Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

29 April 2010

Penyair iDANRADZi zaman Dewasa (Singgahsana)

Gambar ini pula sekitar tahun 1985

Dah kahwin masa ini! tapi siapa pun tak sangka aku ini suami orang!

Sebab itu ketika di Jepun dalam Episod KC yang belum habis itu Rahayu terlampau memuja aku. Ayu tak tanya pun aku ini sudah kahwin ke belum.

Ketika wajah begini juga aku pernah menjadi pelakon teater!; Pak Pacaklah. Aku menari menyanyi, aku tak banyak berdialog hinggakan Mior Hashim Manap terpikat dengan aku ketika aku belakon di UM; lalu ajak masuk Kumpulan Teater Kreatif milik dia. Terpekik terlalak dengan Sani Sudin. Masa itu orang pun tak kenal siapa Sani Sudin.

Masalah utama aku, payah nak ingat skrip; Mior pula jenis tak buat skrip tetap dia mahu aku hayalkan & olah sendiri skripnya. Mimpi Hayati nama teaternya.

Dah buat sidang akhbar, dah ambil gambar aku pelbagai; Memang gambar aku yang akan diuar-uarkan di akhbar itu... macho gila, aku tenguk di tangan pemberita gambar aku itu, Mior yang pilih mana satu yang akan diterbitkan. Ingat kalau keluar paper memang aku jadi popular macam Sani Sudin. Bila aku tarik diri saat akhir Mior tersangatlah marah. Masa itu dia tengah bercinta dengan isterinya seorang artis juga Kak Izie. Dia langsung tak kontak aku. Kak Izie ini jenis garang memanglah aku tak berani nak jenguk mereka di Panggung Teater itu.

Ramai kalangan rakan jadi artis sampai kini, termasuklah S Azli yang amat mengagumi bakat aku. Kami pernah menjayakan teater Tiada Gendang Mengiringi Tari bersama, Johan bagi Wilayah Persekutuan. Dia kata suara aku macam Mior, wajah aku pun mirip Mior. Mior memang ada pertalian darah dengan aku; tapi kira bau-bau bacang sahaja. Dia memang pernah datang ke Desa Tualang. Aku pernah cerita bab ini dalam blog.

Dalam masa yang sama aku gila nak kahwin. Aku sedih sampai sekarang kenangkan ini. Aku tak cukup duit masa itu gaji masa itu sekitar RM400 sahaja. Aku berulang dari Seri Kembangan ke KL nak berlatih berteater habis sekitar RM100 dalam sebulan. Nak makan nak menyewa; Macam mana nak simpan duit nak kahwin. Orang sarat bercinta ini memang nazak!.

Sempatlah berteater dalam dua pementasan kut!, satu di peringkat kebangsaan di UM. Drama kedua kami buat bersama Arwah Abg Sabtu Husin di Dewan Bandarraya KL. Arahan Zain Yahya. Teater mana dapat duit masa itu. Masuk percuma sahaja, sekadar edarkan tabung kutipan.

Hingga kini aku cuba hubungi Mior, dia ada di FB tapi tak pernah mahu menyahut sapaan aku!.

Boleh agak kan... berapa usia aku ketika ini?. Tekalah!.


Nota kecil: Esok & lusa aku di Kemaman di laut dalam! memancing & candat sotong.

12 ulasan:

azieazah berkata...

Teka umur? hmmm

Saya rasa masa ni umur 25-27 tahun? dapat hadiah tak kalu teka betul?

azieazah berkata...

Wow...! kalu AYU tu pun tergoda, saya apatah lagi.. huhuhuu dah lama dok tunggu nak tengok wajah.. Ahaks!

gurau jer Bang...

Saya kagum lah, sebab Bang IDAN memang berbakat.. bakat seni teater tu yg saya sangat kagum tu.. Saya memang minat teater tauuu...

azieazah berkata...

Dalam entri terdahulu, ALID teka hampir dan layak dapat hadiah minum-minum. Terimakasih sbb pelawa saya jadi peneman..

So ALID? Apa lagi? Kalu setakat Kajang, Jenaris or area situ, no hal lahhh.. hehehehe

ejaa berkata...

wahh.. memang Encik iDan boleh mencairkan wanita wanita di luar sana. Sampaikan Rahuya pun memuja En.iDan. Terpikat agaknya :)

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Amboi kacak betul zaman muda-muda abg iDAN ni. Kalau jadi berlakon teater dulu tentu skang dah jadi pelakon teater yang popular.

Abg iDAN dengan artikel "Penyair iDANRADZi Terkini" bila pula nak menyusul? Semangat menunggu entry ni.

anyss berkata...

Salam,
Waaaaaa x sempat promosi masuk paper...kalau tak dah seganding dengan M.Nasir
Tiap yang berlaku ada hikmahnya dan Dia maha mengetahui...ini sebenarnya terbaik utk sdr

zeqzeq berkata...

macam penyanyi 80an...yang dok di kg bharu

iDAN berkata...

Dik Ejaa,

Ketika si Ayu itu asyik memuji saya memang saya rasa melayang badan.

Hingga kini saya masih mencari Ayu; cumanya saya tak pasti Ayu itu masih hidup atau tiada lagi. Memang saya merindui dia.

Sebabnya saya pernah terbaca kes isteri orang kita kahwin dengan lelaki Jepun mati dibunuh di tempat & nama yang sama dengan Ayu... memang misteri pertemuan itu!

iDAN berkata...

Dik Azah

Cakap saja bila ni nak makan-makan saya boleh belanja!, malam-malam memang banyak makanan istimewa di sekitar Jenaris ini!.

Sesiang hari sesuai Sabtu & Ahad; sebab ketika sahaja saya ada kenderaan canggih; takkan nak naik kapcai nanti saya ajaklah si Azim tu temankan kita makan!.

Tapi bersyarat jangan lari bila tenguk perut boroi saya!... hihihi.. tak macam gambar lagi!

Alid tu takkan mahunya!

iDAN berkata...

Dik Diana @ Vic

Semua kalangan rakan teater kami menjadi artis ada yang popular & ada yang orang tak kenal sangat. Sebut Zain yahya mungkin Vivc pun tak kenal kan?

Sani Sudin semua kenal kan?... tapi dia pun tak kenal saya kini bila dah popular begitulah!.

Sayangnya sekarang saya bukan lelaki macho lagi, kalau tak pasti akan saya ujudkan artikel "Penyair iDANRADZi terkini"

Boroi saya & Bro Maz lebih kurang sahaja.

iDAN berkata...

Sdr Anyss,

Jika saya tak tarik diri teater Mmmpi Hayati itu memang itu langkah awal saya akan popular; saya nampak sangat itu.

Tak ramai sebenarnya artis di negara kita. Tapi okey saya bergerak sendiri; pernah dalam Jabatan tenpat saya kerja, saya menjadi Johan dalam persembahan keluarga. Saya sendiri bermadah berpuisi & bergurindam. Ramai yang keras perut ketawa & memang dapat mencuit hati orang. Itu pun sudah cukup!.

Kira okeylah tu! dikenali sebagai Penyair di kalangan kita pun dah cukup bagus!.. kan?.

Nak seiring sifu M.Nasir itu .. na mungkin (B. Hindi)

iDAN berkata...

Zeq,

Ramai yang kata saya ni dulu macam Hail Amir, kemudian Mior Hashim kemudian macam Rosyam Nor terkini bila dah tua begini kata macam Mustapha Kamal..

Ada-adalah buat orang perasan sahaja.