Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

03 Februari 2010

KC 12 ♥ Tanakasan & Hitachi (Singgahsana)

Tips Panjang Umur 2 ( Siri Delima Merkah )

" TanakaSan nak kunci tak pintu kereta ini..? " Tanyaku kepada Tanaka ( bukan nama sebenar ) lantaran aku lihat dia selamba saja keluar kereta dengan kunci tergantung di stereng, tingkap tidak ditutup.

(Aku pernah bercerita peristiwa ini di dalam e-mel atau catatanku di KSS jabatan, tak tahu di mana hilangnya tulisanku. )

Waktu iti Hitachi musim luruh, tentunya cuaca amat makin dingin, puncak Fujiyama. (Yama itu maksudnya gunung) memang telah turun salji. Sudah dekat dengan musim sejuk. Pokok Sakura yang memang banyak di kota Hitachi makin menguning. Aku sempat mengutip beberapa helai daun Sakura untuk kusimpan di diari sebagai kenangan.

" Tak payah iDANSan... di Jepun jangan risaukan kecurian, tak pernah berlaku kecurian kereta, apatah lagi kereta seperti saya yang agak lama... " Jawap Tanaka lalu menuju ke kompleks membeli belah. Tempat letak kereta tersebut ada tempat letak kereta awam, tiada dikenakan sebarang barangan. Maknanya dia pengawal untuk menjaga keselamatan kereta kita.

" Ish... senangnya tinggal di negara Jepun, tak risau pun nak kunci kereta, tak payahpun nak tambah kunci ketiga... " Bisik aku dalam hati.

Aku begitu tak puas hati dengan jawapan dari Tanaka, aku memerhatikan kereta yang lain, memang ada yang berkunci, tapi memang banyak yang macam kereta Tanaka. Jadi bukanlah lantaran Tanaka saja menunjukkan keberanian dia tidak mengunci pintunya.

Masa itu kami membeli-belah untuk umiage ( buah tangan ) bagi keluarga Miyazawa ( bukan nama sebenar ) lantaran isterinya melahirkan anak. Umiage tersebut memang dibeli dengan duit syarikat. Malahan Tanaka menggunakan kupon untuk membeli minyak. Dia tidak pakai kereta syarikat jadi minyak boleh dibuat tuntutan melalui kupon.

Setelah kembali ke kereta & kami menuju ke rumah Miyazawa, aku yang masih tak puas hati dengan jawapan Tanaka terusan membuka mulut dalam bahasa Jepun...

" TanakaSan... tadi TanakaSan kata yang di Jepun tidak pernah berlaku kecurian kereta... apakah betul? "

" iDANSan, kami hidup dalam sempurna, kami cukup segala, kami amat menghormati hak orang, tak tahulah saya... mungkin ada berlaku kecurian di mana-mana tapi memang saya tak pernah terdengar kes tersebut & saya tidak pernah terfikirkan pun masalah kecurian itu... keturunan saya memang bukan keturunan pencuri "

" Kenapa TanakaSan sampai menyebut keturunan? ... saya sekadar ingin kepastian "

" Bukan itu maksud saya, di Jepun iDANSan jika seseorang itu didapati mencuri, polis tidak akan soal siasat lagi, terus saja dimasukkan ke penjara, tak perlu lagi nak berbicara dan sebagainya. Mencuri, ada saksi, mengaku mencuri... tahu apa jadinya iDANSan..!?.."

" Sepanjang hayat disebut & dikenali keluarga & keturunan mereka pencuri ... Keturunan Pencuri "

".... (aku terdiam) "

" Kami memikirkan maruah keluarga iDANSan "

Betul juga kata Tanaka, Maruah Keluarga, kalau kita selalu berpesan & mengatakan Jaga Nama Baik Keluarga , Islam juga mahu umatnya menjaga nama baik keluarga, sebab kita adalah hidup dalam cara keluarga Islam, menjaga nama baik keluarga samalah seperti menjaga Islam itu sendiri. Mereka lebih Islam dari kita yang Islam.

Memang perlu maruah keluarga kena dijaga. Jika berlaku satu kecurangan atau merendahkan nilai sebuah keluarga, ketuanya kena membela biar dengan nyawa sekalipun. Jika memang curang, jika memang mungkar; Aibnya akan jatuh kepada keluarga. Nilai itu memang kita abaikan. Orang Jepun begitu malu jika ada keturunan mereka menjadi pencuri. Malu adalah separuh dari iman. Orang Jepun tidak beriman, malu mereka menjadikan mereka bukan manusia yang sanggup mencuri.

Itu hanya sedikit tentang diri yang kita telah abaikan membuatkan kita jadi manusia stress. Gurur. Resah. Kita rasa tidak selamat berada di negara sendiri... kenapa? Memang jika kita melihat akan jangka usia manusia Malaysia & manusia Jepun, ketara kita tewas dengan mereka. Usia mereka lebih panjang.

Di sini ada artikel yang boleh kita kongsi bersama dalam menangani stress.



TIPS UTK HILANGKAN STRESS

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan.

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Ruangan Tip Panjang Umur 3

Kita sekadar merancang sahaja, ajal maut di tangan Tuhan. Hanya usaha & doa sahaja dapat merubah takdir.


- bersambung

KC 11

KC awal

(Sila klik menu Label di bawah ini jika mahu membaca KC sebelumnya)



8 ulasan:

ejaa berkata...

Memang Jepun tak ada kes2 kecurian macam kat malaysia ni kan.
Bagus bukan?
Kalau kat malaysia ni macam tu,
polis malaysia memang banyak goyang kaki.

sebab tu jepun merupakan negara yang maju, yang mementingkan bahasa mereka.

=)

iDAN berkata...

Sdr Ejaa,

Mereka ini hidup sebangsa, tak serumit kita yang banyak sangat suku sakat kaum serta bangsanya.

Mereka sayangkan bahasa mereka, malahan mengasingkan bahasa asing jika diambil untuk kegunaan mereka dengan tulisan Katakana. Dalam tulisan mereka ada tiga ragam tulisan, Hiragana, Katakana & Kanji.

Kita pula awal-awal sudah mahu maju buang tulisan Jawi. Saya sendiri kalau baca tulisan Jawi merangkak. Beruntung anak-anak sekarang ada sekolah agama untuk memahirkan diri dengan tulisan Jawi ini.

Hindi, cina, india, Jerman, malahan orang zaman batu pun ada tulisan sendiri melalui simbol yang dilukis; daifnya kita tiada identiti sendiri. Rumi ini penjajah yang gunapakai.

ZooL Hilmi berkata...

Assalammualaikum...

terima kasih iDan..sebab follow blog zool...dan memberi comment...mmm..
hari ni zool dah baca sikit2..apa yang iDan cerita kat blog iDan.. kadang zool rasa malu jugak bila lihat bangsa lain seperti jepun.. maruah sangat dipertahan kan... lagi2 melibatkan kaum atau family mereka sendiri...

Jelas pada kita sebagai kaum melayu, masih banyak kelemahan dan kekurangan.. malahan kita sebagai islam telah banyak menepikan ajaran islam yang sebenar.. cuma kita sedar atau tidak...

Mencuri adalah perbuatan yang dibenci Oleh Allah s.w.t. malahan dalam ajaran agama lain pun tidak menyuruh mencuri..

tapi kat sini sekurang nya ada info dan pengajaran yang boleh diambil...mmmm

azieazah berkata...

Begitulah indah negara orang... yang baik wajar sekali dijadikan tauladan dan panduan..

Maruah keluarga bukan hanya pada dari mana kita tinggal.. tapi maruah itu milik kita yang abadi.. kena jaga..

iDAN berkata...

Sdr Zool,

Masih boleh dibetulkan, sebab sejak azali kita bangsa yang amat sopan santun. Kita juga bangsa yang kreatif lagi kaya dengan adat resamnya.

Mungkin antara puncanya kita dilambung ombak pembangunan. Kita tak kawal pengaruh luar, dadah umpamanya.

Kita tak sebaiknya terlalu berebut kuasa & harta. Islam mengajar kita agar bersederhana.

Agih-agih harta negara sebaiknya. Kembali bersikap tegur menegur seperti kita di kampung dulu.

Bersangka baik & saling membantu ke arah kebaikan. IsyaAllah kalau kita berniat baik Tuhan akan membantu kita menjadi bangsa mulia.

iDAN berkata...

Dik Azah,

Sangkar iman kita telah ada, telah pun dibentuk menjadi seorang insan yang amat tinggi moralnya. Kita orang Melayu Islam seharusnya mulia.

Orang Jepun tak mencuri pun mereka ada masalah lain, seperti kuat mabuk, berjudi, gila kerja pun ramai asyik bunuh diri. Mereka ramai tak kenal Islam. Mereka di perdalaman tak sampai dakwah dari kita. Lalu mereka meredah dunia mereka dalam alam yang amat gelap.

Kita telah ada lorong lurus untuk diikuti. Kita hanya perlu pandai membedakan dua perkara sahaja. Dosa & pahala. Jangan buat dosa maka selamatlah kita.

lavender berkata...

terasa nak ke jepun semula =)

iDAN berkata...

Sdr Lavender,

Jika telah ke Jepun sungguh teringin ke sana lagi. Terasa damai di sana biar pun negara orang, terasa tidak takut lewat malam di sana, lantaran kurangnya jenayah.

Rindu makanan sana, terutama sashimi tuna. Lama sangat tak makan sashimi. Ibu angkat saya pun tentunya telah tiada lagi; teringin sangat ke Juo Machi tempat di mana saya sendiri meniti kesepian.