Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

15 Jun 2010

Ketemu Rakan Lama.. lebih 35 tahun berpisah (Singgahsana)


Nizam & Osman masih meneruskan kerjayanya; aku telah jadi sura rumah Azaddin katanya telah bersara tapi masih menguruskan syarikat sendiri.

Hidup kena diteruskan!

Nizam, Osman & Azaddin rakan di Remove Class 72.

Paling lama tak jumpa Azaddin sejak berpisah tahun 70an. Nizam katanya pernah sekali sahaja jumpa di Tg Tualang sekali awal 80an; Osman pun sama pernah sekali sahaja berjumpa di rumah Joe; jamuan raya tak ingat tahun berapa.

Tahu-tahu kekinian berjumpa di Alamanda.

Prof Nizam seorang Pensyarah di UKM, dia sering muncul di TV menjadi Penganalisa Politik, Osman orang penting di Jab. Pendaftaran Negara Msia di Putrajaya; Azaddin seorang jutawan di Sarawak kini rumahnya sekitar KLIA ... & aku sekadar seorang Penyair!.

8 ulasan:

alidyangon berkata...

Wah Pak Idan

Mesti seronok + sedih pilu + macam-macam perasaan bila dah berjumpa

:)

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Yang mana satu abg iDAN ni.... puas vic cuba meneka....

eelobor berkata...

penyair yang kaya dengan khazanah yang tersendiri

iDAN berkata...

Sdr Alid,

Seronok dengar kejayaan mereka, kita pun seriau dengar sekali ekonomi menjunam kekawan cerita rugi jutaan RM, kita pun tak pernah lihat duit selonggok begitu!.

Azaddin tu masih punyai anak berumur empat tahun!.

iDAN berkata...

Dik Vic...

Yang masih macho bertopi hitam berbaju dua lapis tulah abg!

Cuma boroi sahaja yang buat abg tak lagi menawan bagai dulu. Faktor umur pun satu.

Yang bertopi depan tu takkan tak perasan selalu di Astro & TV3.

iDAN berkata...

Sdr Eelobor;

Penyair sebenarnya sekadar pemerhati akan segala kekayaan manusiawi; kehidupan ini sering teruji & tak seindah mana!.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Tak le tua sangat. Hensem dan macho lagi..... Selama ni kalau dengar abg iDAN cerita pasal diri sendiri, tua la, boroi la, tak hensem la....
vic bayangkan betul2 mcm tu...

Rupanya... masih smart dan bergaya lagi abg Idan ni. ehemm...

iDAN berkata...

Vic,

Perubahan mendadak setelah sakit kronik tiga tahun lalu buat diri abg ini bagaikan mahu bertapa dalam gua sahaja.

Sungguh tiga tahun lalu wajah abg ramai yang sangkakan 30an sahaja. Memang dulu abg ini mengawal makan berulam sentiasa; Awet muda.

Bila sakit... beginilah yang tinggal; wajah tak seseri dulu; paling risau boroi perut ini sukar dikawal.

Kata Azaddin yang bermasalah jantung macam abg; makan ubat jantung... cair darah tu memang bikin perut kami macam ini.

Bunting Gajah!. :(