iDAN

31 Disember 2010

Malaysia Johan tetapi tetap hormati Indonesia



Media Indonesia hilang 'ghairah'

Daripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta
smriduan@nstp.com.my
2010/12/31



NADA berbeza akhbar Indonesia sebelum (gambar atas) dan selepas (bawah) melaporkan perlawanan final Piala Suzuki AFF 2010 uyang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, kelmarin.


Sebahagian akhbar lantang mahu Ketua PSSI berundur

LAPORAN muka depan media tempatan hari ini tidak sepanas sebelumnya, dengan rata-rata akhbar harian utama cuba meniupkan semangat 'Garuda Di Dadaku' selepas tewas secara agregat 4-2 kepada Malaysia kelmarin.

Walaupun gagal menjulang Piala Suzuki AFF selepas empat kali percubaan di final, Indonesia yang terkenal dengan jolokan Garuda itu menganggap kejohanan kali ini sebagai titik kebangkitan bola sepak negara itu.

“Belum jadi juara tapi Garuda menang,” lapor akhbar Rakyat Merdeka di muka depannya. Kemenangan 2-1 ke atas Malaysia kelmarin ditonjolkan sebagai isi utama berita bagi menebus kekecewaan sekali lagi muncul naib juara.

Namun sebahagian akhbar masih lantang menyuruh Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid supaya meletak jawatan, walaupun pencapaian skuad Garuda tahun ini boleh dianggap membanggakan.

“Nurdin turun!” Laung akhbar sukan pertama di Indonesia, TopSkor yang sepanjang sebulan kejohanan berlangsung agak lantang dan terperinci dalam laporan hariannya.

Akhbar Berita Kota turut menyuarakan nada sama dengan tajuk “Malaysia juara, Nurdin Halid dicerca”, dan turut meminta seluruh persatuan dan pasukan bola sepak negara itu dirombak secara menyeluruh.

Bagaimanapun kedudukan Alfred Riedl sebagai jurulatih masih dituntut sebahagian besar rakyat Indonesia. Akhbar Pos Kota sekadar melaungkan “Garuda di dadaku” dan “Riedl yes (ya), Nurdin no (tidak)”.

Bharian

'RM25,000 setiap pemain'

Oleh Jumiaty Rosly dan Harris Rajahdin
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/31
DUA wira negara, kapten, Safiq Rahim (kiri) dan peledak terbanyak kejohanan, Safee Sali memperaga trofi  di KLIA, petang semalam.
DUA wira negara, kapten, Safiq Rahim (kiri) dan peledak terbanyak kejohanan, Safee Sali memperaga trofi di KLIA, petang semalam.

Bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi: Azzuddin

BONUS lumayan – sekitar RM25,000 – menunggu wira skuad Harimau Malaya pimpinan K Rajagobal yang mengerah keringat habis-habisan menamatkan kemarau 14 tahun menjuarai Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata presiden persatuan, Sultan Ahmad Shah akan membuat satu pengumuman penting mengenai ganjaran menarik itu setibanya pulang ke tanah air, minggu depan.

“Tuanku seorang yang sangat bermurah hati dan tidak berkira dengan pemain negara. Apa yang pasti bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi,” katanya selepas menyambut skuad negara yang pulang ke tanah air, semalam selepas menewaskan Indonesia dalam final di Stadium Gelora Bung Karno.

Angka besar yang bakal menggembungkan kocek pemain negara itu berpandu kepada perkiraan kasar hadiah kemenangan AS$100,000 (RM308,450) andai dibahagikan sama rata kepada 22 pemain serta RM5,000 setiap orang daripada Kementerian Belia dan Sukan dan RM4,000 setiap orang menerusi Tabung Akujanji Ganjaran Skuad Negara setakat ini.

Berpandu kepada kejayaan bersejarah itu, angka itu mungkin bertambah dengan FAM juga mungkin bermurah hati menambah wang sendiri buat menceriakan pemain kebangsaan sebagai satu penghargaan mengharumkan nama badan induk itu di pentas global.

Sementara itu, Azzuddin berkata skuad negara akan dikekalkan namun dalam masa yang sama tidak menutup pintu memasukkan lebih ramai bakat baru pada masa depan.

Bharian

Ini baru permulaan: Raja
Daripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta
smriduan@nstp.com.my
2010/12/31


SKUAD Harimau Malaya bersama Piala Suzuki dan replika cek habuan juara di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

SKUAD Harimau Malaya bersama Piala Suzuki dan replika cek habuan juara di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

'Kami perlu sokongan padu media, masyarakat untuk jadi skuad digeruni'

PADA firasat K Rajagobal, skuad bola sepak negara yang baru menjuarai Piala Suzuki AFF mustahil dapat berkembang maju tanpa sokongan padu media dan masyarakat.

Pengendali skuad kebangsaan itu menambah barisan muda bergelar Harimau Malaya ini amat memerlukan elemen berkenaan ketika dia menilai barisan didiknya itu ada ramuan menjadi sebuah pasukan yang bakal digeruni.

“Ini baru permulaan kepada perjalanan yang masih panjang,” kata pengendali kebangsaan, K Rajagobal yang menjadi tulang belakang kepada dua kejuaraan berturut-turut, termasuk memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 di Laos.

“Kemenangan tidak datang setiap masa, ada masanya kita akan kalah. Tetapi hanya dengan sokongan padu media dan masyarakat, pasukan kita terutama barisan muda ini akan berkembang menjadi sebuah pasukan handalan di rantau Asia.”

Mungkin ada sesuatu yang boleh dipelajari dari Indonesia ketika sokongan padu seluruh warga negara republik itu kepada skuad Garuda memberi impak besar kepada cabaran pihak lawan itu. Ia harus dicontohi rakyat Malaysia.

Apapun, perjalanan Malaysia menjuarai Piala Suzuki yang bermula dengan keaiban dibelasah lawan 5-1 pada 1 Disember lalu boleh disamakan dengan laluan Sepanyol sebelum muncul juara Piala Dunia 2010, Julai lalu - cuma dalam skala lebih kecil.

Kehadiran sotong kurita bernama Gudel yang meramalkan kemenangan Indonesia sehari sebelum perlawanan, trumpet vuvuzela di Stadium Gelora Bung Karno dan aksi final Malaysia-Indonesia yang belum pernah bergelar juara layak disamakan dengan aksi Sepanyol-Belanda di Afrika Selatan.

Bharian


MOHD. SAFEE (kiri) dan Amar Rohidan menunjukkan Piala Suzuki AFF 2010 di dalam bas kepada peminat di KLIA, Sepang semalam.

SEPANG - Suasana di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini umpama pesta petang semalam apabila lebih 3,000 peminat menyambut ketibaan skuad bola sepak Malaysia yang membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010.

Mereka sudah berkumpul di situ sejak pukul 2 petang dan tidak berganjak walaupun menyedari jadual ketibaan pesawat Penerbangan Malaysia MH710 yang membawa pulang skuad negara ditunda sejam.

Nyanyian dan laungan kata-kata semangat 'Malaysia Boleh' bergemuruh di kawasan itu sehingga menarik perhatian ramai pelancong asing yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama para penyokong Malaysia.

Biarpun jumlah yang hadir ramai, para peminat yang kebanyakannya ahli kelab 'Ultras Malaya' tetap berhimpun dengan aman dan memudahkan tugas kira-kira 50 anggota pasukan keselamatan yang membuat kawalan di situ.

Selepas hampir dua jam menunggu, mereka akhirnya bersorak melihat kemunculan skuad negara bersama jurulatih, K. Rajagobal yang berjalan keluar dari balai ketibaan KLIA.

Kosmo!

Jadi gergasi Asia untuk ke Piala Dunia

KUALA LUMPUR - "Cabaran kita selepas ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu pasukan bola sepak gergasi di Asia dan jika itu menjadi kenyataan, tidak mustahil impian beraksi di Piala Dunia satu hari nanti mampu direalisasikan."

Mungkin kenyataan tersebut kelihatan terlalu bercita-cita tinggi, namun bagi penyerang skuad bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, hasrat itu tidak mustahil untuk dicapai asal sahaja setiap anggota dalam pasu- kan Harimau Malaya sanggup bekerja keras ke arah itu.

Norshahrul yang memainkan watak penting dalam kejayaan Malaysia mencatat sejarah memenangi Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama sejak 14 tahun lalu menjelaskan, impian besar untuk layak ke Piala Dunia mampu dicapai sekiranya skuad negara dapat menguasai saingan di peringkat Asia.

Begitupun, penyerang Kelantan berusia 24 tahun itu sedar untuk mereali- sasikan impian menjadi gergasi Asia dan beraksi di pentas Piala Dunia, skuad negara perlu mempunyai sikap optimis dalam diri mereka selain mengharungi banyak perlawanan antarabangsa yang kompetitif dan berkualiti.

Kosmo!


PM: Teruskan sokongan

SKUAD bola sepak negara menerima sambutan ‘wira negara’ sejurus tiba di KLIA, Sepang dari Jakarta, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Dis. – Pelbagai pihak menyatakan rasa bangga ekoran kejayaan skuad bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF mengalahkan Indonesia kelmarin.

Ekoran kejayaan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat terus menyokong skuad bola sepak negara kerana pemain telah mempamerkan disiplin, kerja berpasukan dan kegigihan, sehingga muncul juara kejohanan tersebut.

Di Indonesia pula, media negara itu menasihati skuad mereka agar mengambil pengajaran daripada kejayaan Malaysia, dengan tajuk muka depan akhbar Kompas menyiarkan laporan Jangan Malu Untuk Belajar.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menghargai kejayaan tersebut juga memaklumkan bahawa pemain negara akan menerima ganjaran khas, yang akan diumumkan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah apabila baginda kembali dari luar negara, Isnin ini.

Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal pula menyarankan anugerah khas diberikan kepada jurulatih K. Rajagobal atas jasanya menerajui skuad Harimau Malaya sehingga berjaya menjulang Piala Suzuki AFF yang diidamkan selama 14 tahun.

Utusan Malaysia

5 ulasan:

Ariffin Abdullah berkata...

1.nak menangis rase lepas Malaysia menang. Nampak kesungguhan mereka bermain.

2.Some Indon player look ashamed with their own fanatic supporter. Cth Hamka n Bambang yg mesra ngan pemain kita slps tamat match

3.Konflik Malaysia-Indon dpt ditamatkan sekiranya pihak Media Indon berhemah dlm kewartawann

4.Ramai yg tnya JErsi HArimau Malaya di kedai baju my parents after Malaysia won. Keep the momentum Malaysian!!!

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

itulah abg idan, bila difikirkan kenapa la Indonesia selalu memprovokasi rakyat Malaysia dengan tohmahan2 dan kata2 yang menyakitkan hati. Tp bila direnung kembali, kalau orang2 dia sendiri pun mereka boleh 'cantas' inikan plak Malaysia.

Lagipun bro... bila difikirkan balik.. kita takkan rasa hasad dengki dan iri hati dengan org jauh tertinggal dari kita.. tp kita biasanya sakit hati dengan org yg lebih berjaya dari kita walaupun pada dasarnya dulu kita bermula dari had yang sama.

Jadi jangan pelik kenapa mereka rasa sgt terancam dengan kita.

iDAN berkata...

Sdr Ariffin;

1. Terlalu lama kita menunggu akan semangat kenegaraan pemain Bolasepak segah dulu. Tahun 70an & 80an kita ada bintang bolasepak yg amat membanggakan seperti Mokhtar Dahari. kemenangan ini memang amat manis.

2. Pasukan Indon sebenarnya masih mantap & perlu kita hormati. Dalam kiraan pertembungan & kemenangan mereka masih boleh dibanggakan. Tapi kita mutlak menjadi Johan.

3. Kebebasan bermedia massa di Indon sering membuatkan mereka leka & terkadang hilang rasa hormat terhadap negara jiran mereka. Perkara ini perlulah diperbetulkan.

4. Seharusnya kita bangga dengan pasukan negara kita 100% adalah dari kepakaran tempatan.

iDAN berkata...

Sdr Armouris,

mungkinkah satu taktik bagi pasukan lawan sengaja mahu cederakan seseorang pemain agar mereka mudah merangkul kemenanggan.

Amat ngeri jika cedera lantaran kekasaran dalam permainan bolasepak ini.

iDAN berkata...

Dik VIC,

Sejarah perbalahan kita dengan Indon ini telah terlalu lama berlaku. Kita sering diajar agar jangan menyimpan dendam namun beginilah cara Indon dengan kita. Kita asyik beralah sedangkan Indon amat sukar nampak kematangan & sikap terbuka kita lantaran provokasi dari pelbagai sudut dari kalangan warga Indon ini.

Ada kemungkinan tak seramai mana yang bikin angkara tapi kesannya sering menyinggung kita.

Bila kita memang acara sukan begini tidak dapat tidak akan ada pandangan positif & ukhuwah yang intim dari pihak seberang sana. Kemenangan tak semesti menakluki tetapi adalah hak & martabah sukan kita sebaiknya dihormati. Sungguh itulah harapan kita.

Sebaiknya jangan lagi kita diuar-uarkan sebagai Juara Kampung. Seyogia kita harus kerap kali mengulangi kecemerlangan ini.