iDAN

28 Mei 2013

Harga Kereta Perlu Diturunkan

BIRO PENGADUAN AWAM Surat Tanpa Setem
Biro Pengaduan Awam
Jabatan Perdana Menteri,
Peti Surat 9000,
Kuala Lumpur.

JABATAN PERDANA MENTERI
ARAS 6, BLOK B1, KOMPLEKS JPM
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62502 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8000 8000
No. Faks : 03-8888 7778 / 8888 3748
Portal : www.pcb.gov.my

Ruj. Kami: BPA.600-2/1/7/112208

Tarikh: 27/05/2013

Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Unit Komunikasi Korporat
Blok 10, Kompleks Pejabat Kerajaan,
Jalan Duta,
50622 Kuala Lumpur.
(u.p.: Puan Farzliana Abdul Ghaffar)

Puan,

KES A138818: KERAJAAN PERLU SEGERA TURUNKAN HARGA KERETA

Saya dengan hormatnya menarik perhatian puan berhubung cadangan yang diterima daripada Haridan Bin Mohd Rodzi, 590126-08-5955 (Tel: 03 8737 1884 )seperti berikut:

Pengadu memiliki kereta Toyota Avanza 1.3 Automatik yang digunakan oleh isterinya. Pengadu kerap menyelenggara di wakil Toyota Wing Hin Automobile Sdn Bhd Lot 963, Jalan
Balakong Selangor. Pengadu kurang berpuas hati dengan perkhidmatan selepas jualan Toyota yang mengenakan caj yang tinggi atas perkhidmatan yang diberikan selain harga barang ganti yang mahal. Pengadu mengatakan keretanya menghadapi masalah pada gear boxnya memerlukan hampir RM20 ribu untuk penggantian yang baginya adalah amat mahal. Beliau mendakwa ia disebabkan cukai yang amat tinggi dikenakan oleh kerajaan terhadap barang ganti kenderaan dari luar negara. Pengadu mencadangkan agar kerajaan perlu segera menurunkan harga kereta agar rakyat dapat menikmati harga kereta yang lebih rendah daripada yang ada sekarang.

2. Sehubungan itu, sukacita dipohon kerjasama tuan untuk mengambil maklum dan tindakan
sewajarnya terhadap perkara ini. Selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
Bilangan 1 Tahun 2009, kerjasama tuan juga dipohon untuk mengemukakan status tindakan
atau pemakluman terus kepada pengadu dan disalinkan kepada Biro Pengaduan Awam
dalam tempoh 5 hari bekerja iaitu sebelum atau pada 3.6.2013/ Isnin.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
(MOHD NAZRI BIN ISMAIL)

b.p. Ketua Pengarah
Biro Pengaduan Awam
Jabatan Perdana Menteri.
Tel : 03-88725662
E-mel : nazri@pcb.gov.my

Bila menjawab sebutkan rujukan kami
Surat cetakan komputer tidak memerlukan tandatangan.

s.k.
Encik Haridan Bin Mohd Rodzi
65 Jalan Jenaris 3
Desa Sri Jenaris
Sungai Kantan
43000 Kajang
SELANGOR DARUL EHSAN.
(e-mel: idanradzi@yahoo.com)

Bila menjawab sebutkan rujukan kami: Surat cetakan komputer tidak memerlukan tandatangan.

iDAN:

Kemakmuran negara seharusnya dapat kita kecapi bersama. jangan ada pihak menangguk di air keruh kerana semua warganegara Malaysia terpaksa memiliki kenderaan sendiri akibat masalah pengangkutan awam yang tak usai.

Sepanjang tempoh 8 tahun kami sentiasa buat servis di Pusat Servis Toyota Wing Hin Automobile Sdn Bhd Lot 963, Jalan Balakong Selangor. Pelbagai masalah yang kami tanggung biarpun kami buat aduan tetapi ianya tak dilayan akibat perniagaan mereka yang terus maju, tanpa kami sebagai pelanggan mereka tak menjadi hal buat mereka membesarkan perniagaan.

Kebarangkalian sekitar 50% lebih kenderaan milik syarikat sentiasa berurusan dengan Pusat Servis Toyota yang tak pernah berkira bab bayaran/kos sebab dapat dilepaskan Cukai Pendapatan oleh kerajaan dalam potongan pengurusan syarikat. Bila pemilik persendirian berurusan dengan Pusat Servis Toyota ini pastinya menerima akibat kos yang mahal. Di luar Pusat Servis Toyota tentunya amat sukar mendapat khidmat senggara yang bertepatan dengan piawaian Toyota. Seperti masalah terbaru yang kami alami; bila pertama kali menukar minyak gear box auto Avanza kami ianya disalahkan minyak tersebut menjadi punca gear box kereta Avanza kami rosak.



E-mel saya kepada JPM &  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh;

Tuan

Limpahan Terima kasih di atas  perhatian pihak tuan kes aduan yang saya kemukakan. Untuk maklumat tuan masalah senggaraan kenderaan di negara kita nampaknya perlulah sentiasa dipantau oleh pihak kerajaan agar pengguna tidak menjadi mangsa.

2. Apa yang berlaku di Pusat Servis Toyota telah lama berlaku tanpa pihak berwajib memantau. Maka itu dalam tinjauan saya tak sampai 50% mereka yang membeli kereta Toyota akan membuat servis di Pusat Servis Toyota setelah habis gerenti sebab cas yang MAHAL.

3. Isu yang rakyat kena tanggung bengkel di luar sentiasa menjadi kemelut pemilik kereta berurusan. Selalunya jika tak kenal dengan pomen di bengkel luar sering berlaku penipuan & khidmat yang tak sesempurna mana. Seperti kereta Toyota banyak menggunakan alat radas komputer yang ada ketikanya bila kita membaiki kereta di luar terpaksa merujuk kepada pihak Toyota untuk masalah sistem sensor komputer ini. Tak ramai kaum Melayu kita mampu membeli alatan radas berkomputer ini; ianya menjadi borongan kaum Cina tentunya.

4. Pengguna menjadi pening kepala seperti kes kami; hampir seminggu kami mahu mencari bengkel luar yang diyakini mahir dalam masalah gear box Toyota ini. Sedih sangat harga kereta yang terlalu mahal; hutang tak habis satu demi satu alat ganti terpaksa ditukar. Berhutang selama 9 tahun untuk kereta yang mahal harganya ini adalah satu perkara amat ANEH jika kita bandingkan negara luar yang telah maju. Setahu saya mereka sekitar setahun dua dah langsai hutang kereta.

Terima kasih sekali lagi; agar masalah kenderaan persendirian ini akan menjadi isu yang segera diladeni.

Wasallam

Tiada ulasan: