iDAN

30 Mac 2013

Layanan Pejabat Pos

 
 Semalam tunggu sekitar 45 minit tapi terlajak LIMA minit saja; Urusan ASB hanya boleh dilakukan tepat 5:00 petang; Angka giliran saya terbit 5:05 petang urusan tak dapat diteruskan; itulah Pejabat Pos Malaysia... Patutnya asingkan nombor giliran ASB... (semua dilamsam satu nombor: PELBAGAI) jika masa berbaki 45 minit urusan tak boleh diteruskan janganlah kasi nombor giliran untuk ASB (saya sampai sekitar 4:15 petang); Pej Pos tutup jam 6:00 petang. Hentikan keluaran angka giliran sejak 4:00 petang atau lebih awal dari itu sepatutnya... Kan bagus begitu: 45 minit macam-macam boleh dimanfaatkan hidup saya mmg tak lama mana lagi... tapi terbuang sebab sistem manusia buat tak jelas! bertindih, mabuk, & tak adil... menyampah amat.

2. Boleh ke staf tu kata kami tadi panggil pelanggan yang nak berurusan dengan ASB; tadi tu bila sejam tadikah... atau 45 minit tadikah... sy tak dengar pun panggilan tu atau panggilan berbisik-bisik sesama pelanggan?!.

3. Bermakna jika mahu berurusan dengan Pejabat Pos fasal ASB ni kena sejam dua jam awal dari saat terakhir 5:00 petang yang ditentukan; sejam sebelum 5:00 petang mmg tak pasti akan selesai. GILER meraban.. Xsen betul mentang-mentanglah orang ramai awak aniaya saya iyer! (kata hati marahku; hakikatnya aku buat TAK kisah saja)


Respon Menarik di FB:


4 ulasan:

Cetusan berkata...

Sah blog ini tak masuk dlm utusan hee kuat kritik..banggga woo jika ada sisipa dlm U.m

Tanpa Nama berkata...

Hari sabtu bleh buat pngeluaran asb ke

iDAN berkata...

Sy pun jarang keluar duit asb pada hari Sabtu mungkin rakan lain yang pernah keluar duit pada hari Sabtu atau Ahad boleh beri pencerahan...

Terbaik usahakanlah pada hari Senin hingga Jumaat

ezuddin berkata...

kan bagus kalau duit asb bole keluar di ATM. tp mcm idea sengal plak ni. haha