"Tinggi gula awak ni, saya tukar ubat"
"Saya kurang minum air kosong kut!; pun kurang amat berpeluh"
"Bukan masalah minum air kosong, tapi pemakanan gula yang banyak; risikonya amat tinggi jika gula terus berlebihan begini"
Gula dibadanku bulan lalu 11.0 mmol/L; hari ini 8.8 mml/L. Sebaiknya sekitar 6.0 mml/L. Dr Faridah @ Tha Zin Ko nampak muda orangnya, tambah ubat lagi satu jenis. Dr. Aditya Adawiyah Darwis ada mesyuarat hari ini, lagi pun aku lewat 5 hari dari temujanji. Selalunya yang jaga kes aku adalah Dr Adawiyah. Biasalah jika tak siapa ingatkan aku, asyik terlajak harinya.
Sakit yang lain nampaknya makin reda; jantung, buah pinggang, kolestrol semakin bagus. Darah Tinggi & Diabetes sahaja yang masih meragam. Masih kena makan 5 jenis ubat setiap hari, lain ubat herba.
Ada beberapa faktor dapat kukesan penyakit kronik masih dihidapi. Pertamanya adalah pemakanan, sukar nak dibendung lantaran asyik makan di luar. Jadual makan ubatnya tidak teratur, sering aku terlepas waktu makannya lantaran jadual makan harian pun tak teratur. Kawalan diri dalam mengekang nafsu makan agak payah. Selera makan memang tinggi. Stres itu masih ujud terutama tentang sukar tidur malam. Tak cukup tidur tentunya akan mengakibatkan Tekanan Darah Tinggi sukar dikawal. Terakhirnya memang tak dinafikan kurang bersenam.
2 ulasan:
Saudara Idan,
Bila tau rakan2 mengidapi package penyakit yg lengkap...sy simpati sgt2. Tetiba rasa sebak dan bersyukur kerana Allah masih memberi nikmat kesihatan kpd sy.
Sentiasa berdoa kpdNYA agar nikmat ini tidak ditarikbalik.
Sy juga mendoakan semoga saudara sabar dgn dugaan ini dan semoga segalanya terkawal.
Sdr Shina: Sy kena serang ketika umur 40an; dari Buah Pinggang, Kolestrol kemudian Darah Tinggi, diikuti Jantung & Bengkak Hati.
Sebab itu sy ambil keputusan Bersara Pilihan; lantaran kerja yang stres buat keadaan lagi kalut.
Rasanya sokongan dari keluarga amat penting; tapi sepanjang diserang pakej sakit ini mmg sy sendirian meredahnya; terlantar di Wad Kecemasan pun sendirian; ulang alik ke Klinik Kardio pun sendirian.
Buah Pinggang dirawat di Hospital Kajang; setahun setengah berulang di sana. Sekarang dah okey!; Jantung pula di Klinik Kardio Hospital Serdang juga sekitar setahun setengah; sekarang dah okey. Yang masih merunsingkan adalah Diabetes & Darah Tinggi.
Semuanya masih terkawal; ujian ini tentunya lantaran dosa yang pernah dilakukan; tak mungkin sengaja diuji kesakitan kecuali Tuhan mahu menyedarkan kita.
Bila menuju era Warga Emas ini; tak ada apapun harapan mahu kekal di dunia ini. Kian nampak arah tujuan ke dunia nan kekal mmg semakin dekat.
Catat Ulasan