Pulau Lombok terletak antara Pulau Bali & Sumba terdapat Gunung Berapi Rinjani yang amat indah di buminya.
Lombok merupakan sebuah pulau di kepulauan Sunda Kecil atau Nusa Tenggara yang di sebelah barat dan Selat Alas di sebelah timur dari Sumbawa. Pulau ini mempunyai keluasan 4,725 km².
Mataram merupakan bandar utama yang terdapat di pulau ini.
Penduduk Pulau Lombok pada tahun 1990 adalah seramai 2,403,025 orang. Lebih kurang 80% penduduk pulau ini adalah terdiri daripada suku Sasak, sebahagian besarnya memeluk agama Islam. Di kalangan mereka terdapat sebuah golongan yang menganuti agama Islam tempatan yang dipanggil Wetu Telu. Baki penduduk di Pulau Lombok adalah orang Bali, Jawa, Cina dan Arab.
Gunung Berapi Rinjani mempunyai ketinggiannya setinggi 3,726 meter di atas permukaan laut, iaitu ketiga tertinggi di Indonesia.
Gunung Berapi Rinjani yang terletak di Pulau Lombok di Indonesia merupakan gunung berapi yang kedua tertinggi di Indonesia setelah Gunung Kerinci di Sumatera. Ketinggian Gunung Kerinci 3,805 meter, manakala ketinggian Gunung Rinjani 3,726 meter di atas permukaan laut.
Gunung Berapai Rinjani terletak pada lintang 8º25' S dan 116º28' T. Ia merupakan gunung kegemaran bagi pendaki-pendaki di Indonesia kerana keindahan pemandangannya. Gunung ini terletak di Taman Nasional Gunung Rinjani yang memiliki luas sekitar 41,330 hektar dan rancangan telah dikemukakan untuk meluaskan kawasannya sehingga 76,000 hektar ke arah barat dan timur.
Secara administratif gunung ini berada dalam wilayah tiga kabupaten: Lombok Timur, Lombok Tengah dan Lombok Barat.
Gunung Rinjani dengan titik tertinggi 3,726 m dpl, mendominasi sebahagian besar pemandangan Pulau Lombok bahagian utara.
Di sebelah barat kerucut Rinjani terdapat kaldera dengan luas sekitar 3,500 m × 4,800 m, memanjang kearah timur anda barat. Di kaldera ini terdapat Segara Anak (segara= laut, danau) seluas 11.000.000 m persegi dengan kedalaman 230 m. Air yang mengalir dari danau ini membentuk air terjun yang sangat indah, mengalir melewati jurang yang curam. Di Segara Anak banyak terdapat ikan emas dan mujair sehingga sering digunakan untuk memancing. Bagian selatan danau ini disebut dengan Segara Endut.
Di sisi timur kaldera terdapat Gunung Baru (atau Gunung Barujari) yang memiliki kawah berukuran 170m×200 m dengan ketinggian 2,296 - 2376 m dpl. Gunung kecil ini terakhir aktif/meletus sejak tanggal 2 Mei 2009 dan sepanjang Mei, setelah sebelumnya meletus pula tahun 2004. Jika letusan tahun 2004 tidak memakan korban jiwa, letusan tahun 2009 ini telah memakan korban jiwa tidak langsung seramai 31 orang, karena banjir bandang pada Kokok (Sungai) Tanggek akibat desakan lava ke Segara Anak. Sebelumnya, Gunung Barujari pernah dicatat meletus pada tahun 1944 (sekaligus pembentukannya), 1966, dan 1994.
Selain Gunung Barujari terdapat pula kawah lain yang pernah meletus, disebut Gunung Rombongan.
Betapa cantiknya bumi ciptaan Ilahi Jika kita lihat mukabumi di Pulau Lombok memang tanahnya subur & bayangkan betapa banyak sungai yang mengalir di buminya. Mungkin kerajaan Indon tidak menjaga hasil pertanian maka mereka rata-rata amat miskin di bumi sendiri. Perhatikan betapa cantik gunung di belakang sana Hotel di Lombok SejarahMenurut isi Babad Lombok, kerajaan tertua yang pernah berkuasa di pulau ini bernama Kerajaan Laeq (dalam bahasa sasak laeq berarti waktu lampau), namun sumber lain yakni Babad Suwung, menyatakan bahwa kerajaan tertua yang ada di Lombok adalah Kerajaan Suwung yang dibangun dan dipimpin oleh Raja Betara Indera. Kerajaan Suwung kemudian surut dan digantikan oleh Kerajaan Lombok. Pada abad ke-9 hingga abad ke-11 berdiri Kerajaan Sasak yang kemudian dikalahkan oleh salah satu kerajaan yang berasal dari Bali pada masa itu. Beberapa kerajaan lain yang pernah berdiri di pulau Lombok antara lain Pejanggik, Langko, Bayan, Sokong Samarkaton dan Selaparang.
Hotel Sheraton Lombok
Kerajaan Selaparang sendiri muncul pada dua periode yakni pada abad ke-13 dan abad ke-16. Kerajaan Selaparang pertama adalah kerajaan Hindu dan kekuasaannya berakhir dengan kedatangan ekspedisi Kerajaan Majapahit pada tahun 1357. Kerajaan Selaparang kedua adalah kerajaan Islam dan kekuasaannya berakhir pada tahun 1744 setelah ditaklukkan oleh gabungan pasukan Kerajaan Karangasem dari Bali dan Arya Banjar Getas yang merupakan keluarga kerajaan yang berkhianat terhadap Selaparang karena permasalahan dengan raja Selaparang. [2]. Pendudukan Bali ini memunculkan pengaruh kultur Bali yang kuat di sisi barat Lombok, seperti pada tarian serta peninggalan bangunan (misalnya Istana Cakranegara di Ampenan). Baru pada tahun 1894 Lombok terbebas dari pengaruh Karangasem akibat campur tangan Batavia (Hindia Belanda) yang masuk karena pemberontakan orang Sasak mengundang mereka datang. Namun demikian, Lombok kemudian berada di bawah kekuasaan Hindia Belanda secara langsung.
Masuknya Jepang (1942) membuat otomatis Lombok berada di bawah kendali pemerintah pendudukan Jepang wilayah timur. Seusai Perang Dunia II Lombok sempat berada di bawah Negara Indonesia Timur, sebelum kemudian pada tahun 1950 bergabung dengan Republik Indonesia.
Antara villa di Hotel mereka. Gunung & pantai di Lombok.
12 ulasan:
apalah ilmu yang dipakai oleh pemuda-pemuda lombok ni sampai ramai anak gadis kita terpedaya...nak kata berduit,mereka merantau cari makan di sini,nak kata hensem....entah laa...
Idan
entri yg menarik, rumpun bangsa yang sama..
tak sangka lombok sungguh indah...ada hotel?
Jempuk jempak atau jampi ilmu guna-guna; itu yang sering digunakan oleh pemuda lombok ini.
Selain itu mungkin kata-kata atau ayat yang menggoda buat gadis kita terpikat.
Entahlah Cikgu, sedangkan bangla yang hitam lagi botak pun dapat pihak anak gadis Malaysia ini kan pula serumpun yang bahasa pertuturannya sama & mudah difahami.
Sdr Kelompen,
Jika kita tidak memikirkan dendan & mahu berbalahan memang bumi ini semakin luas & rumpun Melayu itu amat besar & damai.
Cikgu,
Lombok & banyak tempat di Indon memang cantik; hotel 5 bintang yang cantik itu berada di kotaraya Mataram; saya kutip dari laman sesawang. Pasti mereka yang punyai pengalaman ke sana boleh menceriterakan keindahan bumi Lombok.
Semua mengetahuinya di Indon sebahagian warganya amat kaya raya sebahagian lagi memang susah & papa kedana. Agihan harta negara di negara mereka amat teruk; terutama korapsi.
Acheh contohnya buminya kaya dengan segala rempah ratus malahan dikesani ada banyak gumpalan emas yang masih muda di sana; tapi kerajaan pusat mengambil segala kekayaan bumi Acheh. Maka itu Acheh sibuk mahu merdeka & hidup sendiri
Yang kita sedih Malaysia sendiri kian menuju ke arah itu. Sampaikan Agung baru-baru ini pun membebel bab rasuah ini.
Salam,
Terima kasih, tuan rumah. Saya dah lama nak tanya pak cik google tentang Lombok ini, kini lebih berkesempatan untuk mengetahuinya di sini. Sangat Indah dan belum tercemar.
Saya bukan nak memuji kekayaan Indonesia, tetapi hakikatnya mereka sangat kaya. Kita selalu pandang rendah pada warga indonesia kerana di sekeliling kita jumpa rakyat mereka yang jadi buruh dan kuli, padahal...kalau kita ke sana (indonesia), barulah kita sedar betapa hilang upayanya kita berbanding mereka.
Indonesia sangat kaya, sangat indah dan sangat rajin serta kreatif penduduknya. Namun, kerana jumlah penduduknya yang ramai itu, kita hanya lihat yang miskin, yang kurang dan yang tak cantiknya sahaja...
Jika anda gemarkan keindahan, kecantikan, kehijauan dan keharmonian, sesekali berkunjunglah ke bumi seberang. Apa yang tidak ada di tempat kita, sangat banyak dan masih dara di sana. Namun, lebih baik kiranya punya teman2 dari sana untuk pastikan perjalanan selamat.
Betul tu iDAN,
Diana setuju benar. Apa yang nak dipelikkan kalau pemuda Lombok dapat pikat anak gadis Malaysia. Pada hemat saya, kalau si Lombok dapat pikat gadis Malaysia dan bawa pulang itu menunjukkan jaguhnya mereka. Jadi menggoda atau mengurat gadis Malaysia memang "kerja" sampingan mereka.
Dalam hal ni... usah dipertikaikan kenapa mudah sgt gadis kita tergoda dengan si Lombok... alangkan negro yg hitam kelat pun boleh menakluk anak gadis Malaysia... hehehe...
Jadi... persoalannya, bukan apa yg hebat pada si Lombok, tp apa yg lemah dan dungunya gadis kita mudah benar tertipu dan terpedaya dengan godaan palsu.
pelek juga media perdana menaip lombok sebagai daerah di JAwa timur, sedang jauh lagi ..tak kena sakan..
gambaran Jawa timur seolah2 dekat dengan Malaysia.
depa tenggara seminggu jauhnya perjalanan melalui air.
Sdr Anyss,
Rakan saya ramai orang Acheh; mereka amat merendah diri biar pun mereka dari kalangan orang berada; jutawan duit mereka satu hal tetapi memang benar rakan saya itu jutawan.
Dia lari ke sini semata-mata tak mahu korapsi & buah PhD di sini. Dia banyak bercerita tentang negaranya & saya amat teruja untuk ke sana. Banyak tempat cantik selain Danau Toba yang saya pernah lawati.
Yang datang jadi PATI di sini ramai yang benar-benar susah tapi saya pernah berkenalan dengan seorang PATI anak tunggal janda kaya. Bibik yang menjaganya di sini amat berharap saya rapat dengannya tetapi hubungan terputus lantaran ayahnya meninggal & dia tak datang ke sini lagi. Bibiknya kata dia terpaksa uruskan harta keluarganya. Dia memang amat menyukai saya. Ah! ceritera lama.
Ramai yang tahu di sana yang kaya sememangnya amat kaya, Merc bukan satu dua, Saya ada rakan yang sebegini. Hobinya memasak. Yang miskin memang teramat miskin. Itu yang kita pandang rendah PATI di sini. Sedangkan atok moyang di belah Apak saya pun orang Padang, apatah lagi sebelah orang rumah saya, ramai saudara maranya orang Jawa Barat.
Ini namanya serumpun.
Jika dua negara ini berbaik memang banyak faedahnya berbanding kita baik & berurus niaga dengan kaum asing yang bukan seagama.
Lagi pun nak bangga apa kita di kotaraya! bangunan pencakar langit itu pun bukan hak kita; bayangkan entah bila orang macam kita nak naik ke puncak KLCC itu; boleh ke?.
Betul tu Diana,
Negro yang hitam kelat.. pun senang-senang dapat goda gadis kita. Kata orang rumah lelaki makin kurang di Malaysia ini, maka itu perempuan main rembat sahaja. Kata saya pula syarat untuk berpoligami pun semakin ketat maka ramai kalangan kita suka kahwin lari.
Pergaulan lelaki perempuan pun semakin bebas, mungkin juga kalangan gadis ini asyik dikecewakan lelaki tempatan maka baik cari jejaka luar... mungkin!.
Kena buat kajian ni!.
Sdr Zeq,
Orang Media tu malas klik google; sedangkan Pulau Lombok memang cantik & dari muka buminya nampak amat subur.
Cumanya pertanian atau hasil tani di sana mungkin dipermainkan oleh pemerintah maka mana mungkin mereka menjadi kaya.
Bayangkan jika orang Lombok boleh jual terung atau bendi semahal di Malaysia kini. Mereka memang akan kaya.
Tenguk orang Siam, sebab durian siam, mangga siam, longan siam atau jambu madu siam berapa harganya?... seantero dunia mahukan hasil pertanian mereka.
Catat Ulasan