iDAN

14 Julai 2010

48 jam tiada talian (Singgahsana)



Roda ICT yang tak terikut!

Dua tiga minggu lalu komputer yang terlaju di rumahku ranap digodam petir. Tapi kira berbaloilah guna komputer tersebut. Ianya aku kutip dari barangan lupus semasa aku berkerja lalu; aku tukar bekalan kuasa elektrik; tambah capaian rawak, lalu memang laju. Lebih dari dua tahun anak-anakku menggodam komputer tersebut; terkadang sampai 24 jam tak bertutup. Hari-hari pasti sekitar jam 2:00 pagi baru si Anif tu akan tidur. Mengadap komputer tersebut. Anif Tingkatan Dua sekolah petang maka bangun tidurnya pasti sekitar jam 10:00 pagi.

Bekalan kuasa elektriknya berbau hangit. Papan induknya pengap tak berfungsi lagi. Emmm! di pasaran masih adakah papan induk lama yang guna DDR1. Hakikatnya barangan elektronik takkan kekal lama; jika gerentinya setahun, kalau kita dapat gunapakai sampai tiga tahun memang seribu rahmat.

Di mudah.my nampaknya masih ada papan induk lama; tapi apakah masih tahan sebab gerentinya sekadar dua hari!.

Sekitar dua minggu aku baru laraskan komputer yang banyak aku simpan di rumah. Pentium IV. Tak selaju mana. Aku masih ada simpan beberapa buah Pentium III tapi amat tak sesuai lagi untuk ke internet. Kebanyakan laman sesawang (situs) di internet kini, terlalu banyak multimedia yang memaksa komputer kita perlu tinggi capaian rawaknya. Memang amat payah untuk mengikut gelombang teknologi ICT yang cepat berubah. Komputer riba sekarang pun kembali mahal sebab perkakasan semakin canggih & laju.


Perkakasan komputer peribadi; bekalan kuasa umpamanya
semakin mahal.

Emmm! waktu sebegini aku terkenang akan komputer riba Afiz yang hilang tempoh hari. Tak puas pakai telah jadi kenangan. Jika ada komputer Afiz tidaklah terkebelakang komputer yang kami miliki. Ada sesiapakah yang mahu sponsor komputer lama Pentium IV; dulu ada si calon Besanku ZZ mahu tawarkan komputer lupus di pejabatnya senyap sepi tak tahu apa perkembangannya.

"Apa kata ibu Anif bila dia telefon TMnet talian kita ini!; bila nak hidupnya?" aku bertanya Anif setelah dua hari talian telefon & internet pengap.

"Kata ibu 48 jam baru ianya akan kembali normal!" aku jenis tak buka akhbar tak tahu berita, bergantung dengan internet sahaja manalah aku tahu ada masalah talian di Kajang. Apakah seluruh daerah Kajang atau Jenaris sahaja. Tak pasti. Tapi dua hari lalu memang aku nampak ada van TMnet mundur-mandir di sekitar desa perumahanku.

Teringat kampung halaman; hingga kini tiada talian telefon sebab kabelnya dicuri penyagak. Tiada talian telefon maka tiadalah khidmat Streamyx di kampung. Takkanlah di bandar pun begini. Jika 48 jam pelanggan TMnet tak dikasi akses internet & telefon; apa agaknya ganjaran sebagai ganti rugi pelanggannya.

2 ulasan:

zulkbo berkata...

Salam bertandang lagi..
moga anda selalu sihat
dan ceria...

iDAN berkata...

Okey!... makan ubat barulah sihat sentiasa; jika lebih dari 3 hari meragam tak makan ubat... dah tahu padahnya!.

Hidup kena diteruskan jua.