Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

19 Februari 2013

PRU ke-13 diramal Mac Ini

 


Ramai meramalkan Pilihan Raya Umum  (PRU) ke-13 akan diadakan pada cuti sekolah Mac ini. Parlimen akan dibuburkan bila-bila masa lagi. Ramalan yang sering diuar-uarkan ialah pada  22.2.2013 Parlimen dibubarkan. Penamaan calun dijangkakan pada 16.3.2013. Pengundian pula akan dibuat pada 30.3.2013. Tarikh pengundian ini bertepatan dengan cuti persekolahan. Tentunya Perdana Menteri mengambil kira semua ini bagi memudahkan SPR membuat persedian sebelum pengundian. Buat masa ini semua cuti rehat PDRM telah dibekukan.

DS Anwar pula menjangka pada April nanti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti membubarkan Parlimen pada 28 April dan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Jika 60 hari akan jatuh pada Mei; takkanlah dipilih pada 13 Mei... Emm mengundi pada 11 Mei lepas tu 13 Mei meraikan kemenangan & bergaduh lagi. Macam menakutkan rakyat.

2. Tak lama lagi seluruh negara akan dibanjiri oleh poster pilihan raya. Tempoh berkempen masih samar berapa lama; Bersih mahukan selama 21 hari sedangkan yang selalunya hanya sekitar 10 hari. Jika hanya 10 hari bermakna berkempen akan diwartakan pada sekitar  13 Mac jika pilihan raya pada 23 Mac. Selalunya akan mengambil masa musim cuti sekolah; maka diramalkan sekitar penghujung Mac sebab mula cuti sekolah ialah 23 Mac 2013.

3. Seandainya Pilihan Raya ketika aku tidak berada di negara pada 23 Mac ini hatta terkuranglah undian paling tidak dua undi aku & isteri. Kami telah lama merancang melancong ke luar negara pada 23 hingga 26 Mac ini. Jika mengundi pada 30 Mac 2013 maka cantik amat.

4. Selamat memilih calon pilihan anda. Pilihlah siapa jua yang anda sokong sebab kita hidup di negara yang demokrasi. Jangan sesekali jadikan Pilihan Raya ini satu pengundian yang kotor. Agar keputusan yang dicapai nanti tidak menjadi desas-desus ketidakpuasan hati pengundi. SPR perlu berlaku adil lagi saksama.

5. Kita telah lama hidup di negara yang merdeka maka jadilah warga merdeka yang bijaksana. Selamat Mengundi ucapan ikhlas dari Penyair iDANRADZi.

Tiada ulasan: