iDAN

16 Disember 2014

NEUTRAL


Jangan sebab berbeda fahaman politik hubungan jadi hambar. Apa bedanya jika seseorang itu orang BN atau orang PR atau parti bebas sekali pun. Itu adalah hak masing-masing dalam memilih pemimpin. Dalam pilihan raya dalam politik demokrasi.

2. Jangan sebab rakan kita orang kuat PAS dibenci oleh rakan kita orang kuat UMNO. Takkan tak boleh berbual mesra duduk makan semeja. Apakah jika sudah jadi VVIP duduk di parlimen mahu baling-baling bangku. Penumbuk penampar berbalah bermasam muka. Giler ke apa hah?.

3. Jangan sebab bukan satu parti mahu kita jadi seorang hilang jati diri. Nak benci DS Anwar apa kena mengena dengan rakan kita yang memihak dia. Nak benci PM Najib kenapa pula nak benci pengikutnya.

3a. Jika sudah benci sangat rakan tak sealiran parti. Jom kita buat macam zaman koboi sewa pistol kat samseng kita beradu tembak. Siapa cepat cekap tembak dia selamat; bunuh saja rakan kita yang tak sealiran parti. Jangan lagi intai rakan kita yang lain parti. Atau tangkap semua pemimpin parti pembangkang sumbat semua dalam penjara sampai mati supaya tak siapa tentang akta awak yang songsang itu. Berpeluk-peluklah dengan rakan sealiran parti sahaja.

5. Amat bodoh & amat naif sebab parti kita nak bermasam muka tak mesra tak bersapa. Apa jika awak tu jadi PM nak duduk seorang di parlimen tu cakap seorang-seorang diri ; habiskan semua harta negara sampai pecah perut boroi awak tu makan duit rakyat jelata.

Atau awak jadi Ketua Pembangkang cakap pang-pang seorang-orang semua orang salah tapi semua orang gelakkan awak sampai kering air liur awak tu tak siapa endah cakap awak. Tak dapat nak pinda apa akta sekali pun. Padan Muka.

Cis!.

15 Disember 2014

Kenapa Isteri-isteri Nabi Muhammad Dilarang Menikah Lagi Setelah Beliau Wafat?

Pertanyaan di atas kerap terlontar oleh kaum bukan Muslim pula oleh kaum Muslim sendiri. Hal ini di dasari atas keingin tauhan, di karenakan sifat manusia adalah selalu ingin tahu. Memang ini sebuah pertanyaan menarik untuk dijawab. Baiklah saya akan mencoba menjawab berdasarkan Al Quran, kenapa Isteri-isteri nabi Muhammad saw dilarang kawin lagi setelah beliau (saw) wafat.
Maka lihat surat al-Ahzab (33):6:

6. Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu bagi mereka (Wa ajzwajuhun umahatukum).
Adalah hal yang sudah diketahui bersama bahwa haram hukumnya menikahi ibu sendiri dan hal ini pun teredaksi dalam al-Quran, seperti di dalam surat An Nisaa:23:
23. Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; (hurimat alaykum ummahatukum)
Namun jika kemudian pertanyaannya diteruskan, namun Surah An Nisa :23 diperuntukan kepada ibu kandung kita bukan ibu berdasarkan iman. Perlu anda ketahui bahwa dalam konsepsi Islam persaudaran yang sebenarnya adalah berdasarkan jalinan Iman. Begitupun yang terjadi di dalam kasus nabi Nuh as.
Al Anbiyaa’ 21:76: “Dan (ingatlah kisah) Nuh, sebelum itu ketika dia berdoa, dan Kami memperkenankan doanya, lalu Kami selamatkan dia beserta keluarganya (wa ahlahuu ) dari bencana yang besar
Hud: 42. “Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya, sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: “Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.
43. Anaknya menjawab: “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!” Nuh berkata: “Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang.” Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.
Hud : 45. “Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya.
Allah berfirman: ” (Qolla Ya Nuhuu inahu laysaa min ahlikaa) Hai Nuh, sesungguhnya dia (anak nabi Nuh as) bukanlah termasuk keluargamu, sesungguhnya (perbuatan)nya perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakekat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan.”
Dari Surat al-Anbiya dan Hud di atas kita di informasikan bahwa anak nabi Nuh as tidak lagi dipandang sebagai anak kandungnya di mata Allah SWT (Ya Nuhuu inahu laysaa min ahlikaa).
Dan ada baiknya pula kita melihat surat Al Hujurat :10:
Innamal Mu’minuna ihwatun (bahwa sesungguhnya kaum mu’minun adalah bersaudara).
Jadi dari kronologis sejumlah ayat di atas jelas sudah perihal atau sebab-musabab isteri-isteri nabi saw tidak menikah lagi setelah wafat beliau (saw) di karenakan alasan bahwa mereka adalah ibu-ibu kaum Mukminun. Dan adalah haram hukumnya menikahi ibu-ibu kita.
Wallahu a’llam Bissawab

14 Disember 2014

MENGAPA ARAK DIHARAMKAN DI DUNIA DIHALALKAN DI SYURGA



Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, memuliakan manusia dengan semulia-mulianya, melebihkannya daripada sekalian ciptaan yang lain, mempermudahkan kepada mereka segala benda di bumi dan di langit  (taskhir) dan menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi.

Al-`Izz bin Abd al-Salam berkata: 

“Ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mensyariatkan satu hukumpun melainkan untuk maslahah dunia, maslahah akhirat atau untuk maslahah dunia dan maslahah akhirat sekaligus sebagai limpahan kurniaan-Nya kepada manusia. Bukanlah termasuk dalam tanda-tanda limpahan, rahmat, hikmat dan kemudahan daripada Allah, jika dibebankan manusia dengan kesukaran yang tidak mempunyai faedah dunia dan akhirat”. ( Syajarah al-Ma’arif Wa al-Ahwal, hal. 401)

Syariat dibina di atas prinsip menjaga lima kepentingan dharuri iaitu agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Imam al-Ghazzali berkata: Ada lima maksud Syariat terhadap para makhluk iaitu menjaga agama mereka, nyawa mereka, akal mereka, keturunan mereka dan harta mereka. Oleh itu setiap perkara yang mengandungi penjagaan terhadap lima asas ini dikatakan maslahah dan setiap menghilang lima asas ini disebut sebagai mafsadah dan menghindarinya adalah maslahah. (Al-Mustasfa, jil 1 hal. 289)

Merujuk kepada arak dan pergaulan bebas, tidak dinafikan bahawa sememangnya manusia mahu hidup dalam kenikmatan dan keseronokan. Bagi seorang mukmin, alam dunia dan alam syurga amat jauh perbezaannya. Sifat hidup di dunia adalah terbatas, terikat dengan hukum syarak, penuh dengan ujian. Kenikmatan yang dikecapi tidak diperolehi dengan senang tetapi memerlukan pengorbanan dan perjuangan.

Arak diharamkan kerana ‘illah atau sifat yang ada padanya iaitu memabukkan. Sifat memabukkan ini relevan dengan penjagaan akal. Mengambil arak bererti menutup kewarasan akal untuk berfikir sehingga diri sendiri dan masyarakat terdedah kepada bahaya dan mudarat. Objektif pengharaman arak dilihat kepada kesan daripada arak yang membawa kepada kemudaratan. Pengambilan arak akan menjejaskan kesihatan terutamanya kerosakan hati. Selain itu, arak menyebabkan ketagihan sehingga peminumnya sanggup membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk mendapatkannya. Di sini berlaku pemborosan dan pembaziran sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lain.

Arak yang ada di akhirat lain pula sifatnya yakni tiada sifat memabukkan. Oleh kerana sifatnya yang berbeza di dua alam itu, maka dibenarkan arak di syurga sebagai suatu nikmat bukan minuman yang menyakitkan.

Sementara zina pula, persetubuhan yang tidak berdasarkan kepada aqad perkahwinan yang sah tetapi semata-mata memenuhi hawa nafsu. Ia merosakkan akhlak, meruntuhkan maruah (keperibadian) dan sistem kekeluargaan. Ia menjejaskan kesihatan manusia dan mendedahkannya dengan pelbagai penyakit. Keturunan menjadi celaru sehingga tiada diketahui siapa ayahnya yang sebenar sehingga anak mengalami gangguan emosi dan psikologi.

Oleh sebab itu, Islam mensyariatkan perkahwinan supaya seseorang itu ada jalan untuk memenuhi tuntutan seksualnya dengan cara yang halal, selamat, suci, beradab dan terhormat. Mencari keseronokan di luar perkahwinan akan menafikan nilai-nilai ketamadunan dan peradaban. Perkahwinan lebih bersifat membina sistem kekeluargaan seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera.

Bidadari di syurga umpama isteri yang menjadi milik mutlak penghuni, tidak berkongsi dengan sesiapa, tiada yang pernah menjeling kepadanya. Hanya menanti kedatangan orang mukmin. Dia tidak melahirkan anak, tidak mengalami haid dan segala macam yang dialami oleh manusia. Kenikmatan bersamanya tidak mengakibatkan sebarang risiko. Hal ini berbeza sama sekali dengan pergaulan bebas.

Ringkas kata, pengambilan arak dan pergaulan bebas hanya membawa kepada porak peranda, kekacauan dalam kehidupan manusia baik pada tingkat individu mahupun masyarakat.

Sewajarnya, manusia itu mengetahui bahawasanya dia diikat dengan hukum supaya mengetahui bahawa ada kehidupan satu lagi yang lebih utama, lebih kekal (Surah al-Dhuha, Surah al-A’la). Jikalau dunia ini berjalan tanpa ada peraturan dan undang-undang bahkan yang ada undang-undang rimba, kelangsungan hanya untuk orang yang kuat maka hancur dan musnah kebahagiaan manusia.

Di syurga tiada lagi keterikatan dengan  hukum kerana, perjalanan hidup di sana atas sifat sejahtera tidak memudaratkan, aman dan penuh kenikmatan.

Allah s.w.t. berfirman:
إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًا (60) جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدَ الرَّحْمَنُ عِبَادَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّهُ كَانَ وَعْدُهُ مَأْتِيًّا (61) لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا إِلَّا سَلَامًا وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً وَعَشِيًّا (62) تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا (63)

Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, - (Iaitu) syurga " ‘Adn " yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hamba-Nya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; Sesungguhnya Tuhan itu, janjinya tetap berlaku. Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa). Itulah taman syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba kami. (Surah Maryam: 60-63)

Kesimpulannya, sebagai seorang muslim, terutamanya yang sering interaksi dengan masyarakat sewajarnya dia mengetahui matlamat pensyariatan hukum atau falsafah di sebalik perintah dan larangan serta hikmat syariah supaya dakwahnya itu lebih berkesan dan menyakinkan.

والله أعلم بالصواب



Disediakan oleh Muhammad Hanief Awang Yahaya

Syurga Negeri Abadi Penuh Nikmat

taman-syurga 
Syurga adalah negeri kemuliaan yang abadi iaitu negeri yang penuh dengan kenikmatan yang sempurna. Kenikmatan yang telah Allah  sediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Dalam hadis qudsi, Allah s.w.t telah berfirman:
“Aku telah persiapkan untuk hamba-hamba-Ku yang soleh kenikmatan yang tidak pernah dilihat mata, tidak pernah terdengar oleh telinga, dan tidak pernah terdetik di hati manusia.” Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: “Kalau mahu, silakan kamu membaca:
“Tidak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka.   (Surah as-Sajdah: 17). (Riwayat: Bukhari)
Akidah Ahli Sunnah Wal jamaah
Salah satu di antara pokok keyakinan Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah mengimani adanya Syurga (Al Jannah) dan Neraka (An Naar). Salah satunya berdasarkan firman Allah Ta’ala:
“Peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir. Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya..” (Surah Al-Baqarah : 24-25).
Mengimani syurga dan neraka bererti membenarkan dengan yakin akan adanya keduanya, dan meyakini bahwa keduanya merupakan makhluk yang dikekalkan oleh Allah, tidak akan musnah dan tidak akan binasa, dimasukkan ke dalam syurga segala bentuk kenikmatan dan ke dalam neraka segala bentuk siksaan. Juga mengimani bahwa syurga dan neraka telah tercipta dan keduanya pada masa ini telah disiapkan oleh Allah ta’ala sebagaimana firman Allah Ta’ala mengenai syurga:
“..Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari tuhanmu dan syurga yang luasnya antara langit dan bumi, telah disediakan untuk orang-orang yang bertakwa” ( Surah Ali Imran : 133)
Makna Syurga
Syurga (al-Jannah) secara bahasa berarti : kebun (al-Bustan), atau kebun yang di dalamnya terdapat pepohonan. Bangsa Arab juga biasa memakai kata al-Jannah untuk menyebut pohon kurma. Secara istilah, syurga ialah nama yang umum mencakup suatu tempat yang telah dipersiapkan oleh Allah bagi mereka yang menaati-Nya, di dalamnya terdapat segala macam kenikmatan, kelazatan, kesenangan, kebahagiaan, dan kesejukan pandangan mata. Syurga juga disebut dengan berbagai macam nama selain al-Jannah, di antaranya : Darus Salam (Negeri Keselamatan), Darul Khuld (Negeri yang Kekal ), Jannatun Na’im (Syurga yang Penuh Kenikmatan), Al Firdaus  dan lain-lain.
Di mana letaknya Syurga
Nabi SAW dalam perjalanan mi’raj telah memasuki langit dunia. Di sana dijumpainya Nabi Adam yang di sebelah kanan bersejajar dengan roh-roh ahli syurga dan di kirinya pula roh-roh ahli neraka. Perjalanan diteruskan ke langit kedua sampai ke langit ketujuh. Di langit kedua baginda telah bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya. Di langit ketiga bertemu Nabi Yusuf manakala Nabi Idris ditemui di langit keempat. Lalu Nabi SAW bertemu dengan Nabi Harun di langit kelima, Nabi Musa di langit keenam, dan Nabi Ibrahim di langit ketujuh. Di langit ketujuh dilihatnya Baitul Ma’mur, tempat di mana 70,000 malaikat sedang solat sedang setiap malaikat hanya dibenarkan sekali memasukinya dan tak akan pernah masuk lagi. Perjalanan diteruskan sehingga ke Sidratul Muntaha. Dari Sidratul Muntaha  nabi telah mendengar kalam sedang menulis. Di sidratul muntaha juga nabi  dapat melihat pula empat batang sungai, dua sungai bathin di syurga, dua sungai zahir di dunia iaitu sungai Furat di Iraq dan sungai Nil di Mesir.  Kemudian Jibril  mengajak Nabi melihat syurga yang indah. Di Sidratul Muntaha itu pula Nabi melihat wujud Jibril yang sebenarnya.
” Sesungguhnya ( Nabi Muhammad ) telah melihat ( malaikat Jibril, dalam bentuk rupa yang asal ) sekali lagi. Di sisi Sidratul Muntaha ( sebatang pokok pokok yang terletak disebelah kanan “Arasy). Yang di sisinya terletak Syurga Makwa ( yang disediakan untuk para malaikat, roh para syuhada dan orang yang bertakwa). Ketika Sidratul Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputi ( makhluk-makhluk yang tidak terhingga) Penglihatan ( Nabi Muhammad) tidak berpaling dari menyaksikan dengan tepat ( akan pemandangan yang indah di situ dengan diizinkan melihatnya) dan tidak pula melampaui batas ( pada malam Isra’ dan Mi’raj)” ( Surah an-Najm : 13 -17 )
Nikmat Syurga
Betapa agongnya nikmat syurga jika dibandingkan dengan kesenangan dunia. Oleh karena itu, masuk syurga dan selamat dari neraka adalah suatu  yang amat agong serta kemenangan yang sangat besar. Allah s.w.t telah berfirman:
“Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung.” (Ali Imran: 185)
“Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di syurga ‘Adn. Dan keredaan Allah adalah lebih besar, itu adalah keberuntungan yang besar.” (at-Taubah: 72)
Dari Abi Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman Allah s.w.t : Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Setiap muslim pastilah merindukan syurga. Merindukan berbagai kenikmatan yang telah dipersiapkan oleh Allah s.w.t di sana. Untuk semakin menambah keimanan kita tentang syurga dan menambah kerinduan kita kepadanya sehingga semakin bersemangat beribadah kepada Allah l, maka kami akan paparkan sekelumit pemandangan syurga dan berbagai kenikmatan yang telah disebutkan Allah  dan Rasul-Nya.
Lelaki Mukmin dapat bidadari, wanita muslimah dapat…..
Ada orang yang bertanya bahwa kelak kaum laki-laki mukmin akan mendapat balasan di syurga dengan diberi  bidadari yang cantik jelita, yang keindahan dan kecantikannya akal manusia takkan sanggup mengungkapkannya, tidak pernah dilihat oleh mata, dengar oleh telinga, bahkan tidak terdetik dalam hati sekalipun. Sedangkan wanita solehah mendapat pembalasan yang bagaimana di dalam syurga?.
Syaiekh Abdullah bin Jibrin menjawab :Tidak  syak lagi bahwa kenikmatan Syurga sifatnya umum iaitu untuk laki-laki dan perempuan.
Dalam menjawab persoalan ini maka lihatlah dahulu firman Allah s.w.t:
1.      “Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki ataupun perempuan” ( Surah Ali-Imran: 195).
2.      “Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita, sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun” (Surah An-Nisa': 124).
3.      “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu’min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta’atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar”(Surah Al-Ahzab: 35).
Allah telah menyebutkan bahwa mereka akan masuk Syurga dalam firman-Nya:
4.      “Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelekan di atas pelamin-pelamin” (Surah Yasin: 56).
5.      “Masuklah kamu ke dalam Syurga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan”(Surah Az-Zukhruf:70).
6.      “Sesungguhnya Kami menciptakan mereka dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan” (Surah Al-Waqi’ah: 35-36).
Maksudnya mengulangi penciptaan wanita-wanita tua dan menjadikan mereka perawan kembali, yang tua kembali muda. Telah disebutkan dalam suatu hadis bahwa wanita dunia mempunyai kelebihan atas bidadari karena ibadah dan ketaatan mereka. Para wanita yang beriman masuk Syurga sebagaimana kaum lelaki. Jika wanita pernah menikah beberapa kali, dan ia masuk Syurga bersama mereka, ia diberi hak untuk memilih salah satu di antara mereka, maka ia memilih yang paling bagus di antara mereka.
Perlu diketahui bahawa keadaan wanita di dunia, tidak lepas dari enam keadaan:
1.    Dia meninggal sebelum menikah.
2.    Dia meninggal setelah ditalak suaminya dan dia belum sempat menikah lagi sampai meninggal.
3.    Dia sudah menikah, tetapi suaminya tidak masuk bersamanya ke dalam syurga.
4.    Dia meninggal setelah menikah baik suaminya menikah lagi sepeninggalnya maupun tidak (yakni jika dia meninggal terlebih dahulu sebelum suaminya).
5.    Suaminya meninggal terlebih dahulu, kemudian dia tidak menikah lagi sampai meninggal.
6.    Suaminya meninggal terlebih dahulu, lalu dia menikah lagi setelahnya.
Berikut penjelasan keadaan mereka masing-masing di dalam syurga:
Perlu diketahui bahwa keadaan laki-laki di dunia, juga sama dengan keadaan wanita di dunia:
Di antara mereka ada yang meninggal sebelum menikah, di antara mereka ada yang mentalak isterinya kemudian meninggal dan belum sempat menikah lagi, dan di antara mereka ada yang isterinya tidak mengikutinya masuk ke dalam syurga. Maka, wanita pada keadaan pertama, kedua, dan ketiga, Allah -‘Azza wa Jalla- akan menikahkannya dengan laki-laki dari anak Adam yang juga masuk ke dalam syurga tanpa mempunyai isteri karena tiga keadaan tadi. Yakni laki-laki yang meninggal sebelum menikah, laki-laki yang berpisah dengan isterinya lalu meninggal sebelum menikah lagi, dan laki-laki yang masuk syurga tapi isterinya tidak masuk syurga.
Ini berdasarkan keumuman sabda Nabi -Shallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadits riwayat Muslim dari sahabat Abu Hurairah r.a:
“Tidak ada  bujang dalam syurga”.
Syaikh Ibnu Utsaimin berkata dalam Al-Fatawa jilid 2 no. 177, “Jawabannya diambil dari umumnya  firman Allah -Ta’ala-:
“Di dalamnya kamu  memperoleh apa yang kamu  inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Turun dari Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Fushshilat: 31)
“Dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu  kekal di dalamnya.” (Surah Az-Zukhruf: 71)
Seorang wanita, jika dia termasuk ke dalam penghuni syurga akan tetapi dia belum menikah (di dunia) atau suaminya tidak termasuk ke dalam penghuhi syurga, ketika dia masuk ke dalam syurga maka di sana ada laki-laki penghuni syurga yang belum menikah (di dunia). Mereka  adalah laki-laki yang belum menikah (di dunia), maka mereka mempunyai isteri-isteri dari kalangan bidadari dan mereka juga mempunyai isteri-isteri dari kalangan wanita dunia jika mereka mau.
Demikian pula yang kita katakan perihal wanita jika mereka (masuk ke syurga) dalam keadaan tidak bersuami atau dia sudah bersuami di dunia akan tetapi suaminya tidak masuk ke dalam syurga. Dia (wanita tersebut), jika dia ingin menikah, maka pasti dia akan mendapatkan apa yang dia inginkan, berdasarkan umumnya ayat-ayat di atas”.
 Jika dia (wanita tersebut) belum menikah ketika di dunia, maka Allah -Ta’ala- akan menikahkannya dengan (laki-laki) yang dia senangi di syurga. Maka, kenikmatan di syurga, tidaklah terbatas kepada kaum lelaki, tapi bersifat umum untuk kaum lelaki dan wanita. Dan di antara kenikmatan-kenikmatan tersebut adalah pernikahan.
Adapun wanita pada keadaan keempat dan kelima, maka dia akan menjadi isteri dari suaminya di dunia. Adapun wanita yang menikah lagi setelah suaminya pertamanya meninggal, maka ada perbedaan pendapat di kalangan ulama. Sebagian ulama seperti Syaeikh Ibnu ‘Ustaimin- berpendapat bahwa wanita tersebut akan dibiarkan memilih suami mana yang dia inginkan.Ini merupakan pendapat yang cukup kuat, seandainya tidak ada nash tegas dari Rasulullah s.a.w yang menyatakan bahwa seorang wanita itu milik suaminya yang paling terakhir. Nabi  bersabda:
“Wanita itu milik suaminya yang paling terakhir”.
Dan juga berdasarkan ucapan Hudzaifah r.a kepada isteri beliau:
“Jika kamu mahu menjadi isteriku di syurga, maka janganlah kamu menikah lagi sepeninggalku, karena wanita di syurga milik suaminya yang paling terakhir di dunia. Oleh yang demikian Allah mengharamkan para isteri Nabi untuk menikah lagi sepeninggal beliau karena mereka adalah isteri-isteri beliau di syurga”. ( Riwayat Al-Baihaqi )
Perihal Syurga
1.      Sungai-sungai syurga
“Sifat syurga Yang telah dijanjikan kepada orang-orang Yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. dan ada pula untuk mereka di sana Segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka”. (Surah Muhammad: 15)
Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya ( Surah Ali-Imran: 15)
Allah berfirman: Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapasungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan DiaItulah kejayaan yang amat besar”( Al-Maidah 119).
Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal” ( Surah At-Taubah:21).  
Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya” ( Surah Al-Mujadilah:22).
Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya ( Surah Al-Bayyinah 8).
2. Pohon Syurga
Dari Sahl bin Saad r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pohon yang mana berjalan di bawah bayangnya seorang penunggang selama seratus tahun, belum lepas dari bayangnya) Riwayat Muslim
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naungan yang memanjang terus).  Dan di dalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia, bacalah kamu: Maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan.  Dan tempat pecut di dalam syurga lebih baik dari dunia seisinya.  Bacalah ayat yang bermaksud: Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.
3. Istana, Khemah dan Kamar Syurga
“Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya”. ( Surah Az-Zumar: 20 )
Sabda Rasullah s.a.w : “Sesungguhnya ahli syurga akan memandang ahli kamar di atasnya seperti kamu melihat bintang di langit meluncur dari ufuk timur atau barat, kerana kelebihan di antara mereka”. Para sahabat bertanya: “Itukah tempat para nabi yang tidak sampai kepadanya orang lain?” Rasulullah bersabda: “Bahkan  Demi Allah yang nyawaku dalam tangan-Nya lelaki-lelaki yang beriman kepada Allah dan membenarkan para rasul”( Riwayat Muslim)
4. Bangunan Syurga
Mujahid berkata: Bumi syurga dari perak dan tanahnya dari misik dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya di bawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar dengan duduk juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya.  Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring.
Abu Hurairah r.a. berkata:  Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu?  Jawabnya: Dari Air.  Kami bertanya: Beritakan tentang bangunan syurga!  Jawabnya yang bermaksud:
Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za’faran, kerikilnya mutiara dan vakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.
Mujahid berkata: Bumi syurga dari perak dan tanahnya dari misik dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya di bawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar dengan duduk juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya.  Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring.
5. Pasar Jumaat
Dari Anas bin Malik r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pasar yang akan dikunjungi oleh penghuninya pada setiap Jumaat. Lalu akan bertiup ke arah mereka angin dari utara lantas menyapu wajah dan pakaian mereka. Kemudian dia kembali kepada keluarganya dalam keadaan bertambah keelokan dan kecantikannya”. ( Riwayat Muslim)
Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: “Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga”.
6. Fizikal ahli syurga
Ibn Abbas r.a. berkata: Raulullah s.a.w. bersabda:  “Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, lurus, ada rambut di kepala, alis dan kelopak mata, sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s., enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sepuasnya.
Abu Hurairah r.a. berkata: Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w.   Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua.
Ikramah berkata: Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang umur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta setinggi Nabi Adam a.s. muda-muda yang masih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya di muka isterinya demikian pula di dadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya di wajah suaminya, dada dan betisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.
Dari Al’amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.
7. Bidadari Syurga
“Dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), Yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin” (Ar-Rahman: 56).
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sekiranya seorang wanita dari bidadari penghuni syurga menjenguk kepada bumi, nescaya akan menyinari setiap yang ada di dalamnya dan akan memenuhi keduanya dengan haruman. Sesungguhnya penutup wajah bidadari di atas kepalanya lebih baik dari dunia dan seluruh isinya”( Riwayat Tirmizi).
Ibn Abbas r.a. berkata:  Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan za’faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum di lehernya:  Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku maka hendaklah taat kepada Tuhanku.
Dalam riwayat lain:  Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.
8.   Makanan dan Minuman Syurga
 “Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” ( Surah Al Waqi’ah : 20-21). Adapun buah-buahan syurga adalah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Ta’ala:,
“Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan : ‘Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.’ Mereka diberi buah-buahan yang serupa” (Surah Al Baqarah : 25).
Syaikh As Sa’diy rahimahullah menjelaskan tentang maksud “yang serupa” dalam ayat di atas iaitu” “Ada yang berpendapat serupa dalam hal jenis, namun berbeza pada namanya, ada pula yang berpendapat saling menyerupai satu sama lain, dalam kebaikannya, kelazatannya, kesenangannya, dan semua pendapat tersebut adalah betul”
“Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari piala (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur, (yaitu) mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya” (Surah Al Insan : 5-6).
9.   Cincin syurga
Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang di jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada setiap cincin :
  1. Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu.
  2. Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman.
  3. Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.
  4. Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita.
  5. Kami memberimu pakaian dan perhiasan.
  6. Kami kahwinkan kamu dengan bidadari.
  7. Untukmu dalam syurga segala keinginan dn menyenangkan padangan matamu.
  8. Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin.
  9. Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya.
  10. Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.
10.  Nikmat yang paling agong
Menurut Pendapat ahli Sunah Wal jamaah bahawa melihat zat Allah itulah sebaik-baik nikmat syurga sebagaimana firman Allah s.w.t:
“Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri,  kepada Tuhannya mereka melihat”. (Al-Qiyaamah: 22)
Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: Berikan makan kepada para wali-Ku, maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hamba-Ku, maka diberi minuman yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman yang bermaksud: Akulah  Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan permintaanmu.  Jawab mereka. Kami minta reda-Mu, Kami minta reda-Mu, dua atau tiga kali.  Dijawab oleh Allah: Aku reda kepadamu, bahkan masih ada tambahan lagi daripada-Ku, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima, maka
dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah, maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah, sehingga Allah menyuruh mereka:  Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat, maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia.  Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arasy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka, sehingga isteri-isteri mereka berkata: Kamu kini lebih elok dari yang biasa.
Abul-Laits berkata: Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihat-Nya.  Dan erti nasihat kepada-Nya, yakni melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya, tetapi kebanyakan ahli ilmu mengertikan:  Melihat zat Allah tanpa perumpamaan.
11.  Pintu-Pintu Syurga
Syurga memiliki pintu-pintu. Dalam sebuah hadits dari shahabat Sahl bin Sa’ad radhiyallaahu anhu dari Rasulullahs.a.w:
“Di dalam syurga terdapat delapan pintu, di antaranya adalah Ar Rayyan. Tidak ada yang memasukinya kecuali orang-orang yang berpuasa”
Dari Utbah bin Ghazawan r.a beliau berkata mengenai lebar jarak tiap pintu syurga, “Rasulullah bersabda kepada kami bahwasanya jarak antara daun pintu ke daun pintu syurga lainnya sepanjang perjalanan empat puluh tahun”
12.  Tingkatan Syurga
Rasulullah s.aw telah bersabda, “Sesungguhnya syurga terdiri atas seratus tingkat, jarak antara dua tingkatnya seperti jarak antara langit dan bumi, Allah menyediakannya untuk orang-orang yang berjihad di jalan-Nya”.Tingkatan syurga yang paling tinggi ialah Firdaus. Nabi memerintahkan ummatnya untuk berdoa memohon Firdaus melalui sabdanya”
“Jika kamu meminta pada Allah mintalah kepadaNya Firdaus, karena sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling utama, dan merupakan tingkatan tertinggi dari syurga, di atasnya terdapat ‘Arsy Ar Rahman dan dari Firdaus itulah memancar sungai-sungai syurga”.
13.  Bangunan-Bangunan dalam Syurga
“Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya mereka mendapat tempat-tempat yang tinggi, di atasnya dibangun pula tempat-tempat yang tinggi” ( Surah Az-Zumar : 20).
Dari Abu Musa Al Asyaari dari Nabi s.a.w beliau bersabda, “Sesungguhnya bagi orang-orang mukmin di dalam syurga disediakan khemah yang terbuat dari mutiara yang besar dan berlubang, panjangnya 60 mil, di dalamnya tinggal keluarganya, di sekelilingnya tinggal pula orang mukmin lainnya namun mereka tidak saling melihat satu sama lain.”
Abu Hurairah r.a. berkata:  Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu?  Jawabnya: Dari Air.  Kami bertanya: Beritakan tentang bangunan syurga.  Jawabnya yang bermaksud:
“Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za’faran, kerikilnya mutiara dan vakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya”.
Wallahua’lam.

Disediakan oleh:
Ustaz Khairuddin Bin Haiyon

19 November 2014

Wsapp Waris Md Sesh i



Borak di Kumpulan Wsapp Waris Md Sesh (wms)

Lizz:  Pakcik isman ni adik maksu la iyer 

 Paksu Pakcik isman ni adik ipar maksu Mila... biras paksu... isterinya yang adik maksu... panggil pak angah sebab adik Mila... mak angah anak no 2 dari adik beradik maksu Mila kita tu...
YongYahYot: Lizz orang kat Tasik Putri ni dah banyak kawin buat kenduri nya malam
Tak apa nanti kami jenguk Yong di Bukit Jalil jika Yong balik Tasik Putriada Soleh juga isterinya boleh kita kenal. Jumpa di Tasik Putri atau Soleh bawa isteri nya rumah Yong di Bukit Jalil.

 Lizz tu Yong di mana pun sampai... Lizz bawa kereta sampai ke pahang jauh mana pun dia pandai cari jalan... Siti payahlah sikit sebab tinggal di Perak... sy pun teringat- ingat emak Yong... tapi asyik bila hujung minggu ada halnya...

 Memang seronok jika dapat sertai rombongan Yong antar Soleh tu... kita jarang berkumpul... Tasik Putritu tak jauh mana... jika ada majlis yang boleh kita berkumpul memang kena kejor peluang tu...


 YongYahYot: ok semoga kita dapat berjumpa tak kira la bila, janji kita kenal sedara ye dak
 Jemputan Abang Latif ni jangan lupa... Siapa ada sekitar Batu Gajah kena jenguk Abang Latif... imam masjid Batu Gajah... senang amat nak tuju... sebelah masjid Batu Gajah... Siti mesti boleh ingat ingatkan masa Dayang kenduri di dewan Seri Gombak tu Abang Latif ada datang...

 Lizz: Insya-Allah kalau xde apa hal Lizz datang...

Lizz: Tak kenal lah paksu...

 YongYahYot: ha yang ini Siti kena pergi sebab dekat

 Lizz: A'ahhh Siti la kena pergi...hehe

 YongYahYot: ye Lizz makYong tunggu, tapi leteh le kamu baru balik kerja

 Lizz: Haha..ok kot...

 Siti Kak Nomie: Siti pn xkenal. Siti ikut org bw.xda org bw xdpt gi.Siti mn tau bw kereta. 

 Paksu ada majlis hari sabtu ni agenda bertindih... kenderaan x ada... jika pandai naik kereta kan best... jalan kaki dari kampung pisang  tidur hotel bajet Batu Gajah... kan menarik... teringat Abang Latif... Cik Peah pasti datang mana rupa Kak Laili kita mana rupa Kak Lina kita ish sedih amat... jika ada heli atau pesawat sendiri  kan senang kan Yong… 

 YongYahYot: beli le,boleh tumpang pi melancong.

Hahaha kalau jadi jutawan dah lama sy beli Yong bawa Yong main salji di Hokkaido.

 Hihihi Lizz tu mulalah... bab tak kenailah kena kenaikan diri...

  Sebut cucu Md Sesh bertempik nanti Kak laili... Cik Peah tu memang opah Lizz Opah Siti juga. Pangkat nya sama saja macam opah Kamariahopah bi. Masalah tiri tu hanya pangkat dunia.

 Linda: sape ni paksu..macam pernah dengor nama Laili ni?.

 Kak Laili ini anak Cik Peahbersama suami sebelum ataok radzi. tak pasti jika tak silap anak Pak Baki sama dengan imam kita kat masjid Batu Gajah tu. Bukan orang lain. satu lagi adik Kak Lili ni pula ada nama Kak Lina. Sebelum Atok Radzi kahwin dengan Cik Peah ni; Kak Lina ini adalah anak angkat Atok Radzi.

YongYahYot: betoi2 Yong kenal  Cik Peahtu ada lagi idan,rasa nya dah tua dah

Cik Peah kini tinggal di rumah si Lina Yong di Bagan Datoh. Tapi tak berapa sihat. Si Lina yang jaga. Umurnya tak pasti tapi sekitar 70an tu dah tentu. Nani dalam wms kita ni boleh kasi tahu.

Samalah Yong Yahkita ni... arwah Yot pakcik Terot kita tu tak batal air sembahyang jika bersalaman dengan emak Yong  yang sedang sakit tu... sebab tu paksu dengan Yong tak anggap orang luar satu keluarga... Sebab tu paksu sedih sangat bila dengo si Ju sibuk nak beli tanah di kct sedangkan tanah ayahnya orang teroka... asal tanah tu memang opah Kamariah punya... dah ambil kuasa pun... rasanya Yong tahu kan... tanah tu dah okey... itu kenangan opah Kamariah. ?.

Siti Kak Nomie: Sabtu suami keroja huhuhu

Kita bukan orang lain patutnya saling orang kata timang menimang sama sama kita...

YongYahYot: memang, tak tau lah macam mana dak ju nak uruskan harap boleh selesai lah, dia pun nak sangat jumpa  kamu ngan nomie

16 November 2014

spesifikasut karut marut



Sy pernah kena saman masalah plet kereta ni sekitar awal tahun 2000.. ayoyo kena RM600 satu saman polis trafik satu saman JPJ... mereka bergabung buat operasi di jalan kuching...

Sy minta maaf sebab tak tahu ianya salah; sy tanya di kedai yang jual plet tu katanya okey tak jadi kesalahan... saiznya memang besar gedabak... anak sy masih belajar tadika masa tu pun boleh baca... cuma bentuk hurufnya tak menepati kelas/spesifikasi JPJ... silap kedai tu guna huruf seakan Time Roman font...
senang saja mereka tolak pohon kekemaafan sy

"Awak tak baca paper ke... nah ni baca"....

Dah siap mereka xerox/salinan photostat plet yang sekelas jpj mahukan.... esoknya kuar kat tv dan akhbar operasi ini... sy termasuk dalam saman plet fensi... huh.

Sy kata ini hanya spesifikasut sebab jika kita perhatikan apa hal dengan plet khas putrajaya... satria dll apakah tak fensi; jauh lebih kecik hurufnya dari plet gedabak sy tu huruf sy gunakan pun sama malahan tegak tak condong/italic fensi... perundangan yang tak seragam bagi sy SAMAN tu akan tetap TAK HALAL dikutip polis atau JPJ.

huruf ini kecil condong/italic kenapa ada double standard undang-undang kita di msia

14 November 2014

MATA HATI iv

...kuat serta sabar dengan kesakitan& ujian getir ini.
dari wsapp peribadi sy Desah Sang Pesara (dsp) +6019 464 4343.


15. Azim tak dapat balik kampung sekitar sebulan. Sudah itu arahan Pengetua SMTKL. Awal pagi aku telah bertolak dari Jenaris. bagi seorang ayah bila sudah dua minggu tak jenguk anak memang rasa rindu itu akan meneba. Kecuali sudah sebesar Aziq@Angah di UTM Skudai sana. Itu pun jika tak dapat berbual di wsapp teringat-ringat akan Aziq di sana.

16. Bila sudah berada di SMTKL pastilah aku teringat akan Dzuan yang dah seminggu lebih ditahan di wad. Aku tenguk gambar di wsapp Asrama Putra SMI Ipoh. Luka tangan kanan yang bernanah dah membesar. dari sebesar duit lima duit/sen dah sebesar duit lima kupang. Agar dalam lengannya tak merebak. Mengikut kata Dzuan punca keracunan adalah sebab tiub untuk dialisis bocor. Ketika buat dialisis keberangkalian darah meleleh melalui tiub yang bocor itu.


17. Sempatlah aku & Mila singgah sekejap di HUKM sebelum nak jemput Anif di KMS Banting. Emm buah pinggang kena dialisis. Mata kanan Dzuan masih tak nampak. Kaki kanan Dzuan baru sahaja dipotong. Kini tangan pula luka bernanah. Terpaksa buat dialisis melalui tengkuk yang ditebuk. Bertimpa-timpa.

18. Baru kejap tadi setelah Dzuan dibenarkan pulang dengan luka bernanah di tangan masih tak sembuh; Dzuan telah pun merujuk masalah matanya di Hospital Selayang. Doktor hanya buat rawatan susulan. Menurut kata doktor kena tunggu lagi sebulan baru boleh melihat. Benarkah?. Janjinya dulu dua minggu akan pulih. Kini dah lebih dua minggu dijanjikan pula sebulan lagi. Ish.

Harapanku pun doaku agar mata Dzuan akan pulih semula. Biarpun Dzuan dah macam putus harapan sebab menurut katanya ramai yang masalah macam dia; Mulanya doktor buat rawatan laser, tak berjaya buat pembedahan. Pengakhirnya sampai bila-bila tak nampak.

09 November 2014

MATA Hati iii

9. Buat masa ini TIGA hospital sedang berusaha merawat dzuan@gajah sahabat kesayangan kita bekas pelajar RK. Sebermula dari hukm kemudian hospital selayang tak selesai ke hospital ampang diarak dengan ambulan kembali ke hukm. Siapa ada kesempatan eloklah kasi semangat dengan dzuan. Tak dapat melawat hantarlah sms. Atau wsapp. Atau call talian dzuan 012 399 4579.

10. Buat masa ini bengkak tangan kanan yang bernanah masih tak pulih. Dzuan kata ianya telah berlubang sebesar duit siling 5 duit/sen. Dalam tangan bengkak masih tak pasti tisu yang rosak. Ianya berpunca dari jangkitan kuman di tiub untuk buat dialisis... kini dzuan masih ditahan di wad hukm. Mungkin lama di sana. Penat dia kata asyik kena bedah. Masa dibawa dari hospital ampang ke hukm dia muntah-muntah akibat perjalanan dengan ambulan sebab badan dzuan tak kuat mana.

11. Mata kanan dzuan masih tak nampak... tiada perubahan sejak dibedah minggu lalu...jika sampai 2 minggu tiada perubahan dia dah pasti kena pindah semula ke hospital selayang. Ada tiga masalah utama kini. Buah pinggang kena buat dialisis; mata kanan masih tak pulih; jangkitan kuman di tangan kanan tu kena disekat. Masalah lain akan pasti timbul jika ianya terus kritikal. Buat masa ini tak dapat tidak dzuan kena buat dialisis melalui urat di tengkuk. Tiub dah dipasang di tengkuk dzuan. Dia mengadu badannya kini tak stabil ada ketika sejuk teramat sejuk menggigil-gigil.

13. Dari jauh kita bersama berdoa agar dzuan cepat pulih. Apalah yang dapat kita bantu sahabat kesayangan kita ini selain doa & harapan agar dzuan paling tidak segera sihat macam kita. Cergas macam kita sementelah dzuan kian lancar berjalan dengan kaki palsunya janganlah diberatkan lagi dengan kesakitan ini.

13 b. Jika boleh biarlah sakitnya dapat kita kongsi bersama dengan semangat kesabaran pun tenang dengan ujian ini... yang pastinya agar doa-doa kita semua dapat meringankan bebanan fikiran isteri dzuan yang saban malam tidur tak lena di hospital sana. Agar isteri dzuan juga anak-anak dzuan sentiasa tabah di sisi dzuan memberikan semangat kepada ayahnya... kuat serta sabar dengan kesakitan& ujian getir ini.
dari wsapp peribadi sy Desah Sang Pesara (dsp) +6019 464 4343

- bersambung

03 November 2014

MATA Hati ii


3b. Dzuan sebenarnya mungkin ini malam ketiga atau entah berapa malam ntah aku tak boleh tidur. Ada masalah melanda aku yang aku dah cuba minta pandangan dari pakar motivasi rakan kita. Tapi nampaknya masalah ini tak pecah. Aku dah cuba dalam kusut masai ini minta bantuan dengan Tuhan... kita. Allah Azza Wa Jalla. Tapi faham sajalah dengan martabat aku yang dzuan kenal dah lebih dari 30 tahun. Sedangkan Aku baru sebut semalam Nabi Lut as yang kita kenal pun... memang amat rapat dengan Allah SWT doanya tetap tak makbul. Kata adikku Nani ada ramai lagi Nabi-Nabi kita senasib Nabi Lut as, seperti Nabi Yunus as terkurung dalam perut ikan. Cabaran untuk mengajak kebenaran ini amat sukar sebenarnya dzuan. Tak semua kita berdaya nak meredahnya tapi kena rentas semua. Kuat tak kuat kita kena bernafas juga. Biarpun bak bernafas dalam lumpur.

5. Masalah kita memanglah beginilah jika tak rasa sakit atau susah kita payah nak serik. Bila kita dah terlepas dari susah kita ramai jadi insan lupa diri atau riak. Dzuan antara insan yang terpilih. Aku sebenarnya amat risau dzuan kehilangan mata kanan dzuan. Kehilangan kaki sebelah dzuan pun bagiku adalah derita yang pedih nak aku rasai bersama. Tapi aku nampak dzuan amat beruntung sebab dzuan ada isteri yang sentiasa di sisi. Ini satu anugerah atau satu rahmat yang tak ternilai. Dalam segala hal dzuan dan isteri aku perhatikan tetap terus bercinta tetap sepakat. Tetap tidak abai mengabaikan. Ini juga satu rahmat.

6. Amat syahdulah jika ada antara kita tatkala isteri atau kekasih perlu bersama. Tapi diri tetap terpinggir. Bayangkan Dzuan dibawa ambulan sebab sakit kronik. Dzuan ketakutan dalam wad kecemasan. Tatap siling pun dzuan dah nampak orang junjung keranda. Sebelah dzuan mayat senyap. Kiri kanan dzuan sesekali ada waris intai pesakit sebelah dah nazak. Dzuan masa tu nak mengucap pun belum tentu ingat atau lupa. Dzuan keseorangan; hamba Allah sebelah ada beberapa orang tapi semua nazak amat. Hamba Allah ini sekadar muka pelik tenguk dzuan. Dzuan mana boleh cakap pun mulut dah tersumbat ngeri; bercampur dengan kemalangan hati dah bengkak isteri tak ambil kisah pun. Ada hp tapi nak sms kredit tak ada. Isteri dzuan bukan macam rakan motivasi kita. Tiap sekitar setengah jam pasti isteri sms atau dail no hp. Aduhai Dzuan.

7. Bersyukurlah dalam kita sakit ada isteri bersama kita. Anak-anak sentiasa sapukan ubat sebaik Azim. Mila kekasih aku tu tetap setia berkorban. Anak buah kita sentiasa tanya khabar untuk memberi kita sokongan meredah sakit kronik kita ini. Ini memang satu rahmat besar buat kita. Ujian kesakitan sebenar adalah natijah kita ni yang banyak dosa tentunya. Agar dosa dosa ini akan terampun. Bayangkan jika kita 40 hari di perut ikan paus. Bolehkah kita bernafas... derita ini memang perlukan kesabaran juga ketabahan... Dzuan bersabarlah...

8. Dzuan mungkin tahu kenapa mata kita sama saja malam tadi tak boleh tidur. P Ramlee nanyi lahi pukul tiga pagi... aku masih terkebel kebel risau resah takut sakit yang orang lain mungkin tak dapat rasakan. Aku tak rapat mana dengan wsapp jika aku buka tab dugong ini malam tadi mungkin perasan dzuan masih berjaga malam

http://infounikmenarikterbaru.blogspot.com/2013/05/7-hewan-unik-berkaitan-dengan-kisah-nabi.html

Dzuan masih menanti matanya pulih. Buat masa ini doktor kata kena tunggu sekitar dua minggu baru tahu akan kesan sampingan pembedah mata kanannya. Mata kiri dzuan juga tak seterang mana.
Aku pula terus ditimpa malang kemalangan kecil terpaksa aku tambah ubat untuk dimakan. dari 6 jenis kini 9 jenis ubat terpaksa ditelan.

Memang ujian ini amat getir tapi aku harapkan baik dzuan juga diri ini tetap bersabar. Ujian kesakitan sememang semua orang terpaksa hadapi. Selagi nyawa dikandung badan.

(Catatan dari kumpulan Desah Sang Pesara(dsp) kumpulan wsapp peribadi sy hahaha bukan desah sang pusara... ish kelakar nya semua orang masuk dsp ni lariii tak larat nak baca gua punya meraban.)

- bersambung

MATA Hati.


Aku berharap saat & ketika ini dzuan sahabatku lena tidurnya. Risau mata dzuan akan melarat sakit jika teruskan berjaga malam. Aku harapkan dzuan dapat tidur 15 jam amat lena seperti yang doktor pakar sarankan. Mata adalah anugerah yang tak ternilai. Allah amat baik berikan kita mata secara percuma. Seperti kes duit semalam aku amat kontras. Allah tak pernah minta duit dalam bab pemberian. Jika Allah kenakan kita duit untuk kita menyewanya siap dengan faedah atau jual cara MLM ish kita akan jadi korban tak berduit muflis belaka...pasti ramai kita akan membenci TUHAN.

2. Begitulah juga dengan perkara lain... mata hati jiwa raga jantung segala adalah rahmat dari Ilahi yang tak ternilai. Ianya diberikan secara percuma tanpa cagaran. Hanya ingatlah semua ini hanya pinjaman. Kita menjadi pemilik yang amat beruntung memiliki pancaindera yang sempurna. Ramai kalangan waris juga sahabat kita tidak punyai semua yang kita miliki. Bab cagaran sebenarnya ada... bab kena bayar dengan duit sebenarnya ada. Fikirkan sendiri kenapa aku kata begitu. Sakitlah macam aku baru tahu apa cagaran itu. Rasalah apa maksud atau nilai duit bila dah bersara nanti. Fikirkan jika memang kita kaya secara manakah kita dapat pun belanja duit itu. Tanpa duit bagaimana nak tutup aurat. Lebih duit pula ramai pula jadi riak malahan langkah panjang sampaikan lari dari cagaran Allah ia itu zakat.

3. Asas duit sebenarnya hanya buatan manusia. Asalnya hanyalah tukaran. Zaman seawal anak-anak Nabi Adam as semuanya urusan niaga pertukaran sahaja. Hatta zaman kini kita yang asalnya dari satu rahim ibu kita Hawa nan lawa... kian belot. Lari dari cagaran Allah tadi agar taat dengan ajaran Islam agama-Nya. Hatta kini timbullah pelbagai masalah duit yang kini bagaikan jadi Tuhan kedua manusia. Kita ujudkan sempadan. Kita ujudkan tukar wang asing. Paling naifkan macam cerpen dzuan uar-uarkan kita biarkan waris kita jadi kafir. Perangi kita macam peristiwa pertama pembunuhan di dunia. Semua tahu sebab nak berebut cantik.

Cer google akan apa itu pembunuhan pertama di dunia
http://tigosotigo.blogspot.com/2010/03/kisah-habil-qabil-pembunuhan-pertama.html


- bersambung

14 Oktober 2014

Mesti Baca!! 6 Perkara Yang Tidak Akan Diampunkan Allah

Mesti Baca!! 6 Perkara Yang Tidak Akan Diampunkan Allah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Admin harap artiekl kali ini dapat memberi manfaat dan juga peringatan kepada diri sendiri dan kepada semua pembaca. Semoga segala dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT. Astaghfirullahalazim… Astaghfirullahalazim.. Astaghfirullahalazim… Jom kita baca apakah 6 Perkara Yang Tidak Akan Diampunkan Allah: 
1- Makan harta anak yatim secara haram.
( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).
2- Menuduh wanita solehah berzina.
( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.
( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).
4- Melakukan sihir.
( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).
5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).
6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.
( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah)
Wallahualam…