iDAN

17 Mac 2010

Tempat Menarik Lombok (Santai)



Oberoi Hotel Di Lombok antara hotel yang menarik!


Tak kurang nyaman kolam renangnya

Lihat hiasan dalamnya dengan bahan tempatan yang klasik

Siap ada kelambu bagaikan di Impiana Cherating!


Betapa rajinnya orang Lombok!.


Pandangan biasa di kampung-kampung Lombok

Pantai di Lombok

Tinggal anak ikut kekasih

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
2010/03/13

KUALA NERANG: Seorang ibu tunggal beranak tiga tergamak meninggalkan anaknya yang berusia antara tiga dan sembilan tahun semata-mata mahu mengikut kekasihnya ke Lombok, Indonesia, sejak enam bulan lalu.

Zarina Abu Bakar, 28, dari Kampung Kuala Pai, dekat sini, dikatakan keluar rumah pada September lalu untuk mencari pekerjaan di Seremban, Negeri Sembilan.

Bapanya, Abu Bakar Ahmad, 47, berkata anak sulung daripada lapan beradik bukannya mencari kerja di negeri itu, sebaliknya berjumpa dengan seorang lelaki Lombok yang dikenali sebagai Helmi berusia 30-an di Felda 5, Bahau, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, sejak berpisah dengan suaminya setahun lalu, Zarina tinggal dengan bapa saudaranya, manakala tiga anak perempuannya itu dijaga bapanya.

“Pada September lalu, dia beritahu nak cari kerja dekat Seremban. Sejak itu, dia tidak pernah menghubungi pak cik untuk memberitahu di mana dia tinggal atau kerja.



“Lebih mengecewakan apabila dia memberitahu sudah berada di Lombok, Indonesia pada November tahun lalu kerana mengikut seorang lelaki ke sana,” katanya di rumahnya Kampung Kuala Pai, Mukim Padang Temak, di sini, semalam.

Beliau berkata, pada mulanya Helmi hanya rakan kepada suami anaknya kerana mereka tinggal berhampiran di Lubok Batu, Jitra sebelum berpisah.

“Saya dan isteri Mariam Kassim, 47, tidak pernah merestui perkahwinan mereka. Sampai hati Zarina sanggup meninggalkan kami dan anak-anaknya yang masih kecil,” katanya.

Mariam yang kelihatan sebak memberitahu, anaknya ada menghubunginya pada Rabu lalu supaya memasukkan wang sebanyak RM2,000 kerana mahu pulang ke negara ini.


“Saya dapatkan rasakan dia sedang menderita dan terseksa di sana. Kami sekeluarga sedia menerima Zarina kembali kerana terlalu merinduinya.


“Saya difahamkan lelaki terbabit sudah mempunyai isteri dan anak di Lombok. Kami amat rindu dan sering menangis selain membawa gambar Zarina ke mana saja,” katanya.

Abu Bakar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap pada 11 Mac lalu.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Kedah, Norashima Md Nowar, berkata pihaknya akan membantu keluarga Abu Bakar mengesan anaknya di Lombok. “Saya akan memanjangkan perkara itu kepada Puteri Umno Malaysia pada Isnin ini. Kami juga akan meminta bantuan Kedutaan Malaysia di Indonesia mengesan Zarina di sana,” katanya. Harian Metro

1 ulasan:

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Tak sangka ye Lombok merupakan tempat peranginan yg cantik juga, tapi tak popular seperti Bali dan Bandung.