Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

02 Februari 2010

Tentang Laut (Delima Merkah)

Damainya pantai hati

Penyu menangis tak siapa tahu

Karang hati terhias indah.

Laut sepiku teramat sepi

6 ulasan:

RAKYAT MALAYSIA berkata...

Nanti kita gi situ nak tak idan,

iDAN berkata...

Nakk!... siapa tak suka tempat yang damai begini.. laut banyak memberikan ilham...

siti murni ishak berkata...

Luas, ombak yang kadang tenang, kadang kencang. Sumber rezeki, penghubung benua...arkib bagi khazanah alam yg ada didasar sana...

kelompen berkata...

salam IDAN
kenapa bila tengok laut , kita menjadi lapang, tenang?
adakah kerana luasnya, ombaknya, pantai atau angin nya?

iDAN berkata...

Sdr Murni,

1001 Kenangan ada tersimpan di laut, beruntung mereka yang tinggal di sisi laut. Ianya amat tenang, mendengar desir ombaknya pun buat kita terkesima & terlena.

Laut perlu amat kita pelihara.

iDAN berkata...

Sdr Kelompen,

Baik luas, ombak, pantai & anginnya semuanya berkait mengingatkan kita betapa besarnya kenikmatan Tuhan. Semuanya amat tenang & melapangkan jiwa raga kita

Saya lebih memilih luasnya laut sebagai paksi utama, lantaran dengan keluasan laut kita semua boleh berhubung. Keluasan laut menyimpan pelbagai khazanah alam yang tak mungkin dapat kita korek hingga ke akhir zaman.

Sampai sekarang di mana bahtera Nabi Noh AS pun banyak sejarah purba tersimpan di laut.

Barulah ombak serta angin yang memukul pantai membuatkan kita senang & damai jika ianya tidak dicemari.

Tanpa pantai yang bersih bagaimana kita mahu bersantai, tanpa ombak yang tenang bagaimana kita mahu berlabuh, tanpa angin yang damai bagaimana kita mahu berkhemah di tepi pantai.

Amat indah alam ciptaan Ilahi ini; maka itu kita disaran selalu membayangkan Syurga itu pasti teramat indah lagi untuk kita mengawali diri.