Anugerah Terbaik Gred Purata (CGPA 1.0)
& Anugerah Terbaik SPM 2010
& Anugerah Terbaik SPM 2010
Biar pun Aziq tak dapat 10A, lantaran kesilapan kecil; dia tersilap buat surat kiriman & karangan Bahasa Inggerisnya (BI) hatta dia cuma dapat Bahasa Inggerisnya B+. Memang dia rasa terkilan amat; Sebelum ini dari UPSR, PMR pun trial exam SPMnya tak pernah pun BI meragam. Pasti A. Aku pun terkilan dengan keputusan BI ini. Tak dapat A dalam mata pelajaran BI memang banyak peluang terlepas.
Namun bila dikira Gred Purata, Aziq mengatasi pelajar lain, biar pun rakannya ramai juga dapat 10A, sebabnya dia dapat banyak A+. Tak ada siapa dapat mengatasi CGPAnya 1.0. Ini pastinya mengejutkan aku, hatta sebaiknya kementerian mengambil kira akan peluang Aziq dalam banyak bidang. Kenapa mesti mahukan syarat A dalam banyak perkara. Sedangkan bukan semua pelajar dapat B itu lemah atau tak cemerlang. Malahan Aziq juga mendapat anugerah pelajar terbaik SPM 2010 di sekolahnya.
Aku pernah menulis bab ini lantaran syarat yang dikena bagi anak staf Sime Darby. Terlampau sangat mahukan keputusan A maka Aziq tersingkir dari mendapat sebarang anugerah lantaran keputusan BI yang bukan A. Aku suruh juga Mila isi borang anugerah tersebut biar pun bahagian pentadbiran anugerah ini kata tak cukup syarat. Ura-uranya mereka akur juga apa pendapat aku. Pastilah jika kita di tempat Aziq rasa terkilan. Bukan senang nak dapar 9A itu; tapi tak siapa nak pandang pun. Sudahlah sesal amat sebab kesilapan kecil BI itu, pulak tu lepas banyak amat peluang.
Dia memang sedar akan masalah BI dia ketika peperiksaan tetapi masa amat terhad. Ini satu panduan yang baik bagi mereka yang nak menghadapi SPM, biar pun anda pelajar yang cemerlang; pastikan faham betul-betul apa kemahuan soalan.
Esok anugerahnya; jam 7:30 pagi kena ada di Sekolah Menengah Teknik Gombak, sedihnya aku sekadar dapat menghantar Aziq, terpaksa berkorban keinginan aku mahu melihat Aziq terima anugerah demi Qasrina. Qasrina kena demam kuning; kenderaan cuma satu yang okey!. Hari ini hari kelima aku terpaksa berkejar ke sana ke sini lantaran kehadiran cucu sulungku ini. Nanti petang aku akan buat pendaftaran Surat Beranaknya. Tadi pagi telah hantar Qasrina ke klinik.
Kebetulan aku telah bersara, jika tidak bagaimanalah Afiz nak uruskan semua, apatah lagi dia tak dapat cuti lantaran kerja sementaranya di TESCO itu tidak membenarkan. Semalam pun sama, semua urusan keluar hospital Atoknya Qasrina yang uruskan.
Harapanku Qasrina cepat pulih, pun perjalananku esok berjalan lancar. Sebab setelah hantar Mila & Aziq ke Gombak terpaksa berkejar ke Jenaris untuk hantar Qasrina ke Klinik Kajang.
23.4.11
Afiz & Mie buat keputusan tak mahu Qasrina asyik disuntik, sian bayi yang baru lahir terlalu banyak kena suntikan. Seyogia aku sempatlah melihat hari anugerah Aziq yang meriah. Di sini dapat aku rakam beberapa gambar kenangan ketika Aziq menerima dua anugerah.
Sekolah Menengah Teknik Gombak semakin berjaya melibatkan pelajarnya dengan seni budaya. Antaranya mereka telah ada kumpulan kugiran sendiri. Sedap lagu yang didendangkan. Selain persembahan kugiran, ada juga persembahan deklamasi puisi & pentomin.
Tentunya ini meninggalkan kenangan nan indah buat Aziq & keluarga kami. Setiap pelajar yang dapat A+ mendapat RM50 A RM30 & A- RM20. Semua dana ini datangnya dari tabung PIBG. Sijil & hadiah saguhati ini sebagai pemberian yang bermakna bagi pelajar yang telah giat & tekun belajar.
4 ulasan:
kenapa tidak buat semakan semula untuk kertas bahasa Inggeris tu,..mana tahu...pemeriksa pun manusia kerapa berlaku kekilafan...dan mana tahu boleh mengubah keputusan..berkorban sedikit sahaja asal hati puas..untuk anak.
Sy pun terfikir macam tu, tapi anaknya tak mahu sebab dia perasan dua perkara itu. Memang silap dia. Hakikatnya Inggerisnya memang bagus. Punca pandai!... gila main komputer gameslah!... nak selesaikan satu-satu masalah games itu kena cari kat internet semuanya dalam BI.
Tapi ini satu pengajaran buat dia agar jalan lalai atau gopoh ketika exam; pun kementerian kena kasi opsyen pelajar begini; pasti rakannya yang ramai 10A juga terkilan dgn sistem kini; macam mana pula si Aziq ni boleh mengatasi mereka.
Juga ramai berkata kita kini terlalu ghairah anak dapat semua A; sedangkan tak semesti semua A itu okey belaka, kalau sudah A nya semua A-.
Ramai juga pelajar yang 7A CGPAnya jauh lebih baik dari pelajar 10A.
Juga kementeriaan sebaiknya ada opsyen sian si Aziq kalau diketepikan banyak peluang sebab BI ini.
Rasanya BM juga sama sering ada soalan perangkap yang buat anak Melayu keliru. Bukan tak pandai Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia.
kalau masih terbuku hati sbb x puas hati ngan subject bi tu...rasanya ia boleh diulang ambil kn...untuk tahun depan la...ni dari pengalaman suami la dudu...ambil kembali ujian yg keputusannya x memberangsangkan..
apapn tahniah afiq..muka dia ikut habis muka maksu...sejuk ni..hehee
Aziq kata, malas dah!... ayahnya pun suka kalau dia belajar di U tempatan sahaja; jika ada rezeki kalau nak nak lanjutkan pelajaran ke Master atau PhD barulah ke luar negara.
Dia macam putus asa bayangkan masa di hari anugerah; namanya satu pun tak lekat anugerah mata pelajaran terbaik; masa trial exam dia adalah pelajar terbaik 9A jua B nya ketika itu Sejarah; masa SPM pun dia dapat 1.0 CGPA, tak tahulah macam mana cikgunya pilih pelajar terbaik dalam banyak mata pelajaran.
Zaman sekarang selain akedamik ... kabel pun memainkan peranan. Biatlah semua ketentuan ini Ilahi nan tentunya.
Catat Ulasan