iDAN

03 April 2011

Kekuatan Semangat


Terkadang bila kita bangun pagi terasa malas amat sangat; nak sentuh air di kamar mandi sejuk bagaikan ais batu. Nak solat ke surau tak mampu kaki melangkah, terasa lepas solat Subuh nak sambung tidur semula. Orang tua sering berpesan akan mahal rezeki jika tidur lepas solat Subuh. Sebaiknya buka semua tingkap kasi angin masuk rumah; baca al-Quran agar Malaikat Rezeki menjenguk kita. Tahu semua tapi empunya diri malas amat nak lakukan. Tidak bersyukurkah ini?.

Zaman sekarang jika awal pagi buka tingkap akan masuk nyamuk Aedes gigit kita, waktu Subuh & Maghrib Aedes sangat aktif. Aedes bukan memilih mangsa waima orang baik jika ia lapar Aedes ini nak juga hisap darah si baik. Hatta bagaimana pula orang ke surau atau berjemaah di masjid tak pernah kita lihat di masjid ada ubat nyamuk dipasang. Benda ghaib begini sukar nak kita fahami. Seyogia inilah isunya zaman beralih makin sukar nak ikut rutin dahulu kala.

Isunya tadi perasaan malas, aku sering merasakan ada hari aku begitu malas, ada hari aku begitu ghairah menyambutnya. Isnin bagiku adalah hari paling malas atau gusar nak dilalui; alasannya setelah bercuti memang rasa payah nak kerja semula. Ini makin kurang terasa sebab aku kini telah bersara, tapi Isnin tetap aku terasa amat gelisah. Yang pasti Isnin aku tak akan dapat rasai masakan Mila. Mila hanya masak hari Sabtu & Ahad, bayangkan nak tunggu lagi lima hari baru Mila memasak. Jenuh amat. Rasa mengidamlah pula. Isnin juga sekitar rumah tak ada aktiviti seperti Pasar Malam atau Pasar Tani. Jenaris hanya ada Pasar Malam pada hari Ahad, Prima Sunjana pula, Selasa & Khamis. Pasir Tani pula hanya hari Sabtu.

Hari nan paling aku sukai pastilah hari Jumaat diikuti pula. Sabtu & Ahad. Sepanjang minggu malam-malam kena hantar Anif tiusyen dari jam 7:00 malam hingga ke jam 10:00 malam. Isnin hingga Jumaat jua aku akan menghantar Azim & mengambil Anif sekolah.

Mereka yang sentiasa bersemangat saban hari adalah mereka yang berjaya menikmati hidup ini dengan sebaiknya. Usia yang tidak terhenti adalah anugerah yang amat bernilai bagi kita manusia. Tak kiralah kita kini dalam suasana & dilema mana. Perkerja, penganggur, pelajar, petani atau pun warga emas.

Jangan kata orang bersara seperti aku tak buat apa, masih terikat dengan jadual harian yang ketat jua. Belum cerita bab beli lauk sayur & barangan dapur. Jika Afiz tak kerja mungkin dia dapat membantu pun Husna sejak tinggal di rumah ini banyak urusan dapur dia yang melakukan. Sebelum itu siapa nak buat semuanya. Ahli keluargaku jua dah terpengaruh dengan keajaiban Silap Mata; letak saja pinggang mangkuk di sinki ianya bersih berkilat dengan sendirinya.

Sekitar seminggu dua lagi aku akan menimang cucu; kata Husna dia nak berpantang di rumah ibunya di Seremban; maka pasti rumah ini kembali bagai dulu. Aku kena ambil alih kerja Husna. Bukan mudah nak jadi sura rumah tangga sepanjang masa. Dengan kekuatan semangat sahaja semua akan dapat diuruskan dengan lancar & bersih.



Dalam seminggu yang anda lalui.
Cerita sikit hari apa yang paling anda suka?.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jadi suri rumah penatnya boleh tahan gak...semua urusan rumah kita nk kena sattle...kalu paksu boleh buat..memang hebat la paksu...x semua lelaki bleh buat keje perempuan ni..

iDAN berkata...

Dah pun melakukannya sejak lama dulu. Masa Maksu tinggal di Pulau Carey sekitar setahun Paksu jaga dua anak & Maksu jaga dua anak. Kami tinggal berasing.

Paling sedih bulan puasa; nak masakkan makanan anak-anak ketika bersahur bukan kerja mudah.

Begitu juga sejak pencen; banyak urusan dapur paksu kena buat. Bila paksu mogok dua hari; maksu naik angin, pinggan mangkuk jangan cerita, pakaian yang kena sidai terperap, jangan kata ianya mudah; Kerjanya mmg ringan tapi remeh; apatah lagi sendirian, nak hantar anak sekolah lagi, tiap kali keluar rumah siapa kena tutup suis itu ini, kunci pintu pagar, bawa kapcai, kena ke pasar, kena cari lauk. Jika rajin masak kena masak.

Belum nak siram pokok bunga; buang tahi kucing; bersihkan air bejuku; bersih air aquarium... ish!

Tanpa Nama berkata...

memang stress kn..kira tabik gak la ngan paksu sbb boleh sattlekn semua..hehee...

berkerja sama dn bertolak ansur tu bagus..sekurangnya maksu xla rasa terbeban..nk uruskan urusan tempat kerja,rumah lagi...bertuah maksu dapat suami cam paksu...:)banyak meringankn beban mak su