iDAN

28 November 2012

Karya iDAN

2012 hampir ke penghujungnya. esok akan berakhir bulan November dan masuk bulan terakhir. 26 Januari akan bertambahlah usiaku makin dekat ke ambang Warga Emas.

2. Tahun 2012 ini nampaknya telah menghasilkan satu perkembangan yang baik sebab impian aku sejak kecil mahu menjadi Penyair nampaknya kian memutik. Ada sekitar 30 buah puisiku terbit di media tempatan. Biarpun cuma satu di Mingguan Malaysia; akhbar arus perdana tapi akhbar tabloid yang terbit cuma seminggu atau dua minggu sekali banyak memberikan aku ihsan ruang untuk berkarya.

3. Terima kasih kepada Dewan Sastera, Mingguan Warta Perdana, Media Terkini, Harian Metro, Harakah & Suara Keadilan di atas penilaian yang ikhlas serta sudi menerbitkan karya saya. Saya berharap akhbar & majalah lain yang sering saya menghantar karya tetapi tidak pernah/sesuai diterbitkan agar nanti ada ruang buat saya bersuara melalui penulisan.

4. Sebenarnya jika ada umur yang panjang aku memang punyai impian mahu meninggalkan 1001 karya terutama berbentuk puisi buat peninggalan untuk anak-anak serta mereka yang meminati dunia sastera. Rasanya jika dikumpulkan tulisan di dalam blog impian ini memang telah pun 50% terlaksana. Cuma jika boleh aku mahu hasil seni atau puisi yang bernilai dapat menjadi renungan bersama.

5. Selagi ada ilham & aku tidak nyayuk memang aku akan terus giat menulis. Agar nanti ada sesuatu yang boleh dinilai sebagai hasil seni sastera nan murni buat wadah mereka yang meminati sastera.






2 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Tahniah, Tuan Idanradzi. Moga terus prolifik. Walau di mana sekalipun karya itu tersiar. Biarlah karya itu hidup dan membuktikan bahawa wadah bukanlah perkara penting sebaliknya nilai yang dibawakan oleh puisi itu melebihi segala-galanya.

Ayuh ke blog saya untuk membaca kisah Ustaz Mohd Adid. Walaupun saya kira Tuan Idan lebih mengetahuinya daripada saya.-Sekadar perkongsian.

iDAN berkata...

Sy pernah menjayakan Ratib 1000 Syair dan mendapat sijil The Malaysia Book of Records. tapi sedih amat Gapena lupakan puisi sy yang sebuah itu. Penatlah sy belek Antologi Ratib 1000 Syair itu. Tak ujud puisi sy entah dicicir ke mana. Sy juga telah e-mel Gapena bertanyakan tentang puisi yang saya mendapat Sijil itu tetapi tak ada jawapan.

Nasib penyair picisan seperti sy sememangnya begitulah. Teringat masa giliran sy perlu membaca puisi itu sekitar 5:00 ke 6:00 pagi; tak siapa mahu temankan sy. Bila ajak Mila pergi bersama.

"Orang ratib bertasbih nama Allah bukan ratib dengan syair!" jawapan tu tak pernah membunuh azam sy; Mila tak mahu temankan sy memandu seorang di dini hari tersebut menuju ke rumah Gapena. Sy tetap naik ke pentas. Alahai boleh dibilang dengan jari mereka yang masih mendengar; malahan di depan sy ada peserta tertidur lena di bangku. Dengar puisi sy dalam mimpi.