AZIQ KINI DI UTM SEKUDAI.
Bila kita berjalan jauh sememangnya hati terkenang mahu berjumpa
kenalan yang berada di sekitar tempat kita singgah. Tapi buat kata orang
jodoh pertemuan di tangan Tuhan; tak mungkin kita dapat ketemu rakan
kita jika tak diizinkan. Ada saja halangan.
2. Jenaris ke
Skudai sekitar 300km. Jika kenderaan mewah pun jalan tak sesak tiga atau
empat jam pasti sampai. Lojiknya terpaksa berhenti sekali dua agar
tidak penat sangat. Kecualilah usia masih muda kesihatan okey &
kenderaan tak merisaukan.
3. Rata-rata orang biasa jika
berjalan jauh pastilah mahukan hotel bajet atau rumah penginapan yang
biasa, lainlah duit berkepok tak tahu nak guna & jarang berjalan
jauh nak hantar anak sambil melancong. Itu ceritera lain. Tapi memang
ada kalangan kita nama saja berjalan jauh tidur hotel nak juga paling
tidak hotel 3 bintang malahan mahu lebih mahal dari itu. Waduh penat
eh...
- bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan