iDAN

18 Mac 2010

Tidak insaf lahir anak luar nikah kali kedua (Ceritera)


ALOR STAR: Pengalaman kali pertama melahirkan anak luar nikah tidak menginsafkan seorang wanita berusia 20 tahun, sebaliknya dia terus bergelumang dosa dan mengandung anak luar nikah buat kali kedua.

Lebih mengejutkan, ketika pasukan perubatan berkejar ke kediamannya di sebuah kawasan perumahan di Mergong di sini, petang semalam, dia masih sempat berdandan dan memakai alat solek di depan cermin.

Malah, ibu bapanya juga dilihat tidak berasa malu ketika pasukan perubatan dari sebuah hospital di bandar raya ini tiba di rumah mereka untuk mengambil anaknya yang sakit untuk bersalin walaupun disaksikan ramai jiran.

Sumber berkata, wanita terbabit dipercayai ‘ketua keluarga’ dan berperanan menjaga ibu bapanya menyebabkan mereka tidak berani ‘bersuara’ untuk menghalang perbuatan mungkar itu.

Menurutnya, ini kerana bapanya didapati hanya terbaring di bilik akibat menghidap pelbagai penyakit “Namun, yang menjadi persoalan, bagaimana bayi yang bakal dilahirkan itu dibesarkan sama ada diserahkan secara percuma atau ‘berbayar’ kepada pihak lain.

“Ini kerana anak pertama yang dilahirkan lebih setahun lalu juga tidak kelihatan sebaliknya dipercayai diserahkan kepada orang lain,” katanya.

Harian Metro

iDAN:

Jika ibu & ayah tidak mampu lagi menasihati masalah kegiatan maksiat anaknya, kenapa masyarakat tidak bertindak. Nikahkan sahaja wanita ini agar tak semua menanggung dosa nanti. Tidak seberat mana rukun nikah ini, mas kahwin berhutang pun tak kisah janji jangan sampai akan lahir lagi anak luar nikah.

Agar tidak lahir anak luar nikah ketiga!.

16 ulasan:

emma berkata...

Ya Allahnya..teruknya ppuan tu...sempat lg bersolek..org utara ckp, dan2 lg..huhuhu..dunia2

abuyon berkata...

salam sahabatku,

Apabila anak menjadi tuan dan ibubapanya menjadi, apabila maksiat berleluasa, saksikanlah bahawa
dunia sudah hampir ke penghujungnya!

Dekat yang amat, yang
amat

Ya Tuhan, ya Rabb, moga Engkau
mengampuni kami semua. Matikanlah
kami sebelum sampai waktunya
yang dahsya itu!

JijahJambu@Jj berkata...

oh tidak .. ape nak jadi ...

eelobor berkata...

betul dan setuju mas kawin boleh hutang, cuma prosedur begitu rumit. banyak songeh org cakap.....

Cetusan berkata...

rumah macam itu tada pulak pencuri masuk serbu..larikan katil kerr..

Meowwwww berkata...

Meowwwww :)

iDAN berkata...

Sdr Emma;

Usianya terlalu muda 20 tahun, bayangkan telah punyai dua anak luar nikah. Tak seharusnya kita membiarkan perkara begini.

iDAN berkata...

Sdrku Abuyon,

Paling kita takut musibah bala yang bakal turun; gegarnya gempa bumi dulu terdapat di Sabah, kemudian terbaru di Rembau.

Bila Allah SWT nak menguji ianya takkan dapat kita tangguh lagi & menjadi mangsa nanti semua!; tak kira lagi siapakah yang berdosa.

Maka itu Nahi Mungkar ini kena lebih kuat diutamakan.

iDAN berkata...

Sdr Jijahh,

Ini yang didedahkan, bagaimana kes yang tersembunyi!.

iDAN berkata...

Sdr Eelobor,

Kes begini kira nasi telah menjadi bubur, sebaiknya majlis agama mempermudahkan pasangan ini dinikah agar tidak sampai bertambah banyak anak luar nikah.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Mungkin juga lelaki tersebut sentiasa mengawasi keluarga ini. Bertanggungjawab dalam rumah tangga yang tidak sah, mungkin!.

iDAN berkata...

Meowww kena inti pasangan ini!.

Cetusan berkata...

susah juag hidup kan,


jika bahagia semasa MUDA kulit keras,
bila tiba berumur tak berdaya banyak pula cubaannya ..

alahaiii dunia.risau

Cetusan berkata...

sdr idan.

beri saja laluan Meooww untuk berlalu, bukannya LUAK atau guna ayat maki..(itu persepsi saya)

mana tau idea yang pahit boleh direnung bersama-sama..
asalkan tidak membuka NAMA aib seseorang

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Abang iDAN. Pagi tadi vic tengok satu drama astro Kamelia Katrina. Vic bukan penonton setia rancangan tu, secara kebetulan aje. Tapi vic terdengar secara dialog lebih kurang begini, "perempuan yang mengandung anak luar nikah tidak boleh bernikah sehingga dia melahirkan anaknya."

Terkejut vic. Betul ke statement ni. Sebab setahu vic berapa ramai pasangan di Malaysia yg dinikahkan ketika si perempuan sedang mengandung. Konon nak tutup aib. Malah bila periksa beberapa statement dari orang2 agama, mereka mengatakan sepatutnya pasangan yg bernikah ketika mengandung perlu bernikah sekali lagi selepas pengantin wanita dinikahkan. Ini untuk mengelakkan anak kedua dan seterusnya tidak jatuh sebagai "anak haram" juga.

Jadi saya mula berfikir... berapa ratus atau mungkin ribu pasangan di Malaysia yang mugkin tidak sah taraf perkahwinannya.... Saya pula yg bingung memikirkan masalah mereka.

iDAN berkata...

Sdr Diana,

Risiko bernikah dengan anak sulung di zaman ini nampaknya semakin tinggi. Apakah orang kita Melayu nak ikut adat cina.

Kaum cina tak kisah dalam bab ini, mereka lebih suka bakal isterinya mengandung sebab itu membuktikan yang isterinya tidak mandul.

Memang betul, hamba abdi sekali pun jika mengandung dilarang dicampuri atau dibebaskan oleh orang lain. Kena tunggu anaknya lahir.

Seperkara lagi anak yang lahir tak cukup bulan dari tarik nikah masih boleh dinasabkan atau bintikan dengan ayahnya. Saya tak pasti berapa tempohnya. Yang pasti sebulan dua itu masih dibenarkan. Akta ini juga seolah-olah mengelirukan.

Islam membenarkan dibin/btkan dgn nama ayahnya tentulah lantaran tak semua bayi lahir tepat 9 bulan; atau ada masalah kesihatan ibu atau bayi. Bukan lantaran anak luar nikah, ini pendapat peribadi saya; bukan hukum hakam.

Mengikut pendapat Mazhab Syafie & Hanafi. (akta keluarga islam 1984 juga); bahawa anak yg lahir 6 bulan 2 lahzah ke atas selepas dari tarikh Perkahwinan, boleh dinasabkan kpd si suami. Sekiranya kurang, maka tidak boleh dinasabkan.

Ada pihak yang berpendapat ‘lahzah’ bererti saat atau detik, satu lahzah dikira semasa Imkan ad dukhul (ejaculation) dan satu lahzah lagi semasa keluar anak tersebut daripada ibunya.

Mazhab lain Maliki dan Hanbali tetap mengatakan anak luar nikah. Kena kosongkan dulu isi perut itu baru boleh nikah.

Kita di Malaysia ramai berpegang kepada Mazhab Syafie maka itu boleh dinasabkan kepada ayahnya... Selepas nikah 6 bulan anak dilahirkan dibolehkan bin/bt ayahnya. Memang ini akta negara kita.

Sedangkan hukum hudud pun kita pertikaikan Diana; kenapa dalam bab zina ini kita permudahkan. Apa nikmatnya pernikahan kalau calon isteri atau pengantin tidak lagi sunti atau ada anak di dalam perut!.

Ketika Haji kita terpaksa ikut Mazhab lain, kenapa bab zina ini kita ambil ringan; bukan maksud saya mahu mempersoalkan pendapat mazhab yang ada; bagi saya zina tetap zina. Kita insan yang mulia di sisi Allah SWT jika menjauhi zina ini.

Masalahnya iman kita ini sering diduga; mudah hancur & hanyut. Islam tak membebankan umatnya. Maka itu pandangan mazhab ini dapat meringankan bebanan jiwa kita. Terserahlah.