iDAN

29 Jun 2010

Rooney tiada lagi (Sukan)

Kekalahan England menentang Jerman 1-4 tentunya satu igauan buat Rooney & pasukannya. Wajah muram Beckham di kotak pemain membayangkan kekecewaan yang amat sangat lantaran tahun 2010 nampaknya England gagal ke Suku Akhir. Rooney yang lahir pada 24 Okt 1985, kini berusia 25 tahun masih ada peluang beraksi sekali lagi di Piala Dunia jika tiada sebarang masalah kecederaan. Jika tidak namanya tinggal kenangan seperti pemain yang lain. Jerman terlalu kuat ketika menentang England sehingga serba serbi yang England lakukan terhalang. Sedangkan England punyai ramai bintang bola sepak yang disegani. Seperti pemain berpengalaman Frank Lampard yang bermain dengan Pasukan Chelsea telah banyak menutip gol di peringkat permainan antara bangsa. Siapa tak kenal Joe Cole yang memang punyai taktik permainan yang boleh menggugat lawan. Segalanya telah berlalu, England terpaksa melupakan Piala Dunia pun terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk beraksi di medan bola sepak dunia. Pastinya peminat England kecewa & nampaknya antara pasukan yang masih kekal terpaksa bergelut dengan pasukan yang makin mantap & sukar diramal kemampuan masing-masing. Aku memang menyokong England ketika menentang Jerman. Sejarah atau temadun England pastinya membuatkan aku suka dengan Rooney yang aku panggil Baby Sihat, biar pun dia tak semacho Beckham tetapi dia ada aura tersendiri. Sukar ditemui bintang sepopular Rooney rasanya kanak-kanak pun kenal Rooney bagai mereka suka siri kartun Looney Tune. Apa-apa pun aku mahukan ada wakil Asia atau Afrika masuk ke Perlawanan Akhir, Ghana & Jepun agar dapat membuktikannya. Tak syoklah asyik benua Eropah & Amerika Latin sahaja yang hebat!.
Itali tinggal kenangan!.

6 ulasan:

eelobor berkata...

Dari awal sudah dapat merasakan England tak mampu pergi jauh. Hehehe, maaf yer buat peminat2 england

YB berkata...

Salam Dan,

Aku memang penyokong jerman sejak aku kenal Karl Weigang jurulatih Malaysia zaman dulu berasal drpd Jerman. Beliau telah menerapkan corak permainan Jerman di Malaysia sejak dulu. Permainan yang berasaskan team work. Kalau mahu melihat skill individu aku akan memilih Brazil. Jadi aku tak kisah kalau Jerman atau Brazil jadi juara.

Cetusan berkata...

kesian ASIA tada wakil

iDAN berkata...

Sdr Eelobor,

Ramai penyokong England salahkan pengadil; patutnya mereka 2-2 pada masa pertama!

iDAN berkata...

Sahabatku YB,

Terkadang aku ini tenguk bola teringat watak bangsa atau sejarah mereka.

Sebut Jerman org putih seringkan bayangkan mereka ini bangsa kejam, sedangkan org putih tu sama sahaja.

iDAN berkata...

Sian Jepun Zeq;

Merekalah harapan kita... kalah dengan sepakan finalti memang dah dijangka!. Tak sepatutnya Jepun asyik bertahan & kurang menyerang!

Habis Asia tinggallah Ghana wakil benua Afrika yang diharapkan mencorakkan Piala Dunia.

Bolehkah?.... tenguk pasukan lain tu amat kuat & terancang permainannya.