iDAN

27 April 2011

Aziq sambung belajar di Perlis.


Bersyukur amat aku, Aziq diterima belajar di Matrikulasi di Perlis. Bunyi amat jauh; tapi telah itu pilihan dia. Masa mengisi borang di Dunia Maya dia sendiri yang buat pilihan. Nampaknya dia juga sedar kini terasa janggal nak berjauhan dengan keluarga. Jika aku bersamanya mengisi borang pasti tak sejauh itu.

Faktor ekonomi juga mungkin menjadi salah satu petanda; Aziq terlalu lurus dalam mengisi borang macam ibunya. Hakikatnya kami bukanlah keluarga yang berada. Aku telah berpencen, Mila biar pun masih berkerja tapi hutangnya keliling pinggang. Baru sekitar tahun ini dia terlepas sedikit bebanan lantaran emaknya meninggal dunia ketika Afiz buat kenduri kahwinnya. Jika tidak memang dia terpaksa menjaga ibunya; bukan sedikit belanja untuk keluarganya di kampung.

Dalam congakan aku kos dia membantu keluargaku ini, manalah sampai separuh gajinya. Bila aku suruh dia uruskan bil elektrik pun tak sampai dua tahun; telah jadi hura-hara. Bila aku bersara begini sering dia mengeluh tak cukup duit. Terkadang terpaksa korek duit tabung. Maka itu aku seringkan ingat-ingatkan anakku jika mahu sambung belajar, jangan pilih tempat jauh-jauh. Jika nak berjauhan sangat baik pilih Luar Negara. Jika di Perlis bayangkanlah tak mungkin aku dapat jumpa Aziq selang seminggu bagai di Gombak tempat dia ambil SPM. Paling jauh pun aku suka dia belajar di Melaka. Sebab ada banyak memudahan jika dia mahu balik ke rumah.

Ada rakannya yang sama belajar di sekolah rendah & SAM10 dapat panggilan ke sana. Mereka pun terasa ingin tunggu panggilan di Asasi di sekitar sini. Aziq ada juga meminta Asasi di UM, UiTM & beberapa IPTA sekitar lembah Klang. Aku berharap dia akan dapat panggilan pada awal Mei nanti. Agar takdir tuhan tidak memisahkan kami jauh.

Jika dapat panggilan UTP, emm! aku memang berat hati melepaskan, biar jaraknya tak sejauh Perlis. Ianya terpulanglah kepada Aziq & Mila buat keputusan.

12 ulasan:

Cetusan berkata...

selamat belajar..jgn jadi mcm uncle malass

YB berkata...

Salam Dan,

Kita asuh mereka hingga besar panjang dan kita didik mereka hingga pandai drpd kita, tapi tidak boleh lebih cerdik drpd orang tua. Mungkin dia ada resepi belajar yg menyebabkan dia pilih kat sana.

Alhamdulillah, anak aku dapat matrikulasi Gopeng. Dekat kampung kau jer. Moga mereka berjaya !Insyaallah

Tanpa Nama berkata...

jauh tu...baru jer liza gi sana baru2 ni...hampir 5 ker 6 jam nk sampai tu...

Tanpa Nama berkata...

fakrusy syakirin hari tu dpt kt matrikulasi tangkak...kalu afiq minta kt sana pn ok...perjalanan baru 2 jam jer...

Me, Myself and I berkata...

Tahniah kpd Aziq dan ayahanda/bondanya. Anak ke3 saya (Aboi)dapat tawaran matrik di NS kursus Sains tp masih lagi teragak2 utk buat keputusan.

iDAN berkata...

Zeq: zaman kita lain Zeq zaman sekarang peluang semakin banyak... kita bukan malas tapi peluang tu yg terbatas..

iDAN berkata...

YB: aku mmg berharap Aziq tu belajar sekitar sini tapi dia macam emaknya, suka mat nak jauh dari rumah; isunya nak ke mana, siapa nak hantar jauh-jauh; setakad matrik bagiku di mana pun sama.

Lainlah jika dapat tawaran Luar Negara. Gopeng mmg menarik biar pun tempat tu terpencil setidak-tidaknya senang aku nak tenguk tanah pusaka.

iDAN berkata...

Liza jika mmg terpaksa paksu kena hantar juga nun jauh di Perlis; tapi nampaknya Aziq kenalah balik naik bas jika cuti pendek. Dah itu pilihan dia!.

iDAN berkata...

Ibunya Aboi; rasanya matrikulasi satu pilihan yang tepat buat anak-anak. Nak buat apa kita bebankan anak kita dengan hutang.

Yang penting dia kena minat & belajar sungguh-sungguh; cap
ai matlamat CGPA yang tinggi agar mudah memilih IPTA yang sesuai & tak bawa bebanan ibu & ayah.

iDAN berkata...

fakrusy syakirin: tangkak tu tempat isteri kawan paksu mengajar; dia rasa bosan di sana & tukar ke sini. jika tangkak mmg paksu rasa senang hati sbb tak jauh mana... kalau balik cuti laratlah paksu nak hantar...

roslaini saad berkata...

Anak-anak bila buat keputusan..memang tak fikir masalah orang tua.. suka ikut kehendak mereka sahaja...nak seronok.
Tapi nanti bila sampai ke Perlis baru dia sedar keputusannya betul atau tidak...
terutama bila dia sedar emak dan ayah dia tak dapat jenguk dia selalu...

iDAN berkata...

Sdr Roslaini: Ada ibu ayah tak kisah pun berjauhan dengan anak-anak. Tapi sy memang tak boleh; apatah jika meletakkan anak di asrama ketika umur 13 tahun (tingkatan satu). Perkara ini pernah menjadi perang besar sy dengan Mila & anak-anak. Bagaikan kita menjadikan anak kita yatim piatu.

Bagi sy belajar tu di mana-mana pun sama janji tekun & bersungguh-sungguh. Cikgu sekarang pun semuanya pandai-pandai. Ada Ijazah malahan master.

Berjauhan dengan anak-anak dalam usia tua di ambang warga emas ini ibarat menjadikan dunia ini semakin sepi. Tapi bagai mereka yang berpendapat ilmu itu segalanya akan berkata.

"Mati itu pun awak akan sendiri, kenapa tak berlatih dari sekarang lagi!" maka itu saya rasa ramai pasangan kini tak kisah pun bercerai; ayah & anak terpisah selalu semuanya kehendak duniawi.

Selepas SPM sy tak ambil kisah sangat. Apatah lagi jika ada peluang belajar di Luar Negara. Tapi jika ada pilihan apa salahnya mereka dekat dengan kita. Salahkah pendirian sy begini.