iDAN

13 September 2012

Aziq Kini di UTM Skudai Siri 5

Aku membayangkan di CarreFour ada banyak pilihan makan. Selalunya pasti ada medan selera untuk aku makan mee claypot atau pun juadah panas segera. Andaian aku sekadar kosong, di Taman Sutera ini aku perhatikan hanya ramai kaum cina; Aku berpecah dua sebab parkir penuh. Mila, Aziq & Anif turun di foyer hadapan untuk mencari medan makanan yang selesa. Aku dan Azim mencari parkir nun jauh di tepi gerai durian yang nampak melambai.

2. Di mana-mana CarreFour samalah suasananya ada banyak gerai di dalam kompleksnya. Nampak hanya barangan mewah & ada kedai elit. Ada KFC yang aku kira sesuai jika medan selera tidak menyelerakan. Mila kata memang ada medan selera di tingkat bawah bersebelahan parkir; tapi dia kata tak selera persekitarannya sebab kedudukan gerainya ala Muhibah. Terkenang aku di Kampar Perak; memang medan selera sebegitu. Aku suka dan tak berkira bab persekitaran janji ada hidangan makanan halal.

3. Setelah penat berlegar di gerai sekitar CarreFour akhirnya Mila dan anak-anak buat piihan untuk makan di KFC. Aku mengikut sahaja sebab mentari dah mula nak terbenam; aku biasalah setipa dua ke tiga jam pasti akan lapar. Di KFC aku lihat semua pekerjanya orang kita Melayu. Pelanggannya tak sampai 30% orang kita Melayu. Ada sekitar tiga keluarga Melayu sahaja.



4. Aku kembali ke hotel, aku lihat sekitar Taman Nusa Bestari ini memang ada banyak pusat membeli-belah yang menarik; Sekitar hotel yang kami sewa, semua ada KFC, McD, Pizza, Giant malahan ada kedai makanan siam nampak santai. Aku lepak kejap di tingkat dua bersama anak-anak. Kemudian solat di bilik aku sendirian di tingkat bawah. Mila lepas solat di bilik anak-anak terus lelap ke alam mimpi.

5. Setelah maghrib aku rehatkan badan mandi-manda segala. Aku klik TV ada banyak saluran termasuk siaran dari Singapura. Tak ada filem Hindi cuma filem Tamil. Bola tak putus siaran langsung. Sendirian di kamar macam duduk dalam gua. Nak guna telefon pun nampak baterinya kehabisan, tak bawa caj. Aku ambil kesempatan yang terluang untuk mundur mandir sekitar Taman Nusa Bestari.

6. Jangan tak masuk ke kedai barangan dapur di Bestmart. Memang banyak amat pinggang mangkuk jag teko pelbagai hiasan dapur yang jarang kita jumpa di tempat lain. Aku tak bawa duit banyak tapi sempatlah beli beberapa barang aluminium & tembikar dari cina. Barangan cina biarpun murah tapi seninya halus & berkualiti. Nasiblah aku tak jadi orang kaya jika tidak memang berkendunglah aku membeli-belah di Skudai.

7. Alahai tidur sendirian di bilik bak gua buat aku tidak lena. Biasalah orang sakit kronik; selang dua atau tiga jam pasti terjaga. Akhirnya sekitar jam 3:00 pagi aku nonton filem seram memujuk hati agar tidur lena.

2 ulasan:

My Life My World berkata...

Tahniah Aziq berjaya menjadi warga UTM ... nampak nyer selalu ler ke Johor lepas ni kan.

Tembikar cina tu sangat cantik :)

iDAN berkata...

memang teringin nak ke sana sbb rindukan anak isunya amat jauh & kos ke sana pastinya tinggi tak larat nak balik hari...

sy mmg suka tembikar cina tapi mahal belaka kalau jumpa yang murah sy beli...