Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

02 Julai 2010

Brazil terpaksa mengalah! (Sukan)


Kaka menangis hari ini; siapa sangka Belanda boleh mengalahkan Brazil; atas kertas semua memihak kepada Brazil. Aku masih tak puas hati gol pertama Brazil; macam Curi Ayam sahaja. Yang pasti Belanda telah layak ke Separuh akhir menjadi satu dari empat pasukan yang dihormati dunia.

Menang satu hal, dalam sudut maruah pula tentunya Belanda boleh berbangga dengan dapat menewaskan pasukan yang terulung di dunia. Mengikut turutan pada 26 Mei 2010 Belanda di tempat keempat. Sekarang seharusnya naik lagi ke mercu lebih cemerlang. Uruguay ke 16 & Ghana ke 32. Tentunya ini peluang Belanda nampak cerah untuk ke Pelawanan Akhir.

Bagaimana pun semua peminat bola sepak sekarang lebih tertumpu kepada Ghana; jika Ghana berjaya mengatasi Uruguay sebentar nanti pastinya tambah meriah Piala Dunia bagi tahun 2010 ini.

Tapi rasa terkilanlah pula tak dapat tenguk permainan Arjen ROBBEN penterang Belanda yang begitu mantap. Aku rapat ke TV ketika 10 minit akan berakhir perlawanan lantaran bertubi-tubi pasukan Brazil menyerang ke pintu gol Belanda.

Pada satu ketika satu dunia pasti tergelak tenguk lakonan Robinho yang memarahi pasukan lawan sedangkan dia yang sering membuat kekasaran; pengadil sebelahnya pun terkedu melihat gelagat Robinho ini. Zaman teknologi canggih ini janganlah berlakon buat malu sahaja sebab kamera sentiasa merakam setiap pergerakan pemain.

Bagaimana pun sungguh menarik perlawanan yang penuh drama antara Belanda & Brazil ini.

Tiada ulasan: