iDAN

03 Mei 2012

BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA

Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi. al Fatihah.

SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara. Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi. Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.

Ketika tersebarnya khabar angin, Allahyarham, nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, menyindir dengan berkata ‘tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia. Menurut Bob Kuman, 40, tindakan melampau didakwa didalangi oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialaminya ketika ini.

Ekoran khabar angin tempoh hari, berita kematiannya hari ini tidak dipercayai sebahagian peminatnya. Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.  

- Aqma Mustaza Sinar Harian

Anil Za
al-Fatihah..takziah buah keluarga arwah....Semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang yg beriman, Amin.

Nor Jehan Baharin · l-Fatihah...Dari Allah kita datang...Kepada Allah kita kembali...Semoga arwah tergolongan dlm golongan yg beriman..Amiin.

iDAN
Allahyarham sebelum ini diuar-uarkan meninggal dunia: khabar angin yang melanda seperti kejadian Allahyarham Latif Ibrahim. Pastinya semua peminat Bob Kuman merinduinya. Begitu cepat dia pergi meninggalkan kita. Agar roh Allahyarham aman di sana Amin.

Berita Sebelumnya.

Bob Kuman Terlantar Sakit

Pelakon dan pelawak popular, Bob Kuman kini dilaporkan terlantar dan mengalami kesukaran untuk bergerak di kediaman beliau di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Berita ini dikongsikan oleh wartawan, Mazidul Akmak Sidik dalam artikel yang ditulisnya dalam blog beliau.

Bob juga sempat berkongsi cerita tentang tahap kesihatannya yang menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama 'Jangan Pandang Belakang Congkak' di Hulu Langat sekitar tahun 2011 lalu.

Pelakon ini juga menjelaskan, dengan kos rawatan mencecah RM7000, pihak penerbitan drama tersebut tidak tampil menghulurkan bantuan. Sehingga kini, beliau hanya mampu melunaskan separuh daripada kos rawatannya itu.

Lebih mengharukan, Bob juga berkongsi cerita bahawa dia hanya mempunyai RM36 sahaja dalam akaun banknya.

Kami mendoakan agar kesihatan Bob bertambah baik dan dapat mewarnai kembali industri seni negara.

- Media Hiburan.

Tiada ulasan: