iDAN

26 Jun 2010

Korea Selatan tiada lagi.


Bola Sepak Piala Dunia FIFA kekinian kehilangan pasukan Korea Selatan untuk mara ke Suku Akhir, ianya terpaksa mengaku kalah dengan ketangkasan pasukan Uruguay. Ianya tidak perlu waktu tambahan; kemenangan tipis Uraguay 2-1 telah menjadi peminat bola sepak Asia terpaksa bergantung denga Jepun semata.

Uruguay adalah pasukan pertama melangkah ke Suku Akhir diikuti oleh Ghana yang menundukkan USA dalam drama yang panjang dengan waktu tambahan 30 minit setelah terikat dengan USA 1-1 .

Aku sebenarnya mengantuk sangat apabila Ghana terlalu lama terikat dengan jaringan 1-0. Seawal minit ke 5 Ghana telah dapat membolosi pintu gol USA oleh pemainnya Kevin-Prince Boateng. Drama serang-menyerang asyik tak menjadi buat aku rasa lemas. USA hanya mendapat jaringan penyamaan pada minit 62 oleh Landon DONOVAN. Waktu tambahan dipergunakan oleh Ghana dengan jaringan kemenang di minit 93 oleh Asamoah GYAN. Bayangkan ketika itu telah pun hampir jam 5:00 pagi. Ayam dah nak berkokok!.

Di Suku Akhir nanti Ghana akan bertemu dengan Uruguay untuk ke Separuh Akhir. Pada 2 Julai '10. Sila klik jadual ini. Uruguay dalam keadaan yang cukup mantap kini tentunya akan sukar diladeni Ghana nanti.

Aku nampaknya setelah Itali kalah mengejut hanya berminat dengan dua pasukan ini. Ghana & Jepun sebagai pencabar yang makin popular yang aku harap dapat membuat kejutan. Jika dua pasukan ini dapat ke Separuh Akhir pun sudah cukup mengempak dunia. Takkan asyik Eropah & Amerika Latin sahaja yang pakar bermain bola sepak.

6 ulasan:

eelobor berkata...

suka tgk semangat korea selatan berjuang...

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Lebih sedih bila England pun tiada lagi...

Mujur dapat take a glance of wajah Beckham masa rehat waktu pertama...
Tidur lena sampai pagi.. (opss.. mcm iklan pampers)

YB berkata...

salam Dan

Team pilihan teman Jerman. Kalau liga tempatan pilihan teman Kejor Yop Kejor. Teman tengok permainan mereka saling tak tumpor....ehhh ehhh ..ehhh saling tak tumpah...dah tumpah mana nak sama tak.

iDAN berkata...

Sdr Eelobor, masa Korea main saya hanya sempat tenguk online di internet sahaja. Kak Milanya meragam nak tenguk dramanya.

"bola ... bola tak abis-abis dengan bolanya" terpaksa beralah!.

iDAN berkata...

Beckham duduk di kotak pemain bersama pengurus England, sian dia begitu kecewa lantaran England kalah teruk 1-4 sepatutnya 2-4.

Malam tu abg memang sokong Rooney, abg panggil Rooney tu baby sihat!. Sian dia kasi hantaran tepat pun rakannya tak boleh sumbat bola ke pintu gol.

Jerman memang hebat malam tu!.

iDAN berkata...

YB, tak dinafikan Jerman main memang bagus, jarang buang bola & sering sumbat banyak gol.

Tapi aku lebih sokong Ghana & Jepun sebab pasukan aku Itali dah mengalah sedari awal.

Teringin nak benua lain ke final asyik Eropah sahaja macam mana ni?