iDAN
16 Jun 2010
FB dalam dua Bulan (Singgahsana)
Aku sebenarnya amat tak minat dengan FaceBook (FB). Bukannya apa-apa, di sana terlalu luas skopnya & amat bebas pergaulannya. Seperti ramai kalangan sana asyik lupa diri lantaran dalam sebulan sahaja senang-senang kita boleh berkenalan lebih dari 200 orang rakan. Jangan harap kita akan dilayan oleh rakan di sana sebabnya kesnya tak ubah bagai MIRC. Jika siapa pernah ber cit-cat dengan MIRC tahulah bagaimana musibah kejutan budaya ICT ini.
Dalam apa jua wadah memang buat kata mantan PM kita Ayahda Mahathir. ICT ini ibarat pisau; pandai-pandailah kita menggunakan pisau ini; sama ada nak mengugut orang pun boleh membunuh orang atau pun sebaliknya nak guna pisau ini untuk membedah menyelamatkan nyawa orang; Ianya terpulang pada kita.
FB nampaknya begitu cepat dapat menghubungkan kita; bayangkan aku aktif dalam FB sampai terabai blog ini dalam sekitar dua bulan. Hasilnya ramai rakan lama yang dapat aku kontak semula. Antaranya aku tak tahu pun aku punyai rakan yang aktif dalam penganalisa politik. Prof Nizam.
Begitu juga Ir Sabri yang sekitar 35 lalu tau-tau telah menjadi jutawan & tinggal di Sg Pencala. Semuanya terhasilnya pertemuan semula melalui FB. Ir sejak di bangku sekolah nampak brutal tapi adalah pelajar yang bijak. Dia tak rapat sangat dengan aku berbanding Raja Azmi tetapi melihat perkembangan hidupnya memang ianya membuatkan rakan-rakan lain terkesima.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
saya tetap kata FB bagai pisau,,
dan antara yang tak terduga dan tak tersangka.FB diguna untuk menikam dan FITNAH dengan mendaftra sebagi lebihdari satu nama..satu namabaik dan satu nama tersirat..
semua akan percaya jika terdpat 10 org dlm pakatan.boleh menjatuhkan seseorang..
alahai..kesian siapa yang kena..
jika anda diserang oelh 10 rang berjenama BAIK??
hati2...
Sdrku Zeq;
Memang benar, saya sendiri terpaksa menyekat hampir sepuluh orang rakan yang saya anggap sering mengganggu emosi saya. Nota yang dikirim semata-mata kepuraan & tidak lahir dari dalam diri.
Rakan bagi saya adalah org yang boleh bersama suka & duka. Bukan rakan yang bertepuk tangan gah gumbira menguar-uarkan seentero dunia akan kegundahan yang kita alami.
Catat Ulasan