Jade dikatakan dapat membantu seseorang untuk DAMAI, TENANG dan bijaksana.
Disebut sebagai batu dengan keseimbangan yang sangat baik, menolong seseorang untuk menyelaraskan fikiran dan tindakan serta mengatasi kekurangan praktisan cara berfikir.
Jade adalah intisari dari cinta, dihargai sebagai batu yang istimewa. Dipercayai bahwa beberapa rahsia kebajikan akan menyerap ke dalam tubuh.
Legenda mengatakan bahwa penjelajah Spanyol ke Amerika Tengah menggunakan khasiat dari Jade untuk mencegah serta menyembuhkan sakit pinggul dan ginjal.
Kegunaan lain bagi kesehatan ialah meningkatkan penyembuhan pada organ-organ vital.
Jade Hijau dapat meringankan gangguan pencernaan, membantu fungsi hati dan mengurangi kerosakan pada mata.
Jade Merah membantu memerangi penyakit kewanitaan, terutama pada organ kandungan.
Batu jade campuran asli ini diperolehi secara mistik. Pemakainya adalah untuk membaiki aura diri, kecantikan & KETAMPANAN.
Bagi masyarakat Cina batu ini dipercayai ada kuasa Feng Shui iaitu mempunyai kuasa Qi Positif yang baik bagi tubuh badan. Tubuh badan memerlukan keseimbangan.
Adalah dipercayai Jade ini berupaya memberi keseimbangan positif pada tubuh badan.
(Sejak aku balik dari Beijing; aku amat menyukai batu jade dan tercar-cari mana satu batu yang asli. Selalunya jade ini punyai harga yang berbeda-beda. Jika kita perhatikan di kedai emas; tak mampu kita beli semuanya sekitar RM1K lebih siap diikat dengan emas. Bentuk bulut pipis berlubang di tengah. Di Seramban akau jumpa satu kedai yang menjual jade ini dengan harga sekitar RM100 sahaja tapi diikut dengan perak. . Di kedai tuhan cina ada pelbagai pilihan. Tanpa diikat harganya sekitar RM50 benuk yang sama. Keaslian jade ini aku tak pasti tapi ada beberapa cara untuk mengujinya; salah satu dengan meletakkan/mengikat rapat benang atau rambut pada jade kemudian bakar; jika asli benang atau rambut tak akan terbakar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan