iDAN

06 Oktober 2011

2/3 Kota Bharu (Episod 6)


KURANG SANTANNYA

Kami makan tengah hari dengan sayur lodeh yang panas. Rasa tak kena sebab aku mengandaikan tak cukup santannya. Bila dicampur dengan sambal kacang buatan Sime Darby baru naik rasanya. Aku terbayang akan rendang kerang buatan birasku Hanna. Selalunya aku akan taruh rendang kerang ini lagilah mengancam Lontong di pagi raya.

Sasaran Mila mahu ke kubur sebelah petang. Khabarnya adik-adiknya telah pergi ziarahi kubur Yaie & Nyaie seawal pagi lagi. Mungkin Mak Alang sahaja yang belum pergi.

Jenaris ke Meru tak jauh mana, tambahan sekarang aku telah ada jalan pintas; SKVE memang banyak menjimatkan masa. Jenaris ke simpang Batu Arang selalunya mengambil sejam sahaja. Tak risau kenderaan banyak atau sesak di jalan raya. Dulu aku tak cam sangat janlan nak ke Batu Arang ini; maka aku turun di Batu Tiga. Jangan dibuat; selalu sangat sangkut di lampu isyarat. Dari Lebuh Raya Elite turun saja di Bukit Jelutung.

Sebelum masik ke Meru kami singgah sebentar di rumah Tok Perak; anak-anak, Husna & Mila memang suka lemang. Banyak juga mereka makan di rumah Tok Perak. Isterinya kerja di Hari Raya; jika cuti pastinya mereka akan pulang ke Kuala Kangsar (KK). Rumah mereka sekampung, golek buah kelapa pun boleh sampai.

Senyap-senyap Tok Perak telah jadi orang kaya; rumah barunya nampak agam & baru diubahsuai anjungnya. Nilai pasaran jika ianya pegangan bebas telah pasti sekitar setengah juta RM. Khabarnya di Perak pun mereka ada beli rumah; Taman Koperasi Cuepac, Balakong pun ada; Tok Wan pensyarah kami yang sewa. Dari lama Tok Perak menyewa sekarang telah ada beberapa buah rumah besar. Rumah baru ini sekitar Sungai Jelok. Syukurlah nikmat Ilahi cucuri.

Sebelum datang ke rumah Tok Perak aku telah telefon, aku kata kalau ada 4 atau lima batang lemang aku baru datang bersyarat. Nak beli jangan pula kasi percuma. Kebanyakan leman yang tinggal hanya kecil batangnya; jadi Tok Perak jual murah amat. Selalunya biasalah harga sebatang lemang RM8 ke RM10. Aku dapat 6 batang leman ala KK untuk dibawa ke Meru.

Sekitar jam 3:00 petang baru kami sampai di Meru. Telah banyak juadah di dapur. Ada perbalahan kecil antara adik beradik Mila dengan biras mereka yang bungsu; biasalah hati orang muda. Isteri Maman Ifi khabarnya merajuk. Mungkin dia tak dapat maklumat sebenar yang adik beradik Mila mahu berkumpul, masak-memasak bersama di rumahnya. Ketika kami sampai Maman Ifi balik ke Semenyih rumah isterinya, cuma ada Maman Udin serta keluarganya, Acik & anak-anak. Aku tak nampak Bai, Keluarga Maman Akhir.

Biasalah aku tercari-cari akan rendang kerang. Ish! lain pula rasanya tahun ini. Biasalah perut orang sakit diabetes; baru sekitar sejam dua tak makan mulalah lapar. Alahai sedapnya juadah orang Jawa. Semua ada berlonggok di meja. Tak tahu mana nak makan.


Semasa dalam perjalanan ke kubur Mila terkilan dengan rajukan birasnya yang bungsu.

"Dia ada hak Mila nak merajuk sebab itu rumahnya, mungkin dia ada rancangan sendiri; lagi pun dia orang muda tak sama perasaannya dengan kita dah tua ni..!" kata-kataku ini ditolak Mila maka keluarlah pelbagai andaian yang risau juga aku mendengarnya.

Tak semua orang suka dengan suasana berkumpul beramai-ramai; pula tu agak lama kami selalu menginap di kampung. Pasti merimaskan. Ada orang mahukan suasana privasi tak suka dengan keriuhan. Biar pun rumah pusaka itu besar tetapi jika telah terlalu ramai pengunjung akan jadi gamat. Mila berfikiran lain. Sesekali berhari raya apa salah semua keluarga berkumpul. Sementelah itu rumah pusaka; dia & adik-adik semuanya telah lama berkorban untuk membesarkan rumah itu.

Hanya hakikatnya rumah pusaka itu telah diserahkan milik kepada Maman Ifi.

Di Tanah Perkuburan Bukit Kapar telah sunyi sepi. Sebelah petang memang tak ramai orang menziarahi. Aku parkir di bawah pokok kelapa sawit. Pak Alang Muda sibuk mengutip buah kelapa sawit nak kasi burung Serindiknya makan. Serindik ini cantik macam burung Nuri. Teruja aku nak tenguk bagaimana cantiknya burung Serindik ini.

Kami membentang tikar mengadap pusara Yaie & Nyaie. Pak Alang sebagai ketua membaca Yasin, Aziq sering juga menjadi ketua Ratib di kubur setiap kali menziarahi kubur. Aku sekadar ikut di belakang. Aku perasan ada sekumpulan satu keluarga sahaja yang mahu pulang ketika kami sampai. Cuaca agak suram. Batu nisan yang dibuat dari kayu nampak sepi di bawah pohon getah. Kubur yang agak jauh dari kesibukan memang amat damai & sunyi. Banyak pohon getah tua yang tak bertoreh. Sesekali nampak sekumpulan kera bergayutan di semak-samun.

KAK ETON

Tak meriah raya kalau tak pergi rumah Kak Eton. Setelah ke rumah kakak Hanna birasku; kami bertolak ke rumah Kak Eton agak jauh dari Jalan Iskandar; telah bersempadan dengan Bukit Cherakah. Rumah Kak Eton dalam dusun; ada anak sungai yang mengalir jernih. Zaman kanak-kanak si Afiz & adik-adiknya; awas! pantang sampai rumah Kak Eton mesti terjun di alur anak sungai ini. Anak sungai ini makin terancam dek pembangunan banglow agam. Pokok durian yang berusia lebih usiaku nampaknya telah ditebang.

Kera yang Kak Eton bela pun telah tiada. Kak Eton adalah pangkat kakak saudara sebelah Yaie. Aku memang suka sangat suasana rumah Kak Eton. Tenguk pokok betik jantan pun aku dah rasa teruja. Selalunya kami makan nasi di rumah Kak Eton; tahun ni nampak tak ada rezeki. Dah petang pun. Rumah papan berbumbung zink Kak Eton masih kekal bagai aku mula kenal Meru. Nampak makin uzur & sebaiknya diganti. Seyogia kehidupan yang tak sesenang mana pastinya menghalang untuk diubahsuai. Tapi amat santai tinggal di dusun Kak Eton. Aku suka tenguk ikan seluang & banyak anak marak si anak ikan haruan.

- bersambung

2 ulasan:

YB berkata...

Salam Idan,

Seronok mendengar kawan kita Tok Perak dah jadi kaya. "Pak cik dah kayo" kata man beramboi...jgn jadi macam tu dahlah. Kalau tuhan nak bagi kita rezki, cepatpun boleh dapat dan kalau dia nak ambik balik sekelip mata boleh lesap. Jadi kawan kawan yg bersusun susun naik pangkat kat UPM tu tentunya semuanya dah kaya. Gembira aku mendengarnya.
Agak agak kalau kita kerja lagi kat UPM tu, mereka sanggup tak naikkan pangkat kita Dan? Bos aku dulu cuba nak rekmen aku mendatarpun jenuh bertegang leher. Bak kata org Perak kat sini "huhhh...tak mandang" tapi bila aku dah pindah, baru aku dapat...org jepun kata "yatto moraimashita ne"
Islam suka org kaya tapi tidak menghina pula org miskin. Yg penting dlm islam ialah kita kaya akhlak dan kaya ketakwaan kepada Allah. Wallahuaklam

iDAN berkata...

Ada org disukai, ada orang dibenci, ada juga orang terpaksa disukai bila dah lama sangat di sana.

Aku tak nampak masa depan aku ada kat sana selagi golongan JIM ini tak dapat terima diri aku; sekarang pun mereka masih menjadi kalangan BOS di sana.

Baru dengar bajet tadi; bayangkan golongan rendah gaji bawah RM3,000 kerajaan nak bantu RM500. Orang rumah tak sanggup mengatakan dia suri rumah; sejak dulu maka banyak bantuan daripada kerajaan mmg kami tak layak; malahan tempat pembelajaran anak-anakku juga banyak terjejas.

Isunya apakah seorang isteri zaman ini bantu semuanya bebanan kita sebagai suami. Kita sanggup abaikan bantuan kerajaan walaupun kita layak terima sebab org macam aku pencen sekitar RM1,000 bayangkan nilai duit ketika ini. PM nak naikkan 2% pencen kami dapatlah RM20 (Syukurlah dari tak naik langsung!)

Ini yang berlaku dalam rencah hidup kita; Tok Perak mungkin bagus muafakatnya dengan isterinya. Orang kata muafakat bawa berkat.

Bisnes lemannya pun, raya tahun ni dia dapat tempahan tak kurang dari 500 batang. Kita andaikan 500 x 7 dah tentu dia untung sekitar RM1500 lebih.(kerja sekitar 2 hari kut). Tak kira tempahan di hari lain. Begitulah rezeki jika rajin dicari. Dia juga rajin ikut sifu buat rumah. Sifu ni mungkin YB tak kenal; Abg Soib namanya.

Jika rajin menabung mesti hidup tambah kaya. Rumahnya kini jika tenguk harga pasaran semasa mesti sekitar RM300K mungkin sampai RM500K jika hak milik bebas.

Itu rahmat buat dia; buat kita YB, rasanya jika YB masih di UPM 50% 50% peluang itu ada, buat aku nak kata 20% pun payah.

Yang pasti kita telah bukan milik UPM lagi. Baru ni aku sengaja nyorok balik tiang ketika aku tertembung NC nak tenguk respon NC kita tu; mmg dia tak pun mahu menyapa aku lagi!. Padahal aku perasan dia nampak aku. Hatta mungkinkah dia boleh terima waris kita untuk kerja di sana. Naa mungkin. (Bahasa Hindi maksudnya Tak Mungkin)

(Dia pun org JIM musuh ketat aku)