iDAN

25 Mac 2012

Retro


Tiba-tiba badan hilang upaya nak hantar Azim ke sekolah hari ini; salah satu sebab mungkin rutin seharian asyik tak berubah. Bangun pagi banyak kerja menunggu. Kerja remeh tapi perlu disegerakan. Salah satu kemaskan sangkar kucing. Jika tak kemas bau boleh menganggu ketenteraman pun lalat akan pasti datang. Pokok bunga kena siram. Jika tidak takkan menghijau laman rumah. Tahi kucing luar rumah kena buang. Jika tidak pasti terlanggar dek tayar kereta atau terpijak. Ikan kena kasi makan. Barulah boleh fikir soal sarapan.

Hari ini makcik jual lontong di Sungai Kantan tak buka gerai; terpaksa ke mamak atau cari nasi lemak bungkus. Aku teringin nak tukar selera lalu singgah di gerai mamak depan Surau Saujana Impian.

"Kuih ini berapa seketul neng?" aku lihat neng dari seberang jadi pembantu gerai mamak ini.

"50sen! ish mahalnya neng..." lojik sebab roti digulung taruh ikan sardin memang mahal. Sardin di dalam tin memang dah naik tanpa kawalan.

"Kuih yang lain ni berapa?"

"Sama!"

"Eh takkan sama sekitar rumah saya paling mahal 40sen, masih ramai yang jual kuih sebesar ni 3 ketul RM1"

"Bolehlah bolehlah..." neng tu tersenyum dan tergelak panjang. Memang kalau neng berjual aku suka menyakat..

"Tak apalah neng saya merajuk tak mahu makan!" aku cuma makan kuih sardin gulung memang sedap rasanya; dua ketul rasa dah kenyang. Neng sambung ketawa di samping menyebut merajuk- merajuk.

Terpaksa pusing-pusing Jenaris cari nasi lemak; banyak gerai telah tutup dah sekitar jam 11:00 pagi. Jumpalah gerai sebelah Kamdar; siap bena menu yang berjela digantung. Beli dua bungkus nasi lemah lauk telur goreng RM2 sebungkus. Azim dah makan nasi lemak di gerai neng tadi. Masa aku makan tadi jumpa seorang lelaki muda dari Kelantan; berbual panjang pasal insuran kenderaan yang naik mendadak. Baru kahwin katanya tapi isterinya tinggal di sini.

"Kuih karipan ini macam mana kiranya akak?" gerai kedua aku singgah satu pagi.

"Seketul 4osen; lima ketul RM2!" agak besar kuihnya tapi separuh digoreng hangus oleh suaminya. Macam suruh aku beli 5 ketul, anak atau cucunya leka main pen conteng menconteng.

Sampai di rumah Azim sambung buat kerja sekolah. Aku paksa dia makan karipap sebab aku lihat dia makan sedikit tadi. Tiba saat nak hantar Azim ke sekolah aku lihat Aziq dah segar badan. Aziq memang dah lama ada lesen kereta. Aku rasa nak rehat dan suruh dia bawa kereta perang hantar Azim ke sekolah.

Nampak dia begitu minat dan amat yakin bawa kereta perangku. Pertama kali dia bawa; aku memerhati sahaja dari foyer rumah. Bayangkan baik Mila atau pun Afiz tak berani nak bawa kereta perangku. Hebat si Aziq ni.

"Macam mana rasanya bawa kereta perang ayah?"

"Hebat dan memang berkuasa (power)!, jauh lebih hebat dari kereta Aziq belajar!" beria-ia dia nak bawa kereta ayahnya berjalan-jalan lagi.

"Tayar depan tu kurang angin sebab itu rasa berat stering tu; nanti kita tukar rimnya pasti lagi senang nak bawa." dia hairan kenapa abangnya si Afiz sibuk nak kereta baru sejak dulu Aziq memang suka kereta lama. Suka kereta yang berlubang-lubang kena tembak dia kata nampat retro. Apa benda retro ni.

Tiada ulasan: