Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

06 Oktober 2011

Honorarium blog.




RM49.45 Nufnang kasi menjelang bulan Oktober ini. Siapa nak kasi bak rezeki datang dari langit; tahun lalu aku dapat RM77.09. Biarpun tak banyak mana tapi itulah hasil kerja keras aku menulis. Yang pasti jika ramai klik iklan yang Nufnang kasi melalui blog ini maka akan bertambahlah rezeki ini.

Ini kelebihan blog berbanding dengan FB. Mana tahu satu hari nanti Penyair iDANRADZi jadi terkenal bagai Bro. Maz TV3. Bro Maz telah ada server sendiri & menjadi pengiklan di blognya.

Aku sebenarnya masih mengidam karya aku terbit di banyak media massa. Nampaknya tahun ini hanya Mingguan Malaysia & Mingguan Warta Perdana sahaja yang sudi menerima tulisanku. Aku masih tercari-cari sebab kenapa karyaku di Berita Minggu ditolak. Telah lebih dua tahun aku terusan menghantar karya di sana tak satu pun diterima. Mungkin faktor kesesuaian; atau ada faktor lain.

Tapi aku suka ada beberapa rakan sasteraku kini karyanya kerap tersiar di Berita Minggu. Seperti Kelompen; yang lama aku kenali. Sejak dulu lagi aku nampak bakat seninya amat semula jadi & karyanya terus hidup.

Aku juga tertanya-tanya siapa sebenarnya pengikut tulisanku ini. Tidak pernah aku berputus asa dalam fasal menulis ini. Karyaku terus terbit di dunia maya. Sejak tahun 1977 lagi aku rajin menulis di corong radio. Sayangnya banyak karyaku hilang di server Easyjournal. Bagaimana mungkin aku kontak admin di sana. Telah setengah tahun blog aku di sana hilang begitu sahaja.

Kini banyak tulisanku dapat diakses di Blogspot. Agar satu hari nanti ada penerbit yang boleh buat bagai di luar negara; boleh membukukan blog tak kisahlah kena bayar sebagai kenangan jika aku telah tiada.

Tiada ulasan: