iDAN

15 April 2010

Tagged VIC@Diana

Menjawab Tagged VIC@Diana

Bila di tag oleh Diana, rasanya belum pernah aku di tag begini; rasa teruja & dihormati amat. Terima kasihlah risau akan kesihatan saya ni!. Gundah juga nak nanti 20hb ini. Ujian Terapi jantung lagi!. Harap-harap okey!

1- Anda rasa hot?
Diri okey kut!, cuaca di Jenaris makin sejuk selalu hujan. Hati tu yang bergolak sikit. Macam-macam hal berlaku dalam sebulan dua ini.

2- Upload gambar kesayangan anda:-

Selain dari gambar semasa muda... ianya diambil nun jauh di negara mentari terbit!. Tak silap wajahku di tahun 88!. Macho tak?,

Shibata & emak angkat semasa di Juo Machi Hitachi Jepun. Yang belakang tu macam iras arwah Apak!. Banyak juga gambar kesayangan di Jepun tak ada mesin imbas. Emmm! suram di album sahaja.


3- Kenapa anda suka gambar ni?

- Sebab pertama gambar ni diambil masa aku masih kurus lagi tak boroi.

- Sebab ini merupakan kenangan sendirian di kampung org Jepun, aku sedang cuba menyungkil kenangan silam di sana ada kutulis dalam siri Kahwin Campur (KC). Masih tergantung lagi siri itu.

- Shibata ini aku kenal sekitar sebulan sahaja tetapi bagaikan ikatan dalaman yang menyimpan sesuatu perasaan payah ditafsirkan. Nanti aku ceriterakan.

4- Bila kali terakhir anda makan pizza?

Tak boleh ingat.... sebab saya memang tak suka pizza... sama macam VIC.

5- Lagu terakhir yang anda dengar?

Lagu hindustan Deewana Tera Hai. Sedap lagi ini. Dua hari sudah di AsyikFM pun mereka putarkan lagi ini. lagu agak lama juga. Cuba cari MP3nya di internet.

6- Apa yang anda buat sambil menjawab tag ni?

Tgh berfikir, perut lapar amat, nantilah kejap siapkan tag kejap.

7- Selain dari nama anda sendiri Haridan, anda suka dipanggil dengan nama apa?

Abg iDAN memang itu lebih suka dari org panggil Pakcik!. Kalau anak buah panggil Paksu tu okeylah juga.

8- Tag lagi 6 orang

6 orang yg aku tag ni mungkin sudah ditag oleh orang lain atau pernah menjawab tag yang macam ni. Tapi tujuanku bukan nak mereka jawab tag ni (walaupun kalau mereka nak jawab, sangat dialu2kan) tapi aku just describe orang2 ni seperti mengikut arahan tag ni.

1- Bro Mazidul
2- Zeq
3- Dik AzieAzah
4- Cikgu
5- Combi
6- YB

1- Siapa orang No. 1 kepada anda?

Seorang rakan blogger teringin amat nak jumpa bersemuka; asyik tenguk kat TV sahaja. Melalui Bro Maz maka blog saya makin tersebar laus pengikutnya. Saya amat menghormati penulisan Bro Maz; rasa rugi tak baca setiap tulisannya.

2- Bagaimana pula no. 3?

Dik Azah ni macam dekat di hati, tapi dia ni amatlah ramai peminat, dia penulis macam VIC juga. Cumanya tak banyak rahsianya dapat disingkap. Mungkin usia kami sama atau anak sama besar dewasa.

3- Pendapat anda tentang orang No. 4?

Cikgu disipilin, saya amat menghormati kerjayanya. Teringat Ustazah Zaleha ketika saya di sekolah rendah lalu. Tapi Cikgu ini jarang update blognya. Adoi! masih kisah wang pos dia. Suka mengembalikan zaman sekolah lalu. Nak tahu juga masalah pelajar kini.

4- Kata sesuatu kepada orang No. 2

Zeq!, saya suka cara dia berblog, ringkas tulisannya tapi padat & jujur!. Rajin berkunjung di blog rakan lain biar pun saya tenguk Zeq ini antara manusia tersibuk di dunia. Agar saya tidak kehilangan Zeq.

5- Hubungan anda dengan orang No. 6?

Satu-satunya sahabat yang punyai blog sendiri yang suka berhubung dengan saya biar pun kami terpisah jauh!. Saya selalu telefon YB di ofisnya. Dia pula tak telefon saya ketika berada di sini. Mestilah terkilan. YB ni sekampung Bro Maz, keluarga mertua VIC mesti kenal keluarga YB.

6- Perwatakan Orang No. 5

Sering baca blog Combi. Saya cemburu amat dengan kebahagiaan keluarganya. Cemburu sebab saya tak punya isteri macam Combi. Kak Mila tu nak bergambar dengan saya pun malu; sebab saya ni dah boroi katanya. Jalan dengan Kak Mila pun saya terpaksa kejar-kejar dia. Combi pula asyik bergambar dengan hubbynya. Saya suka harmoninya keluarga Combi!. Jaga hati suami & anak-anak... baik-baik.

-The End-


(mahal t/tangan ni)

Emm! tak boleh tambah 7... 8 org lagi ke?... Dik Ieja, NurulJB, Aisyah, Abuyon, Eelobor, Ibu Aran, ... isk! ramai lagi boleh tag ni!.

12 ulasan:

echah_syed berkata...

abg idan...oits pertama kali panggil abg rasa mcm lain jer... :)

ntah combi lebih berumor.ishh malu pulak.

sangat terharu diatas pujian ikhlas itu.namun takdir dimasa depan hanya dia yg tahu kan.

eh..jgn kecik hati jika kak mila tak nak bergambo dgn abg idan kerana ada org memang tak gemo bergambo.serius!

apapun marilah kita sama-sama menghabiskan sisa umor yg sedikit ini dgn penuh semangat kerana hidup mesti diteruskan walau apapun terjadi.betul tak?

takecare ya.

My Life My World berkata...

Salam Bang Idan :)

Hensem nyer abang masa muda. Awek Jepun kat sebelah abg tu pun cantik sangat. Pertama kali dapat menatap wajah abang, biar pun gambar lama.

Saya dah buat TAG ni bang, terima kasih atas ingatan abang.

asilahmuhajer berkata...

salam;
saya sekarang amat jarang bukak blog. bukan tak nak tapi betul2 tak sempat. satu hari macam bukan 24 jam rasanya.

tapi, secara jujurnya, blog en.iDAN adalah antara blog yang saya wajib bukak bila sesekali online.

kadang2, blog sendiri tak diupdate tapi lawat blog orang. rindu rasanya. harap2 bulan mei ni dah kurang sibuk dan dapat update seperti biasa. amin..

iDAN berkata...

Sdr Combi,

Bila kita congak usia kita; mana mungkin kita dapat kembali muda; saya dengan si Jamal tu sebaya. Jamal nyanyi nampaknya dah pakai rambut palsu.

Tenguk FB jumpa rakan lama Dr Nizam org Bangi dia pun dah tak ada rambut; tenguk ubannya putih belaka. Org pandai banyak guna otaknya tentunya rambut habis gugur. Kita yg org biasa pun tetiba dapat sakit dalam sekitar dua tiga tahun berubah habis.

Hakikatnya begitulah; dalam usia berumur itulah sebaiknya kita rapat dgn pasangan kita. Kalau boleh jalan kena pegang tangan macam Mat Saleh lakukan.

Isteri adalah segalanya; begitu juga buat org perempuan, suamilah tempat berlindung!.

Sebabnya bukan apa Combi, di sana nanti mungkin kita amat sunyi. Jarak masa kita ke liang lahat itu rasanya semakin dekat!. Siapa berani nak teman kita!.

Payah lelaki sekarang nak cecah 70an. Orang perempuan masih ada harapan.

iDAN berkata...

Ibunya Aran,

Kalau rajin klik di easyjournal, banyak gambar saya di blog tu!. Terutama gambar ketika memancing.

Nantilah kalau sempat saya pindahkan gambar tu di blog ini.

Shibata tu tak macam Suminya; matanya Shibata tu mata Jepun kulitnya pun putih kapas. Kejap sangat kenal dia kemudian saya habis kursus di Jepun tu!.

iDAN berkata...

Terima kasihlah rasa teringat nak klik blog saya. Saya pun faham cikgu tak ada masa nak layan internet.

Di rumah pula anaknya masih nakal; nak layan anak ni bukan mudah.

Saya beruntung sebab ada Streamyx di rumah sambil jadi suri rumah sempat juga curi-curi menulis!. Cuma tak sebebas mana; kena jaga hati Kak Mila tu!. Dia tak suka saya tulis kisah peribadi tapi apalah cerita menarik dari kisah hidup kita seharian.

Suka baca kisah VIC, Combi, Ibunya Aran & banyak lagi blog yg penuh cerita seharian yang memang menarik.

Sebenarnya kisah anak murid cikgu memang menarik, bagaimana mereka kreatif lakar atau conteng meja pun ianya lekat diingatan.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Ye ker? Sapa agaknya YB ni. Rasanya mesti mertua vic kenal amat.

Betul kata Combi tu abang iDAN. Ada sesetengah orang mmg tak suka bergambar. Vic rasa abang iDAN antara salah seorang daripadanya selain Kak Mila sendiri. Pasalnya mmg payah amat nak tgk gambar abg iDAN. Jarang benar abang iDan letak gambar sendiri dalam blog. Ni bila letak, walaupun gambar masa muda, vic cuba membayangkan wajah terbaru di tahun 2010 ni. Lama ku tenung. Hahahahaha.. Bahaya sungguh tenung lama2.

Cetusan berkata...

alahaiii..kena juga..


terima kasih ...komen..
harap jangan PUJI lebih2..
bila dilambung tinggi, kelak risau lupa diri.
risau selama ini berhati-hati, nak elak terpijak semut, tetiba nampak lembu pun nak langgar..nampak gagak nak lastik dek sebiji najis hitam putih dicermin kereta.

iDAN berkata...

Vic, setahu saya tak ramai sangat penduduk kampung Bro Maz itu. YB itu macam Bro Maz telah berhijrah, YB sekarang di Universiti Teknologi PETRONAS, Bandar Seri Iskandar, 31750 Tronoh, Perak. Tinggal di ssekitar sana. Dulu kami sama berkerja di UPM Serdang.

YB sesekali sahaja balik kampung; dia tu gemok orgnya tanya kat keluarga mertua Yasin mesti mereka kenal!.

Kak Mila tu rajin juga bergambar dengan anak-anak tapi tidak dengan sy; memang betul sy memang tak suka bergambar. Bila boroi begini rasa amat hodoh, maka itu elalu mengelak jika bergambar!.

Tak dinafikan masa remaja nampak macho, darah Minang campur arab; memang ramai kalangan anak buah macho & canyik belaka. Ada yg macam amoi arab sebijik!.

iDAN berkata...

Zeq,

Puji tu lain menceriterakan perkara hakikat itu lain. Rasanya hati tak boleh menipu jika mata mungkin kita mudah rambang!.

YB berkata...

Salam Idan,

Bila kau tak di telefon bukan bermakna aku lupa kan kau. Aku jenis tak suka menelefon tapi amat suka jawab telefon (belanjawan berkhemah ha ha ha...)

Sebenarnya aku selalu balik kampung. Aku cuba balik sebulan sekali. Tengok emak dan kakak aku di kg. Selain tu sungai yg menjadi nadi hidup aku dahulu kerap seolah memanggil pulang. Kalau dulu, tak jumpa aku, cari lah di sungai. Begitu akrabnya aku dgn sungai ketika itu.

Kalau nak mengesan aku di kg cukup sekadar nama jer...seperingatan aku drpd kecil ke tua, tak ada org lain nama macam aku. Kalau tanya budak kecik mungkin dia org tak tahu...

Idan, ingatan kau ingatan aku jugak. Kalau aku lupa menyapa bukan makna aku lupa kawan aku. Kita kian tua. Kekadang kian rasa terasing sebab kau dah berehat, tapi aku masih lagi dikuli di sini utk mencari sesuap nasi. Moga sihat walafiat.

iDAN berkata...

YB,

Aku ni macam YB juga, jika berbual ingin berbual panjang; kalau guna Tel Bimbit (HP) memang nahas tau-tau habis duitnya.

Maka itu aku guna talian bebas tol tajaan Streamyx itu; tapi faham sajalah YB memang amat sibuk, jarang ada di makmal. Rasanya minggu ini sahaja bukan sekali dua aku cuba hubungi di makmal memang YB tak ada. Mungkin ada kelas mungkin YB tiada di makmal.

Baguslah macam itu, setidak tidaknya emak YB merasai kasih sayang anaknya, jika balik tanyalah emaknya siapa saudara mara yang teringat dia mahu berjumpa. Itu aku amalkan dengan arwah Opah Bi emakku tiriku. Arwah emak kandung meninggal dunia tanpa aku punyai kenderaan. Lesen memandu pun tiada ketika dia pergi.

Orang tua-tua ini selalunya ada impian di hatinya tapi malas menyusahkan anak-anak. Terutama hari raya; memang dia teringat saudara mara, kita sebagai anaklah dapat mendekatkan tali persaudaraan kita.

Aku teringat kali terakhir beraya dengan arwah Opah Bi, bila aku tanya dia... kata dia tak mahu ke mana-mana hari raya ini. Mungkin dia merajuk anaknya tunggalnya jarang jenguk dia. Mungkin sebab lain. Asyik aku yg balik. Selang beberapa bulan lepas itu dia meninggal dunia.

Bukannya memaksa untuk siapa pun ingatkan aku. Itu tak siuman namanya. Tetapi aku terfikir rata-rata rakan kita telah pun ke era 40an malahan ramai ke era 50an. Mungkinkah selepas 58 tahun itu sempat berehat.

Aku pernah cakap dengan arwah Abg Din Pendek kita, baik berehat sahaja di rumah; anaknya pun telah dua orang berkerja. Kesihatannya memang kronik. Emmm! tenguk apa telah jadi!; tak sempat pun berehat: tak sempat pun pergi haji, padahal bukan tak cukup rezekinya. Bila kita persoalkan memang ini hak individu tapi rasanya dasar kerajaan mahu menyekat imbuhan & hak pekerja bersara awal/pilihan itu memang tidak rasional.

YB sendiri tahu kalau nak pergi haji dalam usia selepas 58 tahun. Bukan ringan kerja ibadahnya.

Berhaji muda macam aku ini pula banyak amat dugaannya!. Kejap-kejap janda kejar!. Lemas.

Maka Islam kata; jika teringat akan dunia berkerjalah seolah kamu mahu hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah ibarat akan mati esok!.

Kita lupa ibadah ini, leka dengan hutang rumah RM100K & kenderaan pun lebih kurang; itu memang afdal tapi imbangkan rukun Islam yang ke lima ini. Tak banyak pun pakej haji sekitar RM15 ribu sahaja; pakej tak perlu ikut giliran. Kenapa tak ambil peluang ini.

Aku tak berehat sebenarnya YB, kerja surirumah ini juga nampaknya amat berat. Apatah lagi jika dibebani masalah anak-anak pun bini!. Rasa nak terjun lombong pun ada! :(. Sabarkan sahajalah memang adat begini kehidupan kita. Harap-harap Allah Azzawajalla akan menyusunnya dengan baik. Doakanlah!.