Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Sahabaku Helmi:
Ustaz Mohd Adid Ab
Rahman ini asalnya saya kenali ketika saya aktif menulis di laman sesawang
melayu.com; tak pasti apa yang terjadi dengan lama web ini. Ketika itu
saya sibuk dengan kerjaya saya maka terpisah terus dengan dunia penulisan
puisi; ketika itu tahun 90an saya banyak menulis blog di easyjournal tapi
server ini tetiba hilang, hampir semua tulisan saya di sana hilang. Ada
sebahagian sahaja tulisan saya sempat saya salin ke blogspot.
Saya
sering berhubung dengan Ustaz Mohd Adid Ab Rahman setelah saya buka akaun
di FB kira-kira 3 tahun lalu; sejak ada akaun FB kami hanya berhubung di
FB. E-mel dia saya tak pasti. Cer cuba e-mel yang ini apakah boleh kita
hantar melalui yahoo mohd.rahman.16@facebook.com hanya itu e-mel yang dia sertakan di maklumatnya.
Kekuatan
menulis bagi kita mmg bila kita sering berhubungan dengan rakan
penulis. Mengikut kata rakan penulis memang editor BH telah bertukar sejak 3
tahun lalu. Beliau BUKAN golongan penyair. Saya pernah baca artikel yang
beliau tulis; egonya memang tinggi. Beliau mahukan puisi MUDAH sampaikan
beliau sering tolak tulisan dari kalangan penulis yang ada PhD dalam
dunia kesasteraan sebab bukan puisi mudah. Saya ni lagilah tak ada apa jua sijil nak dimajukan.
Tapi puisi mudah yang terbit tetap saya lihat puisi sukar kita nak
fahami memang penulis yang sama berligar. Saya anggap dia ada citarasa
sendiri & kroninya. (Bukan menuduh)
Editor begini boleh membunuh impian penulis
jadi jangan kacaukan sangat jiwa penyair tu; tak salah kita menulis di
akhbar PR atau BN dalam satu masa; bagi saya golongan penyair sebaiknya
neutral dalam berpolitik. Dalam penulisan jua macam itu sebaiknya jangan
memihak
mana-mana parti politik. Undi itu rahsia tugas kita menulis tegur siapa
jua asalkan kita ada visi dan keikhlasan menulis.
Editor (BH)
begini bagi saya akan berhutang waktu/masa dengan kita. Harapan/Ilham kita
sering dicantas; saya tak pernah terlepas beli akhbar MM dah BH setiap
hari minggu sebab ada ruang sastera yang saya minati. Tak dinafikan rasa
terkilan itu ujud sebab karya kita dibakulsampahkan. BH atau Berita
Minggu dulunya masih berhutang sekitar 10 buah puisi yang tidak
berbayar; ceknya mereka kasi salinan tapi tak sampai ke tangan saya sebab
silap alamat; semua itu semasa editor 3 tahun lalu. Beliau Editor yang
ikhlas kata rakan saya dia seorang penyair macam kita. Beliau menjalankan
kerja cuma org kelilingnya tak prihatin dan terleka dalam tugasan.
Seharusnya bila cek tak ditunaikan pastilah mereka perasan & mencari
mana silapnya. Sedangkan bagi penyair macam kita bukanlah honorarium
itu utama tapi penerimaan & tersiarnya karya kita
itu lebih memberi makna.
Ish takkanlah 3 tahun kita menulis
untuk BH tu tak satu pun sesuai buat editornya. Pelik. Jangan putus asa.
Teruskan menghantar karya ke BH nanti Editor BH akan muflis di sana sebab
mencantas terus impian & harapan kita mahu bersuara dalam puisi.
iDAN
Nota kecil:
Kerja kita sebagai Penyair teruslah menulis; jika ada Editor tak dapat terima jangan putus asa kebarangkalian puisi kita tak sesuai untuk akhbar atau majalah mereka. Teruskan menghantar karya. Jika terkandas di dunia media arus perdana; ada wadah lebuh terbuka; di alam maya ada blog atau Muka Buku. Pilihlah mana satu agar dunia sastera kita tetap meriah. Biar masyarakat menilai tulisan kita.
2 ulasan:
Terima kasih atas titipan semangat. Seharusnya kerja menulis itu perlukan semangat yang tinggi.
Setelah diri memilih bidang penulisan jangan berhenti menulis & sering berhubung dan bergaul dengan mereka yang giat menulis insya-Allah semangat menulis itu akan tetap semarak.
Catat Ulasan