Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat  Tanpa mengetahuan maksud/makna bacaan dalam solat amat sukar kita nak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.
Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah
 Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah
 sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang 
mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku
 bukan dari golongan orang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, ibadatku, 
hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu
 bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan
 aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan
 nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi 
Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang
 menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya 
kepada Engkau kami mohon pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, 
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. 
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya. 
Bacaan ketika iktidal 
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian. 
Bacaan ketika sujud 
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. 
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya
 Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, 
angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah 
daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala
 penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera 
atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera 
ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi 
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya 
Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas 
Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala
 penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera 
atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera 
ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi 
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya 
Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas 
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke 
atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan 
atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas 
keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji 
lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah 
aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. 
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau 
sejahterakan. 
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau 
pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan 
padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau 
tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
 sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak 
mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya 
Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala 
macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku minta 
ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi 
yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam 
Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan