iDAN

08 Ogos 2012

Aziq & UTM Skudai

Bagiku seorang Pesara keluarga sepertiku hanya layak tinggal di Hotel Bajet sekitar RM200 untuk tinggal semalam ketika mahu hantar Aziq ke UTM Skudai 2 September nanti. Kami kemungkinan akan pergi berempat atau berlima. Maka perlukan bilik punyai paling tidak 2 katil kelamin. Isunya mana sempat nak bersantai; jika tiba dah lewat petang, awal pagi dah kena berkejar ke UTM. Mila sejarah bersiap untuk berjalan mahu ke malam jika aku tak desak segera.

2. Aku telah buat tinjauan melalui internet. Memang ada hotel yang 3 bintang menawarkan sekitar RM200 untuk bilik yang muat berempat. Siap sarapan tapi nampaknya telah penuh ditempah. Antaranya Hotel Selesa di JB.

3. Mila bercadang mahu bercuti sekali ke sana dan dia teringin menginap hotel atau resort yang agak selesa; ada kolam renang buat anak-anak mandi. Jika boleh dua hari bermalam. Cadangan yang menarik; bila aku buat tinjauan semalam sahaja kosnya menjadi seganda. Sekitar RM400 baru akan dapat hotel secantik Rina Balinese Resort; nampak macam Dua Bintang tapi cer semak kos semalam menginap di sini.

4. Jadi penyelesaiannya adalah Home Stay. Cer tenguk Home Stay ini yang menawarkan harga yang menarik siap dua hari dua malam. Aku telah telefon tapi penuh semuanya. http://homestayskudaiutm.blogspot.com

5. Hatta aku cubalah minta bantuan rakan di FB yang memang orang sekitar sana; dicadangkan aku menginap di sini biar pun aku katakan bajet kami tak sebanyak mana; Semalam untuk kami sekeluarga sekitar RM500 dan potongan dapatlah RM450: Alahai akhirnya aku buat keputusan kami hanya bawa khemah atau tidur di dalam caravan yang BARU aku buat tempahan pembelian. (Angin aku bila klik harga sewa yang ditawarkan rakan di FB ini) http://www.pulaisprings.com

4 ulasan:

iDAN berkata...

Penyair Idanradzi kata: ‎Imran Salleh dah jumpa eh di Skudai juga mmg tak mahu JB; kontak direct pada nyonya yg punya... malas kasi tahu nama hotelnya (janji kami boleh tidur) mmg dah tempah pun dapat 2 bilik satu bertiga satu lagi berdua; siap ada WiFi percuma mini teater jika nak tenguk wayang; harga patut... nampak dalam gambar mmg cantik boleh buat seminar pelbagai dewan seminarnya cantik sangat.

Penyair Idanradzi kata: Hotel Baru Skudai melalui online cuma RM110 satu bilik 2 katil kelamin; bila aku telefon direct ke hotel GILER sampai RM350 lebih 3 kali ganda; dia kata nak murah booking melalui internet. Apa sebenarnya yg tersirat di sebaliknya; hotelnya mmg nampak tak ada bintang pun, tenguk gambarnya di internet pun macam hotel RM65 Double Bed Room Standard yg aku selalu tidur; bila aku tanya tambah tilam berapa... RM60 - biar betul-betul

Penyair Idanradzi kata lagi: Salleh Abg mulanya dah tempah melalui online Hotel Baru Skudai ni; tapi rupanya ada agenda di belakangnya dah abg kontak direct ke Hotel dia beria-ia mahukan abg tempah online abg dah kata dah tempah tapi terkejut beruk naik 3 kali ganda (macamlah abg tak pernah tempah hotel bajet.. sampai kena samun dah syok sangat tidur hotel di KB Kelantan tahun lalu)

Me, Myself and I berkata...

As salam En Idan,
Dalam Kolej UTM sendiri ada Homestay..tp sy tak pasti. Cubalah contact pihak pengurusan UTM. Rasanya harga tidak lah mahal.

Me, Myself and I berkata...

http://www.utm.my/scholars-inn/about-2/

Tetamu Istimewa berkata...

Salam perkenalan, Tuan Idan. Saya ingin maklumkan akan puisi Tuan yang tersiar di Media Terkini edisi 1 Ogos 2012 berjudul Ego dan puisi di Harakah edisi terkini, jumaat. Sila dapatkan segera. Teruskan menulis.