iDAN
12 Julai 2010
Sepanyol Juara (Sukan)
Akhirnya Sepanyol dinobatkan sebagai Juara Bola Sepak Piala Dunia FIFA. Pelawanan yang terpaksa dilanjutkan ke 120 minit setelah terikat 0-0. Kubu pertahanan Belanda begitu kuat & sukar ditembusi sehinggalah ke minit 166 hasil tendangan Andres INIESTA.
Tidak dinafikan Sepanyol bermain begitu berkeyakinan & sering menyerang kubu Belanda. Kesilapan besar Belanda ialah terlampau banyak bertahan.
Begitu juga mutu pengadilan ( Howard Webb) nampaknya tahun 2010 ini telalu banyak kejadian yang mana boleh merencatkan pergerakan pemain. Bayangkan Arjen ROBBEN yang mahu mencari kepastian pun dilayangkan kad kuning olah Howard Webb. Padahal memang Kuyol menarik bajunya ketika Robben benar-benar sudah hampir merembat bola ke gawang gol.
Ada ketikanya John HEITINGA hanya tersentuh bahu lawan@pemain Sepanyol memang handal berlakon membuatkan pemain ini dilayangkan kad kuning kedua@merah & terpaksa duduk di tepi padang lantaran.
Robben sebenarnya banyak peluang menyumbat gol tetapi ketangkasan penjaga gol Sepanyol sungguh pantas dapat menyekat bola yang mara.
Tahniah Sepanyol.
Apa-apa pun dalam kemeriahan di sekitar Jenaris; semasa aku bersama peminat bola sepak di Dataran Prima Saujana; aku mendapat cabutan nombor bertuah; berjaya mendapat hadiah istimewa kenangan di Piala Dunia. Aku menonton di dataran ini hingga 5:00 pagi. Rata-rata penyokong Sepanyol. Kenapalah Belanda macam kena pukau sahaja!. Memang aku rasa terkilan amat Belanda tak selincah mana ketika di akhir ini. Aku tetap menyukai Belanda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan