iDAN
09 Julai 2011
Kenyataan Murni
Salahkah mahu berkata benar
bilamana keraguan itu makin membelenggu
Salahkah mahu mencari jalan lurus
bilamana asyik ianya disekat samar dipintas
Salahkan mahu berhimpun aman
bilamana keamanan makin nampak bundar
Salahkah menggarap puisi prasangka
bilamana minda ini makin dikepung sengketa
Salahkah mengharapkan era ketelusan
bilamana para juri tidak lagi sejati
Salahkah mahu berdendang kemurnian
bilamana jiwa makin sarat dengan laguan metal
Salahkah mahu menongkah arus deras
bilamana media makin hanyut dengan moral ampuh
Salahkah mahu mencabar akta gurur
bilamana pemimpin makin muncah di arus bacul.
Semalam kotaraya yang damai diancam dua kelompok
satu ingin mengekang suara keramat rakyat
satu lagi terhimpit dengan sekatan darurat
masing-masing ada taringnya yang tersendiri
yang satu dengan segala senjata kemodenan
yang satu lagi sekadar punyai senjata suara berbisa.
Tak mungkin akan usai protes ini
jika memorandum yang diserahkan
tidak dilaksana martabat gagasannya.
Tak akan mungkin tamatnya perarakan ini
jika empunya kuasa tidak mahu merubah
sokongan yang diberikan membawa rebah.
iDANRADZi
Kuala Lumpur.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
diorg tu suka kucar kacir berbanding hidup aman damai...
malam (sebelum kejadian)tu sy dan anak-anak masih sempat ke Capsquare, mmg KL sunyi amat; tapi masih ramai org luar masuk ke KL maka jemlah sana sini pintu masuk KL sbb sekatan jln raya..
Catat Ulasan