iDAN

15 Ogos 2013

Editor Sastera Media Massa

Saya merasakan ada sesuatu yang tak kena atau telus di BH pun beberapa media massa arus perdana seperti yang lain.

Bukan kerana karya saya terus digam di BH sampai masuk tahun keempat tetapi. Tetapi sikap  Editornya begitu tidak telus & prihatin malahan berbangga menolak karya menulis mapan membuatkan hati saya terusik. Bagaimana Penulis Picisan mahu mengembangkan bakat mereka jika karya Penulis Mapan pun diketepikan atas alasan tak sesuai tidak memaparkan isu semasa.

Bagi saya setiap penulis@penyair ada hak untuk berkarya, takkan sampai bertahun-tahun menghantar karya tak satu pun diterima oleh editor. Berilah penulis yang ingin rapat dengan sastera bersuara. Dalam agama kita Islam semua doa manusia sentiasa didengar Allah SWT & agama menggalakkan kita berdoa dengan penuh ikhlas & yakin. Jika sampai mati pun doa kita tidak dimakbulkan pastinya umat manusia akan mengatakan Allah SWT itu amat kejam. Sayangnya ada editor yang berlaku KEJAM mengatasi kekejaman yang tak pernah dimilik olah Allah SWT malahan umat manusia yang lain.

Dalam aduan saya .. saya teringin melihat ada ruangan untuk Sasterawan Negara (SN) melahirkan ilham/tulisan/karya mereka seperti yang dilakukan oleh Majalah Dewan Sastera. TIDAK memandang kepada pegangan Politik SN tersebut. Politik seharusnya diketepikan jika kita sayangkan sastera Melayu. Duit keuntungan adalah mainan dunia. Sastera yang baik dapat membentuk jiwa manusia ini halus & seni.

Agar tidak ada pihak memandang ini  Aduan saya ini berunsur ugutan atau kepentingan peribadi. Saya mahu melihat Sastera Melayu Tanah Air berkembang dengan baik.

iDAN


Ruj. Kami: BPA.600-2/3/115000
Tarikh: 06/08/2013

Sidang Pengarang
Suara Komuniti Berita Harian
31 Jalan Riong
59100 KUALA LUMPUR

Tuan/Puan,

KES A141698: MEDIA MASSA TERUNTUK EDITOR SASTERA BERITA HARIAN PUAN SALBIAH ANI

Saya dengan hormatnya menarik perhatian tuan/puan berhubung aduan yang diterima daripada Encik Haridan Bin Mohd Rodzi, yang boleh dihubungi melalui talian 03 - 87371884 mendakwa perkara di atas seperti di lampiran.

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dipanjangkan aduan berkenaan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan sewajarnya. Kerjasama tuan dipohon untuk mengemukakan maklumbalas berkaitan perkara tersebut terus kepada pengadu melalui emel beliau idanradzi@yahoo.com dan sesalinan kepada BPA untuk tujuan rekod.

3. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

(ROSINAH BINTI KATAN)b.p. Ketua Pengarah
Biro Pengaduan Awam
Jabatan Perdana Menteri

s.k.

Encik Haridan Bin Mohd Rodzi
65 Jalan Jenaris 3
Desa Sri Jenaris
Sungai Kantan
43000 Kajang
SELANGOR DARUL EHSAN
(emel : idanradzi@yahoo.com )
iDAN
http://idanradzi.blogspot.com/
 
 
 
 
"3. Sebagai contoh jawapan beliau ketika diajukan sampai bila beliau mahu bersikap 'Kronisme' terhadap penggiat Sastera Melayu Tanah Air. Cer lihat jawapan beliau yang berulang kali dalam banyak Seminar dan Diskusi Sastera dan Media baru-baru ini. Dengan ego beliau menjawab.

"Editor Sastera, Berita Harian, Salbiah Ani, ketika diminta mengulas pemilihan karya bagi terbitan dalam Berita Harian dan Berita Minggu menjelaskan baik pengarang berjenama mahupun pendatang baru diberi peluang kerana penekanan adalah kepada mesej bukan pada status.

Terus terang saya katakan bukan status penulis yang mempengaruhi pemilihan karya untuk terbitan dalam Berita Harian dan Berita Minggu. Karya penulis berjenama seperti Dr Fatimah Busu juga pernah saya tolak. Saya juga tidak mengamalkan kronisme. Silap jika penulis baru mengatakan mereka tidak diberi peluang,? katanya. (Dari Petikan Akhbar BH)

4. "Karya penulis berjenama seperti Dr Fatimah Busu juga pernah saya tolak."   Ayat/jawapan ini menampakkan keegoan beliau terhadap Penulis Mapan apatah lagi Penulis Picisan yang lain. Sebagai bukti yang nyata sejak saya sakit kronik terpaksa bersara dan menjadi Penyair Sepenuh Masa; setiap minggu saya terusan menghantar karya puisi ke meja beliau sejak lebih dari 4 (empat) tahun lalu hingga kini; tak satu pun karya saya terpilih untuk disiarkan. Yang menjadi tanda tanya bila telah setahun lebih karya tersebut tersimpan di meja beliau; saya tarik hak penerbitan dan menghantar ke penerbitan yang lain; ianya diterima dengan baik malahan Majalah Dewan Sastera (DS) juga dapat menerima serta menerbitkan karya saya yang dihantar ke editor BH ini."

5. Saya tidak pernah mahu memusuhi beliau dan BH tetapi jika kita perhatikan karya Sasterawan Negara pun tak ada "ruangan khas" di BH ini apatah lagi ruangan untuk Penulis Picisan. Sebaiknya bidang sastera ini mendapat tempat di hati semua masyarakat atas sokongan semua Media Massa Arus Perdana. Berilah ruangan khas untuk Penulis Mapan (tak mestinya di hari minggu) pun sediakan jua ruangan penulis pelapis mendapat tempat. Puan Salbiah Ani tidak baik berbangga menolak karya Puan Fatimah Busu pengarang yang saya hormati; jika ianya memang karya tidak sesuai tak perlulah diuar-uarkan. Ini mengaibkan kerja seni Puan Fatimah Busu. Status beliau sebagai penilai sastera Tanah Air atau Editor Sastera sebaiknya pihak BH elok kaji semula.  

iDAN:

Jika saya menjadi Dr Fatimah Busu pasti rasa terhina & dipinggirkan SEOLAH-OLAH seorang yang memiliki PhD tak pandai bersuara di media arus perdana yang dinobatkan buat BH.

Tiada ulasan: