Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

18 Oktober 2012

Minyak Kelapa Sawit - asid oleik

Minda
Bersama Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May
choo@mpob.gov.my

AUSTRALIA bercadang meluluskan undang-undang untuk melabel produk makanan yang mengandungi minyak sawit secara mandatori dengan mengaitkan minyak sawit dengan isu penebangan hutan dan kesan asid lemak tepu terhadap penyakit jantung koronari.

Misi lawatan ke Australia yang diketuai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi baru-baru ini, diadakan untuk menangani isu ini. Bagi isu kesan lemak tepu, perkembangan terkini mengenai lemak tepu dan kebaikan nutrisi minyak sawit dikongsi melalui dialog dan mesyuarat dengan pihak berkaitan di Australia.

Minyak sawit adalah salah satu daripada 17 minyak dan lemak utama dalam pasaran dunia. Tidak seperti minyak lain, minyak sawit unik kerana ia mengandungi jumlah asid lemak tidak tepu (terutamanya asid oleik) dan tepu (terutamanya asid palmitik) yang setara.

Minyak sawit tidak memerlukan proses penghidrogenan dalam aplikasi makanan. Oleh itu, ia dapat menghindarkan masalah pembentukan asid lemak trans yang sudah pasti memudaratkan kesihatan.

Pelbagai kajian pemakanan manusia, termasuk kajian dijalankan di Universiti Sydney, membandingkan kesan pemakanan minyak sawit olein dan minyak zaitun (kedua-duanya mengandungi asid oleik yang tinggi) membuktikan bahawa minyak sawit olein dan minyak zaitun mempunyai kesan baik yang sama terhadap paras kolesterol di dalam darah.

Secara faktanya, komposisi asid lemak (yang menentukan sama ada sesuatu minyak atau lemak adalah tepu, mono-tak-tepu atau politak tepu) tidak dapat memberi gambaran keseluruhan dengan jelas.

Kedudukan asid lemak pada trigliserida (TAG) adalah lebih penting. Kajian penyelidikan terkini termasuk kajian dilakukan MPOB menunjukkan asid lemak tepu berantai panjang yang berada di posisi 1 dan 3 akan dikumuhkan dan hanya asid lemak yang berada di posisi kedua (sn-2) diserap serta-merta ke dalam plasma darah.

Posisi kedua pada TAG minyak sawit ialah asid oleik yang mana ianya serupa dengan minyak zaitun. Oleh itu, minyak sawit adalah serupa dengan minyak zaitun dan minyak lain yang kaya dengan kandungan asid oleik dan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.

Laporan terkini Joint WHO/FAO Expert Consultation of Fats and Fatty Acids yang diterbitkan dalam Human Nutrition (2011) mengakui bahawa kesan peningkatan jumlah kolesterol dan LDL-C daripada pemakanan minyak sayuran adalah lebih rendah berbanding lemak haiwan disebabkan oleh asid lemak di kedudukan sn-2.

Walaupun terdapat syor dicadangkan pelbagai pihak berkuasa kesihatan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk mengehadkan pengambilan lemak tepu sebagai satu cara untuk mengawal risiko CHD, kontroversi masih wujud terhadap kesahihan syor berkenaan.

Pelbagai faktor menunjukkan bahawa lemak tepu berasaskan minyak sayuran bukan punca penyakit jantung berbanding lemak tepu berasaskan haiwan. Bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan harus dijalankan untuk memperjelaskan fungsi lemak tepu adalah bergantung kepada sumber lemak berkenaan (sayuran atau haiwan).

Mesej yang disampaikan di sini ialah minyak sawit adalah minyak sayuran yang penuh berkhasiat tanpa asid lemak trans (yang merupakan ancaman terhadap kesihatan yang sudah dikenal pasti), yang tidak diubahsuai secara genetik, mengandungi asid lemak penting dan kaya dengan asid oleik.

Ia juga adalah sumber fitonutrien yang baik termasuk tokotrienol, yang mempunyai kestabilan pengoksidaan dan sifat-sifat fungsional yang baik.

iDAN: Banyak Artikel yang saya kaji malahan Doktor Pakar Pemakanan saya juga menasihatkan agar jangan minum selalu Teh Tarik sebab susu pekatnya dibuat dari kelapa sawit yang sukar dicairkan oleh insulin. Artikel di atas perlu penelitian sebab yang menulis adalah staf MPOB yang tentunya sentiasa meuar-uarkan kebaikan kelapa sawit.

Tiada ulasan: