iDAN

08 Ogos 2012

KASIHAN AYAM:

Kita terlalu banyak mendera ayam; selalu amat kita umpamakan ayam ini benda tak elok saja. Boleh kata tiap minggu kita makan ayam, apa kata kita tetiba bertukar jadi ayam. Kenapa tak umpamakan saja binatang yang Islam tak benarkan kita makan; ular, anjing, helang & banyak lagi binatang yang diharamkan makan. Agar kenalah tempatnya & kita jadi bangsa yang dianggap mengenang BUDI.

1. Ibu Ayam kenapa tak tukar kepada Ibu Ular; ibu ayam selalu kita tenguk kasi makan anaknya; jarang kita nampak ular kasi makan anaknya, masing-masing bertelur bertelur silap-silap mengeram pun tak RETI ular ni.

2. Cakar Ayam: (Tulisan Buruk) ayam mencakar dengan kaki bukan dengan tangan. Apa binatang ada tangan.

3. Sampaikan bab agama pun kita nak kaitkan ayam pada bebenda tak baik seperti: Tidur selepas subuh rezeki akan dipatuk ayam; kenapa tak kita umpamakan; anjing Tidur selepas subuh rezeki akan dijilat anjing; atau lipas yg suka mencuri; tikus banyak lagi binatang jahat yang boleh kita pilih sebagai mencuri rezeki kita.

5. Apakah dalam agama kita Islam pernah menghina ayam seteruk kita. Aku masih mencari-cari Hadis yang mengaitkan ayam dengan rezeki kita ini.

6. Aku pernah dengar ceramah Ustaz yang menyebut ayam nampak Malaikat; anjing & keldai nampak syaitan begitu cantik Islam mengajar kita mencari peumpamaan/bidalan/ kiasan.

Jangan pula bila baca catatan ini ada yang kata; Kau jadilah ayam iDAN. Tak kisah aku jadi ayam tapi janji jangan sembelih aku jangan AWAK makan aku.


  • Kande Mior Jika Ayam diibaratkan binatang yg tidak baik, mungkin menyebabkan si pemakannya memakan yg x baik.. Islam menjuruskan umatnta memakan benda yg halal lagi baik...

3 ulasan:

iDAN berkata...

Penyair Idanradzi kata: Ya Allah, makbulkanlah doaku!" Daripada Abu Hurairah, katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila kamu mendengar kokok ayam maka mohonlah kurnia kepada Allah kerana ayam itu (berkokok) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai maka berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana keldai itu melihat syaitan." (HR Muslim)...

Nah lihat bagaimana Islam amat menghargai jasa si Ayam sampaikan dibolehkan melihat Malaikat; ini tak dinafikan semasa arwah Abg Din dikebumikan; aku duduk sendiri di masjid sebelah pusaranya; Memang aku perasan ayam jantan ni macam kecuh amat; yg betina apa lagi; aku rasa tak sedap hati terus beredar dari masjid tersebut. Itu kelebihan ayam yg perlu kita ketahui.

iDAN berkata...

Alang Eynna kata: Hehe..alang teringat satu lagu tu, pasal ayam, Jalil Hamid yang menyanyi lagu tu.

iDAN berkata...

pulak tu Kak Mila & Azim tak setuju pendapat ayahnya .. sbb ayahnya kata mana ada hadis macam tu; agama kita tak hina ayam; Kak Mila kata itu ayat al-Quran... ayat al-Quran tak hina ayamlah... (malahan ayam dapat lihat Malaikat).. ayam tak pernah nak curi rezeki manusia.. malahan dalam al-Quran Islam menganjurkan kita berdoa bila ayam berkokok; (ayah masih mencari ayat yg menghina ayam ini).. jika benar ayam tu mematuk rezeki manusia mmg padanlah dia kita sembelih dan makan ayam (emm berdebatan tak sampai ke hati saja nak buka minda kita akibat skrip Indon ini)

Jika moral skripnya bagus itu hasil seni yg patut kita sanjung, masalahnya sy sering perhatikan banyak drama Indon terlalu memuja anak luar nikah; anak luar nikah ini mmg bersih suci malahan Islam menerimanya; Isunya jika dlm skrip mereka terlampau memuja anak luar nikah risikonya kut manjadi-jadi ramai kelahiran anak luar nikah ini.

Ada ketika pula skripnya macam memperbodoh-bodohkan penonton supaya ianya jadi panjang seolah-olah mengejar duit sbb nak jual drama tersebut; sbb satu episod bukan murah pihak penyiaran kena bayar; sedangkan pelakon tempatan sendiri tak ada ruang muncul di drama TV kita sehebat pun selama panjang tempoh mereka; tak ada keadilan begini; nak buat apa nak susukan kera di hutan (buruk bunyi ayat ni)... emm.