iDAN

26 Mei 2010

RM10 besarkah nilainya (Singgahsana)


"Pakcik tolong kasi saya RM10, saya tercicir beg duit" aku terkelu melihat wajah anak muda ini, nampak segak. Rambut trojan, siap pakaian sukan. Tak seperti budak dadah pun.

"Pakcik memang tak bawa duit dik, tertinggal dalam kereta!" sebenarnya dalam hati berkata juga kenapa aku yang dikejarnya; ramai orang lain ada di lorong itu. Kenapa nak RM10, kenapa tak minta duit siling sahaja nak telefon kawan untuk menjemputnya.

"Betul Pakcik saya hilang beg duit, kalau tak percaya Pakcik ambil telefon bimbit ini sebagai cagaran. Telefon ini lebih mahal dari RM10" Lagi pelik kalau ada telefon bimbit lagi tak masalah nak telefon kawan pasti banyak nombor kawan tersimpan dalam telefon bimbit tersebut.

Aku pun berjalan laju menuju ke Masjid Sungai Besi; cadangan aku nak makan cendol Sungai Besi terbantut. Anak muda Trojan ini mengekuri laju.

"Awak mintalah tolong dengan orang lainlah, Pakcik pun nak guna duit! RM10 tu banyak sangat! telefon awak itu bukankah mahal" Telefon Nokia hitam putih model lama. Aku ingat nak kasi duit siling untuk dia telefon kawannya. Aku lantas buka pintu Avanza, seingat aku dalam Avanza banyak duit siling; bila aku toleh ke arahnya aku tergamam; tak nampak anak muda trojan tadi.

Azim terkedek-kedek berlari kearah aku.

"Panik ayah Azim, ada orang minta duit ayah!."

"Apa pasal berapa dia minta!"

"Dia kata dia tercicir beg duit, dia minta RM10... ayah pula rasa macam tak yakin sahaja; takut dia menipu, pura-pura hilang beg duit! siap nak kasi telefon dia!"

"Abis! tu kalau dia benar-benar hilang beg duit tak kasihankah ayah dengan dia..."

"Ayah tak suka dengan telefon bimbit; kalau Azim rasa nak tolong dia ambil duit RM10 ini dia janji nak kasi telefon Nokia dia tu!" Azim diam, aku terus mencari-cari bayangan pemuda ini. Mana pula menghilangnya.

"Emmm! biarlah dia minta tolong dengan orang lain!" keluhku.

Sepanjang perjalanan aku ke asrama Aziq di Gombak; pelbagai fikiran berligar di kotak andaian aku!.

- kenapa mesti nak RM10, jauh sangatkah rumahnya!

- apakah memang dia kehilangan beg duit; kenapa tak minta dekat gerai orang Melayu bersepah di lorong tersebut cagarkan telefon bimbit itu kejap!

- kenapa tak minta duit siling kalau memang ada telefon bimbit tapi tak ada kredit, cukuplah dengan meminta bantuan duit siling.

- kenapa aku yang dia kejar sedang masa aku berligar kat gerai cendol aku nampak ramai orang kita Melayu di situ.

- ada Candid kamerakah mengintip aku; kalau keluar TV Isk! kedekutnya aku ini!.

- atau anak muda itu bukan orang! sebabnya bila aku toleh puas aku perhatikan; tak nampak pun gelagat dia... orang tak ramai mana.

Huh!.

12 ulasan:

Cetusan berkata...

bagi pihak saya sedekah rm1 kira halal tak payah hutang2.

rm10 bagi mereka yang masyuk rm3k sebulan..kira peratusan gaji..

YB berkata...

Salam Dan,

Aku tak percaya. Nak bagi tak bagi bergantung pada firasat kita. Kalau bagipun niat sedekah jer. Perompak zaman moden ni pun dah moden. Pakaian lebih kemas drpd pegawai. Idea menipu pun lebih moden. Wallahuaklam.

iDAN berkata...

Sdr Zeq,

Itu sebaiknya Zeq, tak kiralah dia siapa sebab saudara seagama juga. RM1 takkan terasa & sampai rasa terkilan kalau dia buat duit itu untuk yg bukan-bukan.

Bila kita dah niat sedekah takkan nak fikir yg bukan-bukan org tu buat apa. Bukan lagi hak kita.

RM10 bagi orang pensen macam saya pasti peratus gaji@pencen bulan lagi tinggi sebab tak sampai RM3k pun sebulan.

Tapi kalau derma tabung surau; masjid atau memang tabung yg sah ujudnya rasanya apalah sangat nilai RM10 itu di zaman kini.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Vic kalau bagi sedekah pun, takde la sampai nak bagi RM10. Lgpun org yg minta sedekah pun ramai yg menipu... inikan plak budak berambut trojan. RM10... perghh... pi je balai polis... buat repot pastu mintak polis hantarkan ke rumah.

iDAN berkata...

Sahabatku YB

Memang benar; kalau ketika itu aku ini tak pokai sangat mungkin aku kasi saja. Hakikatnya tenguk anak masih perlukan duit; jiwa kita masih nak tenguk wayang. Bulan-bulan payah menabung; itu yg buat kita jadi kedekut bab keraguan begini.

Sebenarnya itu peluang terbaik untuk kita bersedekah.

Bayangkan Dato' Ujang Bagong; anak aku si Anif rajin bercerita Dato' ini selalu datang ke sekolahnya kasi duit; tak adalah banyak seorang sekitar seringgit dua sahaja. Tetapi sekali dia kasi duit pastinya berjumlah ratusan RM.

Anak aku pula sering berbaris dua tiga kali; Dato' ini tak kisah pun selagi duit nak sedekah dia ada!. Dia kasi.

Bila kita nak kaya jadi pemurah bagai Dato' Ujang Bagong ini YB.

Tapi kes anak muda ini; sampai kini aku antara percaya & tak percaya betulkah dia kehilangan beg duit atau sekadar taktik! rompakan bak gores & menang.

iDAN berkata...

Sdr Vic;

Itu memang lojik, kalau orang hilang beg duit pasti IC atau kad kredit pelbagai ada di dalamnya; langkah pertama kena buat laporan di Balai Polis sebelum 24jam di tempat yang hilang.

Kalau tak payah nanti nak buat baru IC kita.

Abg pun terfikir ke arah itu; bayangkan andai kata kita beri RM10 itu pada Azim. Niatkan sedekah. Pasti melebar senyum si Azim; anak kita pun kita kasi belanja sekadar RM3 sehari.

Abg ni pun bukanlah semewah mana!.

- just me - berkata...

Salam abg iDAN,

org skrg nak menipu macam2 taktik dah.. tak mustahil dia minta RM10 tp masa abg keluarkan wallet abg, dia pukau lantas mengambil semua duit abg. rasanya kes2 pukau begini dah banyak yg berlaku. syukurlah tiada apa2 yg berlaku wpun abg masih bniat utk menolongnya (beri syiling dsb).

moga kita semua terlindung & selamat drp tipu daya syaitan & manusia..

anyss berkata...

Salam,
Taktik tu dah lama diguna. Saya selalu dah kena. Hanya, saya rasa kurang senang sebab...kalaupun nak mintak dari orang, atau berada dalam kesusahanpun, janganlah main letak harga. Itulah keikhlasan orang tu.

Masa belajar dulu, saya pernah didatangi seorang budak perempuan minta 50 sen sebab tambang bas untuk dia balik rumah 80 sen. Dia hanya ada 30 sen je. 50 sen dah hilang masa dia lari dikejar anjing. Itu 15 tahun lepas dan budak itu saya yakin memang kehilangan 50sennya.

Bila dah kerja, saya ada jugak didatangi orang yang mintak duit dengan kadar tertentu ni, tetapi saya tak pernah cukupkan kadar itu. Saya hanya bagi jumlah yang saya rasa ikhlas sahaja. Kalau kebetulan hari tu ikhlasnya 20 sen, maka 20 sen lah dia dapat. Pernah juga orang tu tak mahu ambil bila saya bagi jumlah tu, jadi...dengan rasa tak bersalahnya saya simpanlah semula duit tu. Saya tak akan bagi jumlah yang saya tak ikhlas, sebabnya...saya akan sentiasa terfikirkan jumlah itu untuk jangka masa yang lama. Kalau saya bagi untuk jumlah yang saya ikhlas nak bagi, saya boleh lupakan terus hal itu seketika kemudian.

Jadi, tak timbul soal siapa orang itu. Tak timbul soal anggapan orang kita ni kedekut atau tidak, atau akan disiarkan di tv atau tidak...paling utama ikhlas kita. nilai ikhlas itu orang tak boleh ukur secara fizikal.

eelobor berkata...

pelbagai ujian datang dalam kehidupan melalui pelbagai cara & kaedah yang berbeza untuk menguji sejauh mana kesabaran & keikhlasan kita. tnya gerak hati sejauh mana kita menilai dalam membuat keputusan

ssdm kuala selangor berkata...

kalau saya pun sama. ikut keikhlasan hati time tu. - asilahmuhajer

iDAN berkata...

Sdr Eeelobor;

Tak mungkin kita berpeluang untuk berderma secara terus kepada yang berharap; begitu juga sedekah, bukan seharian kita dapat ketemu mereka yang miskin.

Masalah anak muda ini seolah-olah ada sesuatu yang membelenggu dia hingga tergamak berlakon begitu. Maka kalau kita beri pun masih kita berpahala jika niat kita ikhlas; kalau kita menolak pun rasanya tak akan berdosa lantaran sepastian dari aduannya boleh dipertikaikan.

Cumanya hati mana yg tak terusik andaikata memang benar dia perlukan bantuan. Itu yang Azim cakap.

iDAN berkata...

Cikgu;

Saya rasa bila hadapi situasi ini cara yang Zeq sarankan adalah yang terbaik!.

Kasi sahaja jumlah yg kecil seikhlasnya agar kita tak teringat-ingat pun melatih diri agar jangan jadi Haji Bakhil macam cerita P. Ramlee.

Yang meminta itu biarlah; jujur tak jujur bukan urusan kita. Tangan di atas itu...