Nampaknya tahun ini barulah aku dapat kepuasan menonton Raja Lawak sebabnya sebelum ini tiap kali peserta yang aku sokong asyik kalah; aku memang perhatikan lawak Man sejak awal, dari masa ke semasa jenaka Man makin kelakar. Akhirnya terbukti dia menjadi juara Musim ke 5.
Peringkat awal memang aku menyukai Epy, sebab lawaknya macam Man Belon. Bukan mudah nak buat mimik wajah yang sering dilakukannya. Bila dia tersingkir sebagai peserta kelima terbaik, memang tiada lagi yang aku minat selain dari Man. Dari minggu ke minggu nampak sangat Kumpulan Balas terusan menjadi peserta pilihan utama bagai finalis tapi tak siapa menduga Man dapat undian terbanyak pun sokongan dari semua juri. Di peringkat akhir ini biar pun lawak sepontannya sedikit hambar tetapi lawak bermuzikanya amat menghiburkan. Kumpulan R2 & Balas nampaknya susut markah dalam lawak bermuzika.
Satu yang pihak Astro kena perbaiki; masa bagi pelawak sebaiknya ditambah atau pun biarkan mereka mencuri sedikit masa (tak kisah dipotong markah). Banyak jenaka tak sampai ke penonton lantaran masalah pelawak terlajak waktu dalam penyampaian mereka. Sebaiknya bila telah ke peringkat akhir kasilah masa lebih bagi penonton benar-benar puas dengan jenaka peserta. Lagi pun cuma ada tiga peserta di peringkat akhir tidak akan mencuri banyak sangat masa jika ditambah dua atau tiga minit setiap persembahan.
Agar Man tidak tenggelam bagai Juara musim lalu Kumpulan Kecik pasti peminatnya ternanti-nanti akan kemunculan Man di kaca TV. Agar dunia lawak jenaka kita akan terus diwarnai lawaknya yang ada motif pengajaran. Ada juara lawak asyik buat lawak bodoh, sindiran porno & kasar, amat menyakitkan mata hati penonton. Ada juga pelawak yang bila telah popular buat laku & moral yang tak terpimpin. Semua pasti mengaku Johan & Zizan antara pelawak yang terus popular lantaran sikap mereka yang merendah diri & lawak spontan serta bersih; amat menghiburkan.
Agar Juara Raja Lawak Musim ke 5 ini akan menjadi pelawak yang terus berlawak sebagai seniman pujaan ramai. Man teruskan kerjaya lawak yang kelakar bukan lawak yang kosong dan semberono.
Profil
Nama Sebenar: | Abd Rahman Bin Kasim. |
Nama Tipu: | Man. |
Umur: | 33. |
Asal: | Kuala Lumpur. |
Status: | Berkahwin. |
Pekerjaan: | Kerani. |
Pengalaman: | 5 tahun berturut-turut pergi ujibakat Raja Lawak. |
Kebolehan selain melawak: | Menari, menyanyi dan berlakon. |
Pelawak kegemaran: | P.Ramlee kerana dia serba boleh. |
Mengapakah menyertai Raja Lawak: | Selain untuk mengubah nasib, saya ingin mengenali perwatakan diri sebenar. Keluarkan kebolehan yang ada. |
Jika diberi peluang untuk menjadi hero, siapakah anda?: | Spiderman. Boleh tengok suasana indah dari tempat yang tinggi. |
2 ulasan:
Sdra Idan, tapi tak semestinya yang juara akan terus popular, macam Zizan, dia cuma menang tempat kedua, tapi sekarang ternyata dia lebih popular dari yang lainnya...
*tak begitu mengikuti rancangan ini*
Betul tu, yang penting peluang yang diberikan; seperti Man Belon dapat jua dia berlakon drama; boleh dikatakan semua peserta akhir atau pun terpilih ke 10 pusingan Raja Lawak telah punyai bakat cuma perlu terus digilap.
Samalah Jihan salah seorang peserta yang mendapat peluang menjadi pengacaraan rancangan Destinasi Ke Destinasi... kira kian maju dalam mengejar kerjayanya...
Catat Ulasan