Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

12 Februari 2012

HUTAN LIPUR LENGGENG

"ayah ni main masuk saja"

"habis tu dah sampai!"

"kalau benda tu ikut macam mana?"

Memang sunyi hutan lipur Lenggeng ini; baru jam 6:00 petang telah tiada orang; nampak ada pokok tumbang ke bumbung Surau. Telah lama tapi tidak dialihkan.

Aku pun tak tahu bagaimana boleh sesat ke Hutan Lipur Lenggeng ini. Cer cerita sedikit sejarah hutan ini. Memang sunyi & menyeramkan.

Hajat hati aku mahu melihat kebiruan air Empangan Hulu Jelebu, katanya ada Homestay Kuala Klawang nampak cantik gambarnya di dunia maya.





Setelah hantar Anif di asramanya SMT Tuanku Ja'afar Seremban aku punyai beberapa jam sebelum malam untuk kembara sekitar Jelebu; bila aku lalu pekan Pantai aku nampak papan tanda Hutan Lipur Lenggeng belok ke kiri. Hatta aku ikut saja jalan mendaki bukit yang memang sunyi.

Empangan Hulu Jelebu tak nampak dari jalan raya; mungkin orang sekitar Seremban atau Jelebu boleh kasi tahu dari jalan mana dapat melihat panorama indah Empangan Hulu Jelebu ini. Bak kita ke Semenyih memang cantik Empangan Semenyih & ada tempat untuk memancing juga air terjun untuk berehat. Aku membayangkan begitu.

Bila aku masuk saja Hutan Lipur Lenggeng ini memang firasat di hati telah terasa; hutan simpan ini amat sunyi & pasti ada penunggunya; aku terus kunci pintu Avanza; seolah-olah memang ada yang memerhati kami dan bila-bila masa akan sergah kami. Aku tak berhenti parkir pun sebab memikirkan kut ada penyamun atau sebarang gangguan. Lagu pun dah nak masuk waktu maghrib.

"Buaian dan jongkang-jongkit ini pasti bergerak sendiri ketika malam!; tenguk pokok yang tumbang menghempap surau tu pun tak siapa mahu membersihnya" agak besar juga pokok yang menghempap surau. Azim tak sabar suruhku beredar keluar dari kawasan rehat yang sepi ini. Pasti kata-kataku tadi tambah buah dia ketakutan.

Aku keluar dengan satu igauan yang misteri namun hatiku berkata satu hari nanti aku pasti mahu ke sini lagi.

Di depan jalan raya ada pondok jualan Orang Asli penuh dengan anjing menjual petai. Aku teringin nak beli petainya tapi bila aku lihat anjingnya tidur sebelah petai; aku terpaksa membatalkan niatku.

"Apa kata esok bebila... kita datang sini & singgah mandi!" aku memberi cadangan dalam hatiku memang teruja nak santai di Hutan Lipur Lenggeng ini.

"Tak berani Azim, seram amat tempatnya ayah!" amat mematahkan impianku mahu ke sini lagi.

Ini antara blog yang menceritakan tentang tempat rehat yang misteri ini:

"Memang inilah kali pertama kami melalui jalan ini. Antara jalan yang dianggap menarik kerana keadaan jalannya yang banyak selekoh dan suasana kehijauan disepanjang perjalanan. Jalan yang kami lalui itu juga merupakan laluan yang sama menuju ke Hutan Lipur Lenggeng. Nampaknya kami telah jumpa satu tempat yang menarik untuk dilawati pada masa akan datang secara tidak sengaja. :)" ini kesah orang mengantar pengantin; tetiba terikut jalan pintas ini.

"Aku pun... Masuk Nilai, Mantin, Longgeng dan Jelebu... Tapi kalu lalu malam ,kek tompek org mandi tu ADO...!!!!"
"oit.. jalan shortcut nak ke pantai tu banyak hantu kan? :funk: pastu penyamun pung ramai katanya..:L " ini pula forum di mana menceritakan kawan ini memang ada kes.

Ada beberapa blog lagi mencerita kesunyian di sini; bebaru ini ada lori bawa baja terbalik di gaung jalan Hutan Lipur Lenggeng ini. Ramai bilang kawasan ini ada penunggunya. Biasalah dalam hutan yang indah pasti perbagai makhluk halus suka singgah.




HUTAN LIPUR LENGGENG

Hutan Lipur Lenggeng terletak di kompartmen 22, Hutan Simpan Lenggeng. Kawasan ini sesuai untuk beristirehat, berkelah dan bermandi-manda serta melakukan aktiviti riadah yang lain. Keistimewaan kawasan ini adalah terdapatnya jeram-jeram dan kolam-kolam kecil semulajadi serta hidupan dan tumbuhan alam semulajadi yang unik dan menarik seperti paku-pakis, pelbagai jenis orkid liar, serangga dan unggas menyerikan suasana persekitaran dan mampu memberikan satu kenangan dan pengalaman yang menyeronokkan. Susunan batu-batan yang menarik di persekitarannya dan disulami dengan tumbuh-tumbuhan asal dari berbagai jenis tentu sekali mempesonakan setiap pengunjung. Kepelbagaian pokok-pokok hutan yang berusia ratusan tahun amat sesuai bagi para pengkaji dan pencinta flora untuk berkunjung kesini. Kawasan Hutan Lipur Lenggeng ini terletak dibawah tanggungjawab Jabatan Hutan Negeri Sembilan.

Kemudahan
Untuk keselesaan dan kemudahan kawasan hutan lipur ini menyediakan kemudahan-kemudahan seperti tempat letak kereta, pondok dan bangku untuk berehat serta tapak perkhemahan. Bagi yang berani dan gemar kepada cabaran, denai dan rentasan hutan juga disediakan bagi menguji kecekalan minda dan fizikal.

Lokasi
Untuk sampai ke Hutan Lipur Lenggeng mengambil masa kira-kira 30 minit dari Mantin melalui pekan Lenggeng dan 20 minit dari Pekan Pantai. Jika datang dari Seremban, pengunjung perlu menggunakan jalan menuju ke Jelebu dan selepas Pekan Pantai ambil simpang menuju ke Pekan Lenggeng.




Maklumat Lanjut :-
Jabatan Hutan Negeri Sembilan.
Tingkat 4, Blok C,
Wisma Negeri,
70646 Seremban.
Tel : 06- 765 9849

6 ulasan:

al-lavendari berkata...

saya duduk di seremban. pernah sekali sampai ke hutan lipur ini. cukuplah sekali kecuali ada peningkatan macam di ulu bendul.

iDAN berkata...

ulu bendul... sy sering singgah & anak-anak suka mandi di sini.. airnya pun mmg banyak & deras ianya tepi jalan raya besar & meriah selalu di sini

... HLL ini nampaknya akan pasti lambat majunya sbb terpencil lagi pun tak siapa mahu tidur di sini lantaran pelbagai kesepian yang ada... tapi mmg sy suka tempat sesunyi ini untuk berehat; cumanya siapa berani temani sy' berkhemah umpamanya...

siti nurain berkata...

Saya dan ahli kelab baru je camping kat sana kelmarin..

rasa sayang sebab tempat tu kemudahan lengkap tadi tak terjaga..

kami sama2 dapat bersih kan surau dan betulkan paip dan dapat korek keluar pasir tu satu kolam je..dua kolam lagi dah tak larat dah sebab kurang peralatan..

tapi esok nye saluran paip tersumbat lagi..huhuhu tak sabar nak gi next event kt lenggeng lagi.. =)

siti nurain berkata...

ni antara laporan sebelum kami camping.. http://ohm-jurnal.blogspot.com/2012/11/rs-survei-lokasi-hutan-lipur-lenggeng.html

best kan? nnt kalo free saya bagi link laporan camping ari tue..misti terbaik jugak..

idan pun sure teruja kan??

iDAN berkata...

Kenapa tak kasi tahu berkempen di sini. Sy sejak lama teringin amat nak berkempen di sini tapi TAKUT sebab tak ada rakan. Anak-anak pun begitu.

Tempatnya mmg sunyi dan amat damai tak ramai orang. Harap pokok yang hempap surau tak rosakkan surau.

Jika nak berkempen lagi kasi tahu. Sy mmg nak turut serta. e-mel sy idanradzi@yahoo.com atau SMS 016 909 4343 sy jarang buka hp tapi nombor ini masih ujud; e-mel awal-awal.

Agar Hutan Lipur ini terus terjaga.

safiq iazzuddin berkata...

Petang tadi dlm 5 hingga 6.45 tadi sy bru singgah di situ,agak sunyi dan pelik,kebanyakan ifrastrtr kelihatan sudah lama tidak^disentuh hanya ada seekor ank anjing saja penghuni disitu..paip tidak boleh digunakan lagi,sy mntafsir kemungkinan tmpt itu tidak ada pngnjung munkin jauh dri mana2 kawasan prumahan/pembangunan atau sbb2 tertentu..itu sy xpasti itu je sy dapat kongsikn je