahaja.

Kita sekaramg banyak duit pergi ke Giant pun banyak terjual pewarna rambut. Maka tak pandai petua org tua-tua dedulu.