PUSAKA BUKAN PUAKA
Bumbung rumah pusakaku telah bocor
gelegur & kekudanya semakin reput
dindingnya telah ranap dimakan anai-anai
sebahagian telah dicuri jiranku dibuat reban
lantai harapan cuma sedikit masih boleh dipijak.
Cuma aku kagum akan tiang serinya
kukuh teguh menyokong kenangan
pun tiang konkritnya utuh menjadi tugu
buat kuabadikan sebagai tanda ingatan
jasa bakti orang tuaku luhur murni
tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
(Ramai kata rumah pusaka ini ada penunggunya
berwajah arwah emak sering menjelma
seyogia semasa emak menutup matanya
sememangnya dia sendirian mengadap siratal maut
hatta pelbagailah andaian orang kampung)
kekinian aku bertekad menjagai rumah pusakaku ini
biar pun terpaksa bersendirian ke akhir hayat.
iDANRADZi
Desa Tualang
Respon:
- Mohd Amran Daud idan kena siasat.... apakah memang makhluk halus, atau kita yg tidak halus buat tafsiran...pada 09hb Jun pukul 8.32 pagi · · Seorang
- Idan Radzi Amran: sejarah rumah tu panjang, dulu mmg banyak bebenda yang aneh berlaku; belakang rumah itu masih hutan belukar, kita kena panggil mereka yg handal untuk mengesan... mmg tak sabar nak tinggal di sana!...pada 09hb Jun pukul 8.52 pagi ·
- Tasuki Kasbimmg tepat sekiranya tuan yg mewarisi rumah pusaka ini .. rumah yg menantikan tuan nya tiba .. pengamatan jiwa saya rumah ini rumah biasa sesekali ada wajah nenek tua menjengah rumah lamanya.. kenapa terbiar tidak berbela .. bila tuan dah ad...Lihat seterusnya..pada 09hb Jun pukul 9.15 pagi · · Seorang
- Idan Radzi Abg Tasuki: pokok deroan abis mati... tinggal manggis, langsat, rambai, cempedak, remenia... ada lagi ke, ceropu, pulasan, paling teman suka pokok asam gelugur dah besor... ingat nak tanam pokok nam-nam banyak2...pada 09hb Jun pukul 9.29 pagi ·
- Tasuki Kasbi sementara rumah siap .. bersihkan kawasan belukar buat linning (baris tanaman) yang prokuktif jarak yang sesuai supaya apa2 pokok yang ditanam punyai jarak sesuai untuk tumbesarnya cepat berbunga dan berbuah ... pengunaan aagronomi terkini adalah penting...pada 09hb Jun pukul 9.33 pagi ·
- タジュ アリピン sememang nya rumah dah tak lama berpenghuni akan di duduki oleh jin dan mahkluk halus tapi kita kena pandai mengatasinya berzikir, baca al-quran dan selalu buat kenduri tahlil dia akan berpindah jua akhir nya ...sebab panas bagi mereka untuk tinggal...kecuali jin Islam...pada 09hb Jun pukul 9.50 pagi ·
Tiada ulasan:
Catat Ulasan