| Tanpa kita sedar sering kita hadapi rumah tangga yang bergolak. Ada ketika isteri benci amat suami begitu juga suami benci kepada isteri. Ini memang mainan syaitan yang tak pernah suka melihat umat manusia hidup dalam rukun & damai. | |
Banyakkan bersabar & mintalah pertolongan Allah SWT agar kita sentiasa dilindungi oleh perbuatan sihir yang boleh meisahkan kita dari pasangan yang kita cintai Soalan :
Salam
 Tuan Haji Lokman. Nama saya Puan Tina dan saya baharu berkahwin selama 
dua tahun.  Kami belum lagi mempunyai cahaya mata. Sejak kebelakangan 
ini suami saya selalu bersikap dingin terhadap saya, perlakuan dia 
sangat berubah dan kami selalu bertengkar atas perkara-perkara yang 
remeh temeh.  Saya mengesyaki suami saya ada hubungan dengan perempuan 
lain dan ramai sahabat saya memberitahu kami mungkin dikenakan sihir 
pemisah.  Harap Tuan Haji dapat menjelaskan berkenaan sihir pemisah dan 
ayat-ayat yang boleh saya amalkan untuk mengatasi masalah ini.  Terima 
kasih. 
Jawapan :
Dari
 Jabir r.a. berkata: Rasulullullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Iblis 
meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. 
Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan 
godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata, “Aku telah 
melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis, “Kamu tidak 
melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata, “Aku tidak
 meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan 
isterinya”, Iblis berkata, “Ya, kamulah (yang betul hebat)”. - RiwayatMuslim 
Hadis
 ini menjelaskan bahawa iblis dan bala tenteranya menjadikan pasangan 
suami isteri sebagai sasaran utama misi mereka untuk memecah belahkan 
anak cucu adam. Menjadi kebanggaan kepada mereka sekiranya terjadi 
pergaduhan dan penceraian antara setiap pasangan yang berumah tangga. 
Merujuk
 kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 
2009 sebanyak 27,116 kes perceraian telah dicatatkan  daripada sejumlah 
135,136 perkahwinan didaftarkan pada tahun yang sama. Meskipun ianya 
bukanlah jumlah dominan jika dibandingkan dengan kadar perkahwinan, 
namun ia masih wajar untuk digusarkan. 
Sekadar
 mengintai-ngintai statistik kadar penceraian mengikut negeri pada tahun
 2008, Selangor mendahului dengan rekod kes sebanyak 3,558, diikuti oleh
 Kedah 2,407, Johor 2,329, Kelantan 2,266 dan Perak 1,951. Itu baru 
catatan untuk lima buah negeri, belum termasuk lagi negeri-negeri yang 
lain. Dan ia juga bagi kes yang berjaya didaftarkan secara rasmi namun 
bagaimana pula jumlah kes yang tidak dicatat dan mungkin terlepas 
pandang. 
Banyak perkara yang menjadi 
pencetus kepada soal penceraian. Antara alasan wajib yang sering 
diberikan oleh pasangan-pasangan yang terlibat ialah sudah tidak wujud 
lagi persefahaman, kurang interaksi, masalah dalaman yang menemui jalan 
buntu, masalah kewangan dan adanya orang ketiga yang menggoda suami atau
 isteri, dan tidak terkecuali terdapat unsur-unsur sihir penyebab 
terjadinya penceraian. 
Apa Itu Sihir Pemisah?
Sihir
 pemisah ini merupakan sihir yang seringkali  dilakukan untuk memisahkan
 pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan 
dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.  
Sihir ini juga dikenali sebagai Sihir “at-Tafriq”. 
 Sihir ini mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Namun, 
ia lebih memfokuskan kepada pasangan suami isteri agar hubungan 
kedua-duanya bermasalah dan akhirnya membawa kepada penceraian. Ibnu 
Kathir ada menjelaskan bahawa setiap pasangan suami isteri yang terkena 
sihir ini akan mengakibatkan pandangan suami atau isteri terhadap 
pasangannya disihirkan sehingga kelihatan hodoh atau buruk samada dari 
rupa paras atau perilaku. 
Antara 
medium yang digunakan untuk menjayakan sihir ini adalah menggunakan 
barang-barang yang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian, 
air atau minyak yang telah dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau 
diletakkan di laluan lokasi mangsa selalu kunjungi. Juga boleh 
dimasukkan ke dalam makanan yang mangsa terkadang-kala tidak 
menyedarinya. 
Sebenarnya apa yang 
digunakan diatas hanya lah hiasan luar yang digunakan oleh pengamal 
sihir untuk mengaburi mata pelanggan-pelanggan mereka.  Pengamal sihir 
ini sebenarnya menggunakan jin-jin dalam simpanan atau belaan meraka 
sebagai pengantara ilmu sihir mereka. Apabila pengamal sihir tersebut 
mahu menghantar sihir kepada seseorang, pengamal sihir ini sebenarnya 
menghantar jin-jin yang telah membuat ikatan taat setia kepada pengamal 
sihir tersebut. Maka, jin-jin yang dihantar itu memasuki tubuh badan si 
mangsa dan mereka inilah yang melakukan kerosakan-kerosakan dalam badan 
manusia. Jin-jin tersebut akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu 
manusia untuk melakukan perkara-perkara yang dihendaki oleh pengamal 
sihir tadi. 
Antara simptom-simptom 
yang sering saya diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir 
pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut: 
 Rawatan Akibat Sihir PemisahDi Pusat Rawatan Islam Al Hidayah ini tidak menggunakan khidmat makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan. Ianya berdasarkan kepada 3 amalan utama iaitu:
 
 Senarai Bacaan Ayat-ayat Penawar Untuk Mangsa Sihir PemisahDi Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit gangguan ilmu sihir pemisah akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
 PenutupAncaman sihir yang berlaku saban hari ini bukanlah suatu metafora atau omongan kosong semata-mata. Ianya adalah realiti yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat kita di luar sana. Selagi ada rasa dendam, dengki dan iri hati, selagi itulah iblis serta bala tenteranya akan terus berusaha menjerumus manusia kepada perkara-perkara yang terkeluar dari landasan syariat Islam. Tiada jalan lain untuk menangani masalah sihir yang dihadapi selain dari mendekatkan diri kita kepada Allah. Firman-Nya yang bermaksud;
“Tidak 
ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan 
dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan 
memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan 
tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap 
sesuatu)” - Surah At-Taghaabun Ayat 11 
Dirikanlah
 solat dan berdoalah kepada-Nya agar kita sentiasa dikurniakan kesabaran
 dan ketabahan yang tinggi untuk menghadapi ujian dan dugaan-Nya. 
Mohonlah kepada-Nya untuk membantu kita untuk terus istiqamah dalam 
beribadah kepada-Nya, diberi kekuatan untuk bermujahadah melawan serta 
menangkis segala hasad dengki manusia dan tipu daya iblis laknatullah. 
Kerana, sesungguhnya hanya Dia yang Maha Pelindung dan Maha Mengabulkan 
doa-doa hamba-Nya. 
 | 
iDAN
20 Ogos 2013
Sihir Pemisah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan