30 Mei 2011

GARIS PENAMAT

RAMAI yang tak nampak
di manakah garis penamat itu
apakah jauh di hadapannya atau
ianya tanpa sedar telah pun dilalui
ketika mega senja menggamit luka.

Semalam sang hati telah pun berjanji
akan setia dalam kabus iman putih
bertasbih dengan ketuhanan sejati
amarah telah pun dicincang lumat
berbaja dengan dedebu harapan
kismis zikir manis di batini
menuntut nilai sakti Ilahi
dunia bukan milik abadi.

Kekinian jaluran pelangi meniti gerigi
dengan suram keadaan tanpa rona setia
tempias dendam & prasangka menghitam rona
tak ingat lagi mandi di telaga makna
tersasar arah tak siapa membetulkan

: Siapakah peniup wisel bak peluit
sangkakala minda yang hampa
bayangnya seiras Israfil.

iDANRADZi
Jenaris Kajang.

Mingguan Malaysia
29.5.11

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaik dn penuh makna...