Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

18 Oktober 2011

Taukeh & Ah Chong amat menggegarkan; Shila & Ning pun apa kurangnya


Tak sangka pula nak pergi ke Bukit Ekspo Konsert Gegar KLfm@UPM, pergi pula sorang-sorang jarang aku buat bersantai sendirian. Dah pujuk anak-anak semua menolak. Sebenarnya aku lebih mahu mengenang semula nostalgia lama di mana zaman remaja & 80an di sinilah aku suka melepak bila ada Pesta Konvo.

Tak sangka juga dapat melihat Shila Amzah dari dekat, cahaya ND Lala ini amat hebat. Dari suara & kemanjaannya. Dia pula amat mesra dengan peminatnya. Jarang amat aku temui artis yang begini; sebelum pulang sanggup berjumpa dengan peminatnya yang pangkat ibu. Bergambar bersalaman mencium tangan ibu ini. Janji DJ KLfm ditunaikan dengan ramah & nampak keiklhasan hati. Boleh kata semua kru pentas wanita dia bersalaman.

Suara Shila pun memang amat mantap boleh bersaing hebat dengan Ning Baizura.

Tauke serta Ah Chong pula amat menggegarkan. Gelagat gila-gilanya sungguh menghiburkan. Tauke berpasangan dengan Ah Chong sentiasa membuat kejutan & lawak sepontan yang kelakar habis. J Sham yang menyanyi pun amat teruja dengan lawak jenaka mereka berdua.

J Sham masih ada peminat tapi malam ini dia kekurangan pengikut. Tak ramai orang sebayaku datang ke konsert begini. Anak muda tak semua suka lagu 60an di mana di akhir persembahyang dia macam merajuk dengan lagunya Ku akan Pulang. Suara J Sham masih seperti dulu. Dia masih lincah menari di pentas.

Sebut tentang Ning Baizura; tak sangka rupanya Ning ni suka berceloteh; nampak dia amat santai & senang dengan sambutan penonton. Ning rasa terusik dengan gossip liar yang melanda rumah tangganya. Suaminya Omar Sharif selaku pengurus sentiasa ada di sisinya. Ada peminatnya naik ke pentas mendoakan dia mendapat gelaran Dato' sebab telaah 18 tahun menghambakan diri dalam bidang seni. Tapi Ning berpesan agar peminatnya mendoakan dia mendapat cahaya mata dahulu. Begitulah jiwa Ning yang makin mahu bergelar ibu.

Bila Ning Baizura turun dari pentas terasa satu kehilangan sebab Ning Baizura begitu pandai menambat hati peminat dengan celotehnya yang jujur & nasihatnya yang ikhlas pada pelajar UPM. Katanya dia tak pernah dapat peluang belajar di Menara Gading & dia berpesan agar peluang yang ada direbut sebaiknya. Dalam bidang seni pun dia hanya belajar dari pengalaman & bakat yang ada.

Yang lain memanglah artis seperti Hazama digilai oleh anak remaja; penonton bagaikan disambar histeria apatah lagi bergandingan dengan Meet Uncle Hussin. Aku sendiri tak menyangka Hazama akan datang. Tiada pun nama dia dalam poster. Persembahannya sebagai juara tak dapat dinafikan mencabar igauan remaja.

Tiga jam persembahan artis serta DJ KLfm patut diberi pujian; jangan lepaskan peluang anda berhibur jika DJ KLfm akan datang ke lokasi anda.

Shila Amzah Menangis Kerana Sharnaaz Ahmad

PETALING JAYA: Penyanyi Shila Amzah mengakui sangat meminati lakonan Sharnaaz Ahmad dan meminta pelakon tersebut berganding dengannya dalam klip video Patah Seribu.

Jelas Shila, dia dan keluarganya memintai lakonan Sharnaaz terutamanya ketika menonton drama Ungunya Cinta yang sedang ditayangkan di TV3.

"Ketika pengarah bertanyakan tentang pelakon lelaki untuk klip video ini, saya terus terfikir Sharnaaz sebab saya minat dengan lakonannya dan pernah menangis melihat dia berlakon dalam Ungunya Cinta.

"Keluarga saya turut meminati Sharnaaz kerana menonton lakonannya dan dia juga bersetuju untuk berlakon bersama dalam video klip ini," katanya.

Dalam pada itu, Shila mengakui gementar untuk berlakon kerana ini merupakan kali pertama dia beraksi di hadapan kemera.

"Saya tidak pernah berlakon sebelum ini sudah tentu ada rasa gementar terutamanya untuk membawa sesebuah karakter biarpun hanya 10 adegan saja," tuturnya.

Video klip yang dijangka akan dikeluarkan bulan depan ini mengisahkan tentang percintaan dua darjat yang tidak kesampaian.


Profil Shila Amzah

Nama Sebenar: Nur Shahila Binti Amir Amzah

Nama Komersial: Shila

Tarikh Lahir: 13 Ogos 1990

Umur: 21 Tahun pada Tahun 2011

Asal: Kuala Lumpur, Malaysia

Pencapaian: Naib Juara One In A Million (OAIM) musim ke-2

Album: Sha-hila (EMI, 2005), Ost 5 Jingga (EMI, 2008), Bebaskanlah (Monkey Bone, 2009), 3 Suara (bergandingan dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor-2011)

Tiada ulasan: