Setangkai rezeki tak kan cukup untuk
menyuap sejambak kepiluan hati
bumi ini untuk diri mengenal erti perjuangan.
menyuap sejambak kepiluan hati
bumi ini untuk diri mengenal erti perjuangan.
Kecantikan & keindahan bersatu dalam nilai adat, diri belum pasti
menggapai kebahagiaan bilamana sering melanggar adat.
menggapai kebahagiaan bilamana sering melanggar adat.
Silap berdayung pasti kita akan karam,
karam di air bolehkah direnang
karam di dunia nyata teramat gusarnya.
karam di air bolehkah direnang
karam di dunia nyata teramat gusarnya.
5 ulasan:
Hakikat sebenar sebuah kehidupan adalah perjuangan. Perjuangan yang ada noktahnya. Noktah yang membuat manusia selalu lupa. Lupa pada yang Esa.
Sdr Azha;
Kehidupan ini sentiasa mahukan nadi terusan bergerak. Nyawa terusan dipanjangkan.
Kita terkadang rasa tak selesa apa yang ada, sering berkejar akan kemewahan.
Ajal & maut milik Nan Esa; sesekali kenapa kita tidak terfikir di sana nanti ajal & maut ini milik kita abadi.
Nohtah itu bagi saya adalah ajal yang bakal tiba.
Kehidupan sering mengajar kita erti sakit..,dalam mengatur langkah adakala tapak menginjak duri..namun ketabahan adalah semangat..dengan kaki terluka kita masih mampu melangkah..dengan jiwa yang sakit kita masih mampu tersenyum..kerana kita diajar untuk memaknakan setiap perjalanan..
Sdr Qasih,
Melihat penderitaan orang lain pasti kita merasakan kita lebih beruntung tidak segetir kehiupan mereka.
Jika kita mengenal erti luka & peritnya hidup ini pasti kita juga menjadi seorang yang cepat terasa sensitif pun suka membantu.
Hidup tak semestinya aman bahagia semata. Beruntunglah mereka yang tidak sering diuji Ilahi.
Gambar2 ni kalau dijadikan lukisan kanvas yang besar menghiasi ruang tamu atau ruang rehat, tentu sangat cantik. Tenang je melihatnya.
Catat Ulasan