Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

02 Julai 2010

Uruguay Memalukan (Sukan)


Luis SUAREZ berlagak sebagai penjaga gol membuatkan Ghana kecundang ke Separuh Akhir; FIFA seharusnya merombak atau mengubal undang-undang bola sepak lantaran sememangnya tindakan menampan bola di garisan gol tersebut amat kontras, membuatkan Ghana berputih mata. Gol seharusnya diberikan kepada Ghana. Bayangkan jika 10 pemain bertindak sedemikian pastinya kita naik amat muak tenguk bola sepak tentunya.

Boleh digantikan sepakan finalti jika terkena tangan di kotak finalti tetapi bukan di garisan gol ketika bola sudah semestinya menujah masuk gol tetapi ditampan dengan tangan oleh pemain (Bukan Penjaga Gol).

Sepakan finalti hanyalah 50%... 50% berbanding bola yang ditampan dengan oleh Luis SUAREZ yang 100% sudah milik Ghana.


Amat memalukan seorang pemain yang disegani boleh bertindak tidak adil sebegini. Maruah FIFA juga tercemar dengan kejadian sebegini. Sekali pun Uruguay dinobatkan sebagai Juara Dunia pasti satu dunia akan mengingati tindakan Luis SUAREZ ini seperti mempermainkan undang-undang bola sepak FIFA.

Uruguay yang pernah dua kali menjadi Juara Dunia pastinya punyai peluang yang baik jika terusan mengamalkan mainan tidak adil sebegini; apa lagi drama yang akan dilakonkan oleh Uruguay ketika menentang Belanda nanti.

Aku meletakkan Uruguay sebijik macam Brazil, memang negara mereka ibarat kilang pemain handalan bola sepak tetapi mereka juga amat pandai berlakon mencabar kewibaan pengadil.

Emmm! penat nak tunggu 4 tahun lagi untuk Ghana beraksi di dunia bola sepak.

Luis SUAREZ


"jcyt91 (Canada)
Shameful save by Suarez. What a horrible way to win."

"rastafandy (USA)
I agree Ghanna deserved to go through because of their game, passion and because Suarez did not play fair."

"RicanHavoc (USA)
The way I see it, Ghana won: They played a fantastic game that had football fans around the world holding their breath, and made Africa proud. The Black Stars' future, along with the rest of Africa's, is looking bright. "

"flordecalaba (Mexico)
Africa and the world is proud of you Ghana! We love you!"

Jurulatih Ghana Milovan Rajevac
"I'm very proud. We managed to achieve a great result and the whole of Africa supported us. We didn't deserve to lose in such a way and it's difficult to talk about it at the moment. We had bad luck that's all I can say."

Ghana 1-1 1:1 a.e.t. (1:1, 0:1) 2:4 PSO




2 ulasan:

YB berkata...

salam dan

sepatutnya sepakan penalti tu tanpa penjaga gol.

iDAN berkata...

YB

Emmm! aku tetap dendam dengan SUAREZ ini sampai ke anak cucu cicitnya; FIFA hanya buat keputusan mengantungnya satu perlawanan sahaja; kalau aku tak boleh masuk padang sepanjang Piala Dunia ini; nanti kalau Uruguay ditakdirkan masuk final macam mana...

Kut! dia buat perangai lagi gian nak jadi gol keeper... pegang bola lagi bagaimana?. Huh! SUAREZ?!!.