2. Selalunya jika aku menemai Mila menyambut pelajar baru di Akademi Perladangan Sime Darby Asahan; pasti aku akan ambil peluang menjejaki lambaian Puteri Gunung Ledang.
3. Pelatih di akademi ini pun tidak dibenarkan ke jeram ini sebab katanya ramai orang mati terjatuh dari gaung. Bila aku google banyak amat kisah misteri di jeram ini; tapi aku memang amat tertarik dengan suasana damai; sunyi; seram & terasing ini.
Cendawan di Jeram Asahan
4. Rupanya di sekitar jeram ini ada kubur Orang Asal yang sering berbau setanggi atau kemenyan; padanlah ketika aku berdua sahaja dengan Azim terasa bagaikan ada orang memerhati & sentiasa terdengar bunyi yang aneh-aneh dari celahan semak; Ikan di sini amat cantik sesekali akan datang burung rimba yang tak pernah aku lihat hinggap memerhati kami berdua... cantik sangat.
5. Pada tepat tengah hari; aku dikejutkan bunyi deruan angin yang amat keras & aneh; bagai bunyi hujan jatuh ke daun. Petanda nak hujan tapi langit cerah; ketika itu aku memang tengah leka melihat Azim memancing ikan tak MAHU makan. Ikannya dari yang kecil & yang besar banyak amat datang sekitar tempat kami bersantai di tengah rimba jauh dari parkir. Kami panjat batu sekitar 100 meter lebih ... masih banyak tempat menarik sebab air jerjun memang kering amat; hanya lopak & takungan yang amat cantik & jernih airnya.
6. Aku terpaksa bergegas pulang sebab aku tahu masa mentari tepat di kepala memang segala puaka & keramat amat aktif. Dari deruan angin & geseran dedaun pokok flora pun dapat kubayangkan memang jeram ini ramai penunggunya/penjaganya.
Respon:
Hannaa Kanty, Anida Abu Kassim, Atina Adina dan 11 yang lain suka ini Sha Shera Arora Sunshine Atina Adina Liza Fawwaz Kha C'anaKz RAmsaTina Syawal Delia Lianawati Hannaa Kanty Nozie Zeyla Noor Abdul Jalil Mya Amira
DeejayNiza Aurafm
Paridah Jailan:
Usah disapa Sang Puteri sendiri gunung itu melayan sepi dara misteri..... salam syawal
- Idan Radzi tak sempat mahu berendam dek santainya cuma sekejap... sbb aku akan pulang awal meninggalkan taman indahmu Sang Puteri Gunung Ledang
- Idan Radzi amat mengejutkan ada suara aneh menegur aku di jeram yang sepi asahan... ikan hiasan milik sang puteri amat cantik... tak mahu makan umpan... akhirnya hanya sepasang dihadiahkan untuk aku bawa pulang... air mengalir hanya beberapa titis dari lopak & takungan celahan batu...
- Idan Radzi ramai bilang jeram ini berpuaka/ada keramat sebab itulah memang tak ada pengunjung... tetapi aku lihat kesan orang berkhemah tetap ada... mungkin pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) saja yg rajin buat khemah di sini...
- Rosli Abdul Aziz Pernah pergi ke Sagil, kawasan airterjun di kaki G. Ledang. Anak-anak ikan datang menggigit kaki.....dan bulu roma. Geli!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan