iDAN

03 Mei 2012

Rita Tak Setuju Permohonan Cerai Aidil

Oleh: Editorial MH Tarikh: 1 Mei 2012

Pelakon jelita, Rita Rudaini dilaporkan tidak bersetuju dengan permohonan suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak untuk bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling jaya, baru-baru ini.

Rita, yang diwakili Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak berpuas hati dengan alasan Aidil yang mahu bercerai dengannya.

“Ini kerana tiada sebarang perbincangan­ antara Rita dan Aidil mengenai perkara ini (cerai). “

Jadi, adalah tidak adil jika Aidil memberikan alasan mereka tiada keserasian dan persefahaman sejak Aidil keluar dari rumah mereka empat bulan lalu,” katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian memerintahkan agar jawatankuasa pendamai yang diwakili keluarga terdekat kedua-dua pihak dilantik.

Mahkamah juga menetapkan 16 Mei depan sebutan semula kes. Aidil hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Ahmad Nazib Johari.

Pasangan itu berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand, pada 25 Februari 2008 dan dikurniakan cahaya mata Airit Rayyan Rizqin,4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

Tiada ulasan: